Salam sejahtera dan bertemu kembali...
Sayu...
Itu yang mampu aku katakan bila melihat gambar diatas... Aku memang tidak mengenali dua insan didalam gambar ini tetapi aku meyakini bahawa mereka ini bersaudara; lebih tepat lagi abang dan adik... Si abang mendakap adiknya yang masih kecil sambil kepala masing-masing bersentuhan antara satu sama lain jelas membuktikan bahawa pertalian mereka sangat erat... Mereka keletihan; mungkin kerana penat menjalani aktiviti seharian atau mungkin juga terlena kerana menahan lapar dan dahaga selepas beberapa hari tidak menjamah makanan... Sungguh kasihan melihat mereka berdua ini...
Si adik yang masih kecil mungkin baru berusia beberapa tahun nyenyak didalam pelukan abangnya... Dia tidak mengetahui dan mengenali apa-apa... Mungkin hanya pandai meminta dan menangis pabila perut mula berirama... Si abang tidak pernah jemu malah sentiasa berusaha agar nasib mereka berdua terbela... Sungguh menyayat hati pabila mengenangkan nasib mereka berdua ini... Masih lagi kecil, tidak tahu apa-apa sudah mula mencari rezeki demi sesuap nasi biarpun dengan meminta sedekah...
Begitulah kasih seorang abang... Sanggup bergolok bergadai untuk adiknya... Adakalanya, si abang sanggup berkorban apa sahaja agar kesejahteraan adik sentiasa terjamin biarpun ia mengancam dan menggugat diri sendiri... Siapa sangka, bukan setakat ibu dan bapa sahaja memberi kasih sayang pada anak-anaknya... Di sebalik hati yang keras dan ego seorang lelaki yang sentiasa menebal didalam diri, jauh di sudut hati seorang abang tersemat satu perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan... Itulah kasih seorang abang yang jarang kita ambil peduli...
Bila aku lihat gambar ini, aku teringat akan adik-adikku... Ketika mereka masih kecil sehinggalah dewasa... Aku memang sangat-sangat menyayangi mereka... Bila bangun pagi je, merekalah orang pertama aku cari... Selalu, selepas balik sekolah, aku akan bantu mak jaga mereka semua; tukarkan lampin, mandikan mereka, malah buatkan susu dan dodoikan mereka tidur... Mereka pun, memang rapat denganku sewaktu kecil... Cuma kini, keadaan sudah berubah dan masing-masing pun dah besar panjang... Kami pun tak serapat sewaktu kecil kerana adik-adikku semuanya perempuan; jadi ada batasan yang perlu dijaga diantara kami...
Selain dari mereka, aku juga mempunyai adik lelaki yang lain... Mereka bukanlah adik kandungku tetapi merupakan adik angkat... Tak kisah, bagi aku mereka tetap sama seperti adik-adikku yang lain... Layanan yang aku berikan sama seperti adik kandung sendiri kerana bagi aku, kasih sebagai seorang abang tidak pernah berbeza antara satu sama lain... Aku dah anggap mereka macam darah daging sendiri walaupun aku tahu, ada diantara mereka tidak merasakan begitu...
Aku memang jenis lembut hati; pantang melihat kalau adik-adikku susah... Aku tetap merasakan kesusahan itu sama... Pelik, bukan?... Tetapi itulah hakikat yang sebenar... Aku sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kesejahteraan mereka semua... Adakalanya, mereka tidak sedar, mereka tidak tahu betapa kasihnya aku pada mereka... Aku sanggup lakukan apa saja asalkan mereka semua tidak menghadapi masalah dan kesusahan... Pernah berkali-kali, aku korban impian aku sendiri demi untuk adik-adikku... Kenapa ye aku buat macam tu?... Aku sendiri tidak pasti... Mungkin naluri dan kasih yang tebal menyebabkan aku nekad untuk berbuat demikian... Tak apalah, asalkan mereka bahagia dan gembira, sudah cukup dan memadai bagiku... Aku yakin, bila sesuatu pengorbanan itu dilakukan (lebih-lebih lagi pada adik sendiri), pastinya akan menerima ganjaran yang besar... Lagipun, kita sudah membantu orang yang ditimpa kesusahan... Dia pun bukan orang lain, adik aku juga kan?... Kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong?...
Selama ini, aku ikhlas... Aku hanya memberi yang terbaik pada mereka semua... Aku sendiri tidak pasti, apakah cukup dengan apa yang aku berikan selama ini... Kadang-kadang, hati tidak tenang dan sentiasa bergelora bila mengenangkan nasib adik-adikku... Ada yang menghadapi masalah, aku cepat-cepat bantu... Entah kenapa, aku boleh rasa perasaan mereka... Sekiranya aku sudah tidak berdaya, aku akan jadi gundah gulana... Rasa geram kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa...
Saban hari aku berdoa, semoga aku tidak sampai ke tahap itu... Aku juga sentiasa mendoakan kesejahteraan adik-adikku... Agar mereka sentiasa bahagia dan senang sepanjang masa tanpa sebarang masalah... Namun jauh disudut hati, aku tahu... Ada diantara mereka memang tidak ingat akan diriku ini... Lebih-lebih lagi bila dah senang dan gembira... Bila sudah ada segala-galanya... Tidak mengapalah, asalkan mereka bahagia, aku juga tumpang gembira sama... Apalah yang hendak diharapkan lagi kan?...
Begitulah kasih seorang abang... Dalam apa jua keadaan, sentiasa membakar diri sendiri demi kebahagiaan orang lain... Biarpun kasih kadang-kadang tidak dihargai, si abang tidak pernah putus memberi...
Image source : Unknown (E-mail)

4 comment:
sayu.....
tak sanggup rasanya melihat gambar ini lebih dari 3 saat. air mata ini amat mudah mengalir mengenangkan nasib anak2 itu. semoga Allah memelihara mereka. Harapan semoga gambar ini bukannya di Malaysia tercinta ini. Kerana jika ini berlaku di Malaysia tercinta ini. Aku juga turut merasa berdosa.
sayu tgk gambar kt atas tu...kalu saya terjumpa kanak2 seperti itu saya juga akan terpkir spt awk..
Kalau sy jumpa anak-anak ini, pasti saya akan menjaga mereka. Biar sy yg menanggung mereka dan memberi mereka kasih sayang dan yg paling penting ialah pendidikan supaya kelak mereka akan merasa hidup senang...
Post a Comment