Saturday, 31 January 2009

Untuk direnungkan bersama...


a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Sumber : Tidak Diketahui (E-mel)

Friday, 30 January 2009

Sejak kebelakangan ini, hati aku kurang tenteram sedikit... Entahlah, mungkin kerana aku terlalu banyak berfikir... Fikir mengenai diri aku, kehidupan aku, orang di sekeliling aku dan sebagainya... Agak sukar untuk aku lupakan semua yang bermain didalam fikiranku sekarang... Makin aku cuba, makin payah pula jadinya... Mengapa perasaan ini seringkali datang kepadaku?... Mengapa tidak pada orang lain??...

Adakalanya, aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa... Sudah puas aku mencuba tapi apakan daya, keadaannya masih kekal begitu... Entahlah, mungkin ini dugaan buat diriku... Aku redha, aku terima seadanya... Sebagai manusia biasa, aku akui, terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diriku ini... Aku cuba untuk memahami dan memperbaiki kelemahan dan keburukan yang ada... Ada diantaranya, aku berjaya mengubahnya namun masih banyak lagi yang perlu aku lakukan...

Aku cermin diriku... Aku tanya pada hati; apa yang telah aku lakukan selama ini... Di mana aku berada sekarang... Terlalu jauh aku merenung diriku sehingga aku tidak sedar yang aku sedang mengelamun... Aku imbas kembali perjalanan hidupku selama ini; sejak aku kecil sehinggalah dah besar panjang... Banyak perkara yang telah aku lalui, perkara manis mahupun yang pahit; suka-duka dalam ranjau kehidupan yang penuh dengan onak duri... Aku teringat ketika zaman aku berada di atas; apabila apa sahaja yang aku mahukan, boleh aku perolehi dengan mudah... Aku tiada apa-apa masalah... Kini, semua itu sudah berlalu dan aku terpaksa berlari mengejar apa yang aku mahukan...

Itulah lumrah kehidupan... Adakala kita berada diatas; tinggi di puncak ibarat helang yang beterbangan bebas di awan dan ada waktu kita akan berada di bawah seolah-olah kita tidak berdaya untuk melakukan apa-apa... Semuanya seperti roda yang berputar ligat... Jika kita terleka sedikit, mahu kita tersasar dan tercampak jauh... Hilang tanpa arah tujuan... "Ya Allah... Aku tidak sanggup begitu!!... Selamatkan aku, Ya Allah..."

Lamunanku terhenti... Aku kembali ke dunia realiti... Apa yang aku lihat adalah diriku yang seadanya ini... Dari hujung rambutku aku lihat sehinggalah kehujung kaki, aku bertanya kembali; "Inikah REEZ yang sebenar???... Inikah yang sepatutnya REEZ dijadikan???... Adakah apa yang REEZ kecapi selama ini memadai dan mencukupi atau ada lagi perkara-perkara yang masih tidak ditunaikan untuk menjadi REEZ yang sebenar???... Apakah ini yang sepatutnya???...."

Persoalan ini yang harus aku tanya pada diriku sendiri... Aku tahu, masih terlalu awal untuk aku berpuas hati... Aku tidak seharusnya berhenti setakat ini... Ya, aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi selama ini... Aku tidak sepatutnya merungut, merengek tak tentu pasal hanya kerana beberapa perkara yang membuatkan perasaan aku bergelora... Sememangnya, aku tidak boleh cepat melatah dan banyak bersabar dan redha keatas apa sahaja yang berlaku... Emosi dan nafsu tidak seharusnya menguasai diri dan akal fikiran sehingga ianya berjaya mengaburi segala perilaku dan tindakan...

"Kuatkanlah semangatku... Berikanlah hidayah agar aku sentiasa cekal menghadapi segala ujian... Tabahkanlah hati agar aku dapat menangkis segala yang buruk; yang berada dihadapan agar aku dapat menjalani kehidupan yang tenang... InsyaAllah..."

Thursday, 29 January 2009

Bengang........

Itu yang dapat aku katakan ketika ini... Tiada perkataan yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa... Aku bosan, rasa menyampah, rasa meluat dengan perkhidmatan yang diberikan... Macam @#$%^&*...

