Tuesday, 17 February 2009

Bismillahhirrahmanirrahim...

Terkejut dengan tajuk blog 'entry' aku hari ini?... Jangan risau, apa yang ingin aku coretkan hari ini tiada kena mengena dengan individu yang pernah aku kenali atau orang di sekeliling aku... Cuma, aku ingin mencoretkan sesuatu mengenai blog aku yang kadangkala tidak dikemaskini untuk satu jangkamasa yang lama... Ada diantara kalian yang bertanya, "apa sudah jadi dengan blog???..." Jadi, eloklah aku menulis serba sedikit mengenai apa yang terjadi...

Sejak kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat... Bulan lepas, hampir sebulan rakan sekerja aku cuti sakit kerana menjalani pembedahan mata dan kerja-kerja di pejabat banyak diuruskan oleh aku... Bagi aku, tugas tetap tugas dan aku tidak kisah sangat kerana bila aku cuti, rakan sekerja aku juga yang tolong 'cover' kan kerja-kerja aku... Jadi, aku tidak kisah dan tidak banyak soal...

Cuma, apabila semua tugas dilakukan aku sendiri, aku tidak mempunyai banyak masa untuk 'online'; kalau 'online' pun hanya sempat memeriksa e-mail dan mencari maklumat yang diperlukan untuk kerja-kerja aku... Dari pukul 7.30 pagi sehinggalah adakalanya membawa ke pukul 9.00 malam, kerja aku tidak berhenti... Begitulah rutin harian aku sehinggalah ke hari ini... Bila sampai di rumah, badan terlalu letih... Banyak kali juga aku tertidur tanpa membersihkan diri... Teruk kan???...

Aku akui, aku cukup kurang memberikan "kasih sayang" kepada blog aku... Jika dahulu, aku rajin menulis; pasti ada sahaja yang hendak dicoretkan setiap hari... Kadang-kadang, sampai 3 - 4 'entry' aku buat... Memang gila menulis betul!... Heheheheeeeee... Tapi sekarang, aku amat kurang menulis.. Bukan kerana tidak mahu menulis atau tidak ada cerita yang hendak ditulis tetapi masa cukup mencemburui aku... Sejak kebelakangan ini, banyak juga peristiwa menarik yang berlaku yang tidak sempat aku coretkan disini... Insya Allah, jika sempat dan teringat, pasti aku akan menulis buat bacaan rakan-rakan yang dikasihi...

Pada mereka-mereka yang bertanya, aku mohon maaf jika aku tidak sempat untuk membalas dan menjawab soalan dan pertanyaan kalian... Aku berharap, janganlah kalian berkecil hati dengan aku dan semestinya, kalian sentiasa berada dalam ingatan... Insya Allah, aku akan kembali dan melawat kalian nanti...

Semoga ukhwah yang terjalin sebelum ini akan kekal selamanya, Insya Allah...

2 comment:

Doyok said...

ingatkan kurang kasih syg apa tadi
hehehehehe

Aiden Reez said...

Hehe...

Khal pk ape tu Khal... Hehehe..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.