Sunday, 1 February 2009

Siapa yang tidak tahu tentang Kuala Lumpur... Pusat bandar dan ibu negara Malaysia...

Di mana sahaja, orang pasti tahu akan bandar yang pesat membangun ini... Kuala Lumpur memang cukup terkenal dari segi kepesatan pembangunan dan ekonomi serta kepadatan penduduknya... Ramai yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mempercayai bahawa segala-galanya ada disini... Yang berada di kampung, berlumba-lumba hendak datang ke bandar... Berduyun-duyun umat manusia membanjiri pusat bandar ini mencari sumber rezeki... Dari sebuah kotaraya yang aman dan lengang satu ketika dahulu, kini Kuala Lumpur menjadi begitu sibuk dengan hiruk-pikuk pelbagai jenis ragam manusia...

Photobucket

Photobucket

Hari ini merupakan sambutan Hari Wilayah; di mana Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menyambut hari ulangtahun nya... Aku tidak sangka, begitu pantas masa berlalu dan hari ini, genaplah 35 tahun usia penubuhannya... Siapa sangka, Kuala Lumpur masih bertahan dan merupakan salah satu bandar tersohor di mata dunia setanding bandar-bandar maju yang lain... Sebagai salah seorang warga Kuala Lumpur, aku cukup berbangga kerana dibesarkan dan dilahirkan disini...

Photobucket

Tidak dinafikan, terlalu banyak perubahan yang berlaku di Kuala Lumpur selama ini... Dari aku kecil sehingga dewasa, aku dapat lihat perubahan ketara bandaraya tempat aku dilahirkan ini... Arus kemodenan nyata mengubah rupa Kuala Lumpur sehingga ianya berjaya menaiktaraf kedudukkannya setanding bandar maju yang lain... Kemudahan infrastruktur diperhebat, bangunan pencakar langit dibina, gaya hidup yang pelbagai dan sebagainya... Adakala, aku sendiri merasa sedikit ketinggalan dengan arus yang saban hari berubah-ubah ini... Aku bangga kerana Kuala Lumpur mempunyai salah satu bangunan yang tertinggi di Asia, mempunyai menara sendiri, kemudahan awam yang aku rasakan agak maju berbanding bandaraya yang lain sebagainya... Kalau dahulu, aku terpaksa menaiki bas Leng Seng (ala, bas TATA panjang yang kaler kuning merah tu...) atau BMW (bukan kereta BMW tau, tapi Bas Mini Wilayah - yang drivernya bawa macam pelesit... hehehehee....) untuk ke satu-satu tempat, kini aku mempunyai banyak pilihan untuk ke destinasi yang hendak aku tujui... STAR, PUTRA sentiasa memberikan perkhidmatan jika aku hendak kemana-mana... Tidak cukup dengan itu, KL-Monorail telah dibina di samping pengangkutan awam yang lain seperti KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL)...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang aku mahu, semuanya ada disini... Padanlah ramai yang berada di luar Kuala Lumpur berpusu-pusu berhijrah kemari... Sungguh banyak tarikan yang menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menetap disini... Akibatnya, Kuala Lumpur menjadi padat dengan umat manusia dan ini sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan disana-sini... Lumrah hakikat duduk di bandar besar... Kesesakan lalu lintas memang sudah menjadi asam garam bila kita tinggal di ibukota... Aku dapat bezakan; dahulu, jalan tidak begitu sesak... Kalau hendak pergi kerja, beberapa minit sahaja boleh sampai... Tetapi kini, tidak sah kalau tidak duduk di dalam kereta selama sejam...

Photobucket

Photobucket

Begitulah Kuala Lumpur; perubahan yang berlaku begitu pantas... Jika hari ini kita lihat begini, esok lusa, jangan terkejut jika ianya berubah dalam sekelip mata... Bukan sahaja dari segi fizikal dan infrastruktur, malah isi kandung penduduknya sahaja turut berubah sejajar dengan arus kemodenan yang melanda... Lihat sahaja budak-budak dahulu (yang sekumpulan dengan aku...) dengan budak-budak zaman kini... Sangat-sangat berbeza!!!... Bila ditanya, kata mereka. "Ni lah baru up-to-date!!!..."

Photobucket

Apa-apa pun, itulah Kuala Lumpur... Bagi mereka yang pernah tinggal atau sampai disini, pasti mereka tahu bagaimana keadaannya... Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan disini, aku tidak mahu memberikan apa-apa komen cuma apa yang aku boleh katakan, Kuala Lumpur kini sudah tidak sama seperti Kuala Lumpur yang aku kenali satu ketika dahulu... Walaupun ianya sudah melalui proses evolusi kemodenan yang amat pesat, aku percaya Kuala Lumpur merupakan satu bandar yang menarik untuk diduduki walaupun adakalanya ada cerita "tidak sedap" didengar di corong-corong radio, terpampang di dada-dada akhbar atau di kaca TV... Pokok pangkal, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya...

Bagi aku, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... baik lagi negeri sendiri..." Kemana sahaja kaki aku melangkah, aku tetap tidak akan lupa tempat kelahiranku ini...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.