Sudah lama aku bersabar... Sudah banyak peluang yang aku berikan... Kali ini, kesabaran aku sudah sampai ke kemuncaknya... Siapa sanggup berdepan dengan masalah setiap hari, melawan perasaan marah dan ditambah pula dengan kepenatan selepas pulang bekerja... Bila kita memerlukannya, ia buat 'perangai' pula...

Hari ini sahaja, sudah ratusan kali aku tutup dan buka... Namun, senarionya masih tetap sama... "Am I the only one who has this problem????", terbit tanda tanya didalam mindaku... Bukan kerana aku tidak bayar diatas perkhidmatan yang diberikan, aku merupakan pengguna setia sejak tahun 2005 lagi... Takkan servis begini yang layak aku terima???... Bila aku buat aduan dan laporan, seperti biasa, mereka akan berjanji untuk mengambil tindakan... "Tindakan???... Tindakan apa kalau masih lagi begini???"...

Cukuplah, aku sudah tidak sanggup lagi... Beberapa hari lagi, akan tamatlah riwayat perkhidmatan ini... Dari aku terus sakit hati, baik aku 'terminate' cepat-cepat!... Dah lah aku bayar mahal tiap-tiap bulan, tapi asyik terputus sahaja kerjanya... Sampai tidak tenang aku dibuatnya... Lantaklah, apa yang mereka hendak kata... Aku peduli ape??!!!... Kalau mereka memujuk aku untuk tidak memberhentikan perkhidmatan ini, aku takkan ambil peduli... Selagi kualiti perkhidmatan tidak dinaiktaraf mengikut 'standard' yang sepatutnya, jangan harap aku akan kembali...

Kita tengoklah nanti...............................................


Nota kaki:-
Perkhidmatan yang aku maksudkan diatas ialah : TMNet Streamyx (no offense to TM, but I had enough!!!!!... Can't take this anymore...)

Wednesday, 28 January 2009

Sedar tak sedar, antivirus yang berfungsi sebagai agen yang menghalang segala musuh dan perosak laptop dan komputer aku telah pun 'expired'...

Photobucket

Tak sangka, dah setahun lebih aku pakai perisian McAfee ni... Dan baru-baru ni keluar peringatan (warning) menyatakan antivirus aku dah mampus!... Seperti kebiasaan, sistem akan keluarkan 'pop - up' minta aku pebaharui antivirus aku untuk keselamatan laptop dan komputer yang aku gunakan...

"Alamakkkkkkk... nak renew, nak kena pakai duit lagi... Aku baru je habis bayar hutang kad kredit aku... Nanti kalau renew, mesti nak kena key in kad kredit lagi sekali... Pulak tu, harga tu semua bukan dalam Ringgit Malaysia!... Kalau McAfee yang ternyata keluaran US ni, sah-sah ler pakai US Dollar... Pulak tu, aku dalam berkempen memboikot barangan keluaran US ni..."

Macam mana aku nak buat?... Susah untuk aku kerana perisian McAfee yang aku gunakan setiap hari ini adalah perisian yang terbaik pernah aku pakai selain Norton... Lagipun, McAfee memang sesuai pakai bersama komputer dan laptop keluaran Dell macam aku ni... Aku bukan nak puji melambung-lambung tapi ada beberapa fakta yang aku terpaksa akui kebaikannya... Macam sebelum ni, aku pakai Norton (keluaran Symantec Corporation yang juga dari US), perisian tu berjaya menghalang hampir 100% 'security threat' yang menyerang komputer setiap hari... Jadi, kedua-dua perisian antivirus ini merupakan pilihan utama ramai pengguna komputer seluruh dunia...

Tak ada ke antivirus keluaran Asia atau Malaysia?... Jika ada, adakah perisian antivirus itu sebaik Norton atau McAfee??... Kalau ada, aku teringin sangat nak pakai... Seperti Norton, harga untuk pack antivirus yang baru melebihi ratusan ringgit... Jadi, aku rasa macam tidak berbaloi jika aku berbelanja mendapatkan antivirus keluaran negara asing berbanding negara sendiri... Jika barangan tempatan jauh lebih baik dan terbukti murah, mengapa perlu 'spent' pada barangan luar, betul tak??...

