Mendengar celoteh si dia membuatkan aku terhibur... Namun di sebalik kegirangan muka yang comel itu, banyak menyimpan kisah duka yang mungkin tidak tertanggung oleh orang lain... Siapa sangka, cinta yang diharap bersemi sehingga keakhirnya putus di tengah jalan... Lebih parah lagi, dia ditinggalkan terkontang-kanting tanpa petunjuk dan arah tujuan... Sudahlah banyak telah dikorbankan, bertimpa pula dengan pelbagai masalah yang melanda... Sedih dan pilu bila mendengarnya...
Aku cukup simpati padanya... Walaupun dia baru kukenali, namun aku merasakan banyak perkara yang aku ketahui mengenainya... Dia seorang yang ceria, seorang yang tidak pernah menunjukkan kedukaannya pada orang lain... Sentiasa ceria sepanjang masa... Begitu tabah hatinya mengharungi setiap dugaan yang datang... Aku cukup kagum, dengan usia yang masih muda, dia mampu berdiri dan berdikari sendiri tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa pun termasuk mereka yang rapat dengannya... Ibarat seperti baru lahir ke dunia, dia mencorakkan sendiri kehidupannya selepas ditinggalkan oleh insan yang paling disayanginya...
Allah itu Maha Penyayang, Maha Berkuasa... Dia sentiasa melindungi setiap umat-umatnya yang beriman... Aku rasa bersyukur kerana dia masih lagi mengekalkan prinsip dan pendiriannya... Tidak sesekali pernah dia terfikir untuk kembali kepada kehidupan lamanya... Walaupun telah dikecewakan, tidak pernah terlintas di mindanya untuk berpaling tadah... Apa yang penting baginya ialah kehidupan harus diteruskan walau macam mana sekalipun... Biarlah hati terluka, asalkan dia tahu Allah sentiasa ada bersama-samanya...
Siapakah orang yang aku maksudkan ini?
Dia merupakan salah seorang sahabatku yang aku kenali di laman Facebook... Dia merupakan seorang wanita mualaf yang kini telah sepenuhnya memeluk agama Islam... Dahulunya, dia merupakan wanita Cina yang beragama Buddha telah memeluk Islam atas dasar cintanya terhadap seorang jejaka Melayu yang dikenalinya satu ketika dahulu... Apa yang menarik ialah walaupun kisah cintanya berakhir, namun dia masih tetap dengan pendiriannya memeluk agama kini iaitu Islam... Kaum keluarga diletakkan ketepi kerana keteguhan dan cintanya kepada Allah SWT... Kalau sesetengah orang, dah lama dibuang dari keluarga... Namun aku bersyukur kerana akhirnya kaum keluarganya dapat menerima hakikat bahawa dia mempunyai pilihannya sendiri...
Aku pernah menasihatinya, jika ingin lakukan sesuatu, lakukan dengan hati yang jujur dan ikhlas... Kerana Allah SWT dan bukan kerana manusia... Aku bertanya kepadanya, mengapa dari mula duhulu dia ingin memeluk agama Islam... Adakah kerana cintanya kepada seorang lelaki Melayu yang beragama Islam atau kerana hatinya sendiri sudah terbuka untuk menerima sinar Islam itu sendiri... Jawapannya mudah sahaja, ketika itu dia masih muda dan dia mengambil keputusan memeluk agama Islam atas dasar kedua-dua diatas... Ketika itu, dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya dan apakah kesan dan risiko kepada kehidupannya di masa akan datang... Dia merupakan seorang yang berani dan tidak pernah berputus asa... Ketabahan hatinya membuatkan dia berjaya mengharungi dugaan ini...
Selepas melayari bahtera cinta bertahun lamanya, kisah hitam itu melanda dirinya... Namun dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi... Lelaki yang dahulu menjadi tunggak dan harapan kepadanya telah pergi meninggalkan dirinya... Dia dibuang dan dicampak begitu sahaja... Ibarat sampah yang tiada nilainya... Atas dasar apa, aku tidak pasti kerana aku tidak sanggup untuk mencungkil kisah cinta lamanya... Nanti dia bersedih pula... Aku hanya diam menanti setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya... Dari apa yang diceritakannya, lelaki itu sudah bersama wanita lain... Aku merasakan bahawa dia tidak berdosa dan salah apa-apa... Jika tidak, masakan hubungan boleh putus?... Berdasarkan pengalaman, jarang wanita yang melakukan kesilapan dan selalunya mereka dikenali sebagai seorang pencinta yang setia dalam perhubungan... "Oopppss, no further comment on this one"...
Selepas berbual seketika, kini kehidupannya kembali seperti biasa... Sama seperti wanita Muslim yang lain... Sedikitpun dia tidak akan berubah... Baginya, Islam itu amat indah... Tidak pernah dia merasa begitu tenang selepas menganut agama ini... Banyak perkara yang dipelajarinya dan ia membuka minda dan hatinya untuk terus mendalami agama Allah ini... Islam itu suci dan bersih... Tidak seperti agama lain yang diketahuinya... Itulah yang diluahkannya kepadaku dan aku bersyukur kerana Allah telah melindunginya dari segala anasir yang tidak baik selama mana dia menganut agama Allah ini... Jauh di sudut hatiku, aku memohon agar dia sentiasa dikurniakan rahmat dan hidayat sepanjang masa agar dia dapat menjalani kehidupan seperti Muslim yang lain... Kini, rakan-rakanlah yang menjadi penguat semangatnya di samping beberapa ahli keluarga yang kini sedikit demi sedikit mula menerima dan memahami keadaan yang dihadapinya sekarang...
Moga kehidupannya selepas ini akan bertambah baik...
Aku sedar, sebagai seorang Muslim, banyak lagi perkara yang tidak aku sedari dan ketahui... Masih banyak perkara yang perlu aku pelajari untuk menjadi seorang insan dan Muslim yang berjaya... Namun, aku tetap bersyukur kerana aku dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga Muslim yang tidak mempunyai masalah yang besar... Penuh dengan kasih sayang dan bimbingan yang secukupnya (bolehlah)... Kalau hendak dibandingkan dengan rakanku ini, aku jauh lebih beruntung dan semestinya ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupanku...
Semoga ini memberikan pengajaran yang berguna buat kita semua... InsyaAllah

1 comment:
InsyaAllah pasti t'selit kebahagiaan y tak berpenghujung tercatat untuk die....
Post a Comment