Ada orang bertanya; seronok ke melancong ke luar negara? Apa faedah yang akan diperolehi hasil dari aktiviti melancong? Bukan ke bila melancong, akan memakan belanja yang banyak dan duit akan habis tapi tak mendatangkan hasil?
Semua persoalan ini bergantung pada individu itu sendiri. Bagi orang yang tidak minat berjalan dan "suka duduk di rumah sahaja" akan merasa ianya satu pembaziran dan tidak mendatang apa apa faedah. Tetapi, pada yang suka pada benda baru, minat pada sesuatu tempat, ada perasaan ingin tahu dan ingin mengalami sendiri suasana sesuatu kawasan itu, semestinya ia berbaloi buat mereka.
Jangan lupa, badan kita sendiri perlukan rehat dan perlu keluar dari "comfort area" yang biasa kita harungi setiap hari. Hanya dengan cara keluar dan pergi ke tempat yang baru sahaja kita akan dapat 'recharge' minda dan badan kita semula. Tidak semestinya perlu ke luar negara, berjalan jalan dalam negara juga dikira melancong. Melancong dalam negara lah katakan.
Bagi aku, melancong ini adalah satu terapi. Di samping kita mengenal tempat baru serta budaya sesuatu kawasan itu, kita akan belajar tentang masyarakat, sejarah dan asal usul sesuatu kejadian. Ia sedikit sebanyak dalam memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk diri aku.
Ya, mana ada nak buat sesuatu aktiviti tu tidak menggunakan wang. Semestinya akan ada belanja yang diperlukan untuk buat sesuatu. Tetapi kalau memang waktu itu aku tidak mempunyai bajet untuk kemana mana, maka tak perlu lah pergi waktu itu. Tunggu bila dah ada bajet, baru pergi. Buat perancangan dahulu dan bila ada masa yang sesuai (dan kewangan mengizinkan) baru lah pergi.
Banyak lagi faedah yang akan kita perolehi kalau melancong ini. Hanya orang yang melakukan aktiviti ini sahaja yang tahu bagaimana seronoknya dapat berjalan. Kalau anda tau; di luar negara sana, ramai je yang dah pencen mereka menghabiskan masa dengan melancong. Ada yang secara individu mahupun berpasangan. Mereka menggunakan duit simpanan atau duit pencen mereka untuk pergi tempat tempat yang mereka belum pergi lagi. Ada yang menaiki cruise mengembara setiap benua berbulan bulan sebelum pulang semula ke tempat asal mereka. Ada tu, tak balik terus pun! Bila dah jumpa tempat yang bagus dan dah mula 'jatuh hati' maka mereka akan menetap di situ.
Begitulah........