Aku dapat tahu ada satu antivirus yang agak 'famous' dalam pasaran sekarang yang bernama Kaspersky... Aku memang pernah tengok produk ini tetapi aku tidak tahu keberkesanannya melawan virus dan threat yang sedia ada... Dari ulasan pekedai, mereka menggalakkan penggunaan Norton dan McAfee tetapi tidak memberi jaminan jika aku menggunakan Kaspersky ini... Itu apa yang diberitahu kepada aku tahun lepas semasa aku hendak membeli perisian antivirus untuk laptop dan komputer aku...

Mungkin ada kawan-kawan yang telah menggunakan perisian antivirus ini dapat memberikan sedikit komen dan pengalaman kalian selama ini??...

Tuesday, 27 January 2009

"Selamat Tahun Baru Cina" aku ucapkan kepada semua yang menyambutnya bermula semalam...

Sempena cuti umum 2 hari ini, aku telah menghabiskan masa bersantai dan berehat bersama adik aku... Pada mulanya, aku tidak merancang untuk kemana-mana; tapi aku rasa bosan juga bila duduk terperap dirumah tanpa melakukan apa-apa... Kebetulan, adik aku ajak keluar berjalan-jalan sambil menemaninya mengambil gambar... Rasa macam menarik juga sebab aku juga teringin untuk belajar sesuatu yang satu ketika dahulu aku minati... Dia pun tidak kesah dan sudi menunjukkan padaku cara dan teknik mengambil gambar yang dipelajarinya selama ini...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Lokasi kami kali ini ialah ke Zoo Negara... Untuk pengetahuan kalian, aku memang dah lama tidak menjejakkan kaki di Zoo Negara ini... Kali terakhir aku sampai disini pada ketika usia aku 8 - 9 tahun kot... Bayangkan, hampir 20 tahun aku tidak menjenguk segala haiwan disini dan hari ini barulah aku datang semula... "Mesti haiwan-haiwan disini rindu kat aku..." Hehehehehe...

Rasa seronok juga bila pergi berjalan-jalan sambil mengambil gambar ni... Aku dapat lihat pelbagai jenis haiwan yang ada disini... Ada sesetengah haiwan tu, aku tak tahu pun ianya wujud... Sungguh menarik sekali... Tetapi, aku akui, Zoo Negara kini tidak seperti Zoo Negara yang pernah aku kunjungi lebih kurang 20 tahun dulu... Dulu, suasananya cukup meriah dan banyak haiwan yang dipamerkan... Sekarang, tidak banyak yang ada dan rata-rata kandang/kurungan disini kosong tanpa ada penghuni didalamnya... Mungkin haiwan tu dah pupus kot?...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi dan menghabiskan masa beberapa jam disini... Hari ini juga, begitu ramai pengunjung yang datang melawat; mungkin kerana masing-masing mengambil peluang cuti umum sambil membawa ahli keluarga bercuti dan bersantai sambil makan angin... Jadi, tempat ni dipenuhi dengan kanak-kanak dan ibubapa mereka...

Selepas habis meneroka setiap kawasan disini, kami beredar menuju ke lokasi seterusnya iaitu Putrajaya... Walaupun sedikit penat, namun kerana semangat dan kesungguhan serta keinginan mengambil gambar, aku teruskan jua... Kesian dengan adik aku ni, sampai mengantuk-ngantuk dan penat dibuatnya... Nasib baik dia tidak kesah dan mengikut sahaja sebab katanya, "dah alang-alang berjalan, baik teruskan sampai petang..." Lagipun, dia ingin mencuba lensa 'tele-zoom' yang dipinjamnya tempoh hari... Sebelum memulangkan lensa tersebut, elok juga dia cuba habis-habisan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bila sampai, keadaan agak sedikit mendung... Tetapi itu tidak bermakna kami berpatah balik dan pulang kerumah... Aktiviti menangkap gambar masih lagi diteruskan... Kali ini, adik aku memberikan peluang untuk aku mencuba D80 miliknya bersama lensa 70-200 yang dipinjamnya itu... Apa lagi, pakcik pukul habislah... Hahahahahahhaa..... Seronok betul bila pakai DSLR ni... Lebih-lebih lagi bila guna lensa 'power' macam ni... Habis semua gambar, aku skodeng... Macam-macam aksi ada... Paling best, bila aku dapat merakamkan pemandangan tasik yang indah disana... Sungguh cantik sekali walaupun keadaan sedikit mendung...

Begitulah aktiviti aku hari ini... Insya Allah, mungkin dimasa akan datang aku akan lakukannya lagi... Buat masa ini, aku tidak mempunyai kamera yang canggih seperti adik aku tu, jadi aktiviti mengambil gambar agak sedikit terbatas... Ada rezeki nanti, aku akan beli dan selepas itu, aku akan kembangkan minat aku dalam bidang fotografi...

Nanti ada siapa-siapa nak join, silakan..... Boleh kita pergi "menembak" sama-sama....


Nota kaki:-
Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera PDA aku, bukan menggunakan D80 dan lensa 70-200 yang aku ceritakan diatas...


Monday, 26 January 2009

To all my Chinese friends...

I wish all of you "Xi Nien Kwai Le"...
May this year of OX brings you prosperous and happiness always...


Photobucket



To all other readers, Happy Holiday!!!...

Friday, 23 January 2009


Photobucket

Seperti portal interaktif yang lain, Facebook merupakan satu portal yang menarik minat aku untuk menyertainya... Aku tidak tahu kenapa dan apa keistimewaan portal ini sehinggalah aku mendaftarkan diri dan menggunakannya... Bukan sahaja ia interaktif tetapi Facebook banyak memberi peluang kepada aku untuk mengenali orang yang jauh mahupun dekat... Ianya juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta portal ini kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang sungguh bermanfaat...

Tidak seperti Myspace dan Friendster, Facebook banyak mengetengahkan ciri-ciri mudah pakai (user friendly) dan tidak memeningkan kepala... Dalam masa yang sama, keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi; contohnya pengguna yang berdaftar dapat menjalankan pelbagai jenis aktiviti seperti meletak gambar dan status (dalam masa yang sama pengguna lain akan tahu dan boleh meninggalkan pesanan), berbual (chatting) secara online, berfungsi sebagai diari dan peringatan (reminder) terutamanya hari lahir seseorang dan program yang bakal berlangsung, menjadi anggota kumpulan kegemaran pilihan masing-masing (groups) dan sebagainya... Terlalu banyak ciri-ciri menarik yang aku rasakan sungguh berguna kepada pengguna baru seperti aku...

Selain dari fungsi yang aku nyatakan tadi, Facebook juga berkeupayaan untuk mencari rakan-rakan melalui "Friend Finder" ataupun "People Who You May Know"... Ciri ini sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pengguna untuk mengecam dan menambah kenalan masing-masing jika pernah atau mengenali antara satu sama lain... Facebook juga merupakan agent kepada banyak capaian seperti Imeem, Flickr dan sebagainya dimana pengguna yang sudah mempunyai akaun dapat menyambungkan profil mereka kepada Facebook...

Macam mana, menarik bukan?...

Kalau diikutkan, aku memang dah 'kurang' nak join mana-mana portal seperti ini tetapi atas dorongan dan desakan kawan, aku daftar juga... Aku cukup tidak sangka kerana atas dasar itu, aku jadi 'aktif' dan adakalanya 'ketagih' untuk masuk dalam Facebook ni.... Hehehehehehehe... Well, what can I say???... I'm the type yang suka berkawan dan mengenali ramai orang... Walaupun aku ni pemalu pada dasarnya... Hahahahahahah.... *wink... wink...

Photobucket

Aku rasa bersyukur kerana melalui Facebook ini, aku dapat bertemu semula dengan ramai rakan sedarjah dan setingkatan dahulu... Setelah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan dan tanpa khabar berita, aku terpegun bila melihat mereka semua didalam Facebook ini... Semua dah lain dan ramai yang dah jadi bapak budak... Hehehehe... Yelah, kalau dicongak, masing2 dah berumur hampir 30 tahun... Bukan muda lagi kan?... Walaubagaimanapun, ramai juga yang masih bujang dan salah seorangnya ialah aku... Hahahaha... Tak apa, tiba jodoh, aku akan kahwin juga...

Begitulah aku sekarang, selain dari berblogging, melayari Facebook merupakan salah satu hobi aku setakat ini... Aku juga dapat lihat ramai rakan-rakan blogger aku sudah mendaftarkan diri mereka didalam Facebook dan aku sudah pun memasukkan mereka sebagai rakan didalam senarai rakan-rakan aku... Doa dan harapan aku, semoga persahabatan yang terjalin didalam dunia blogging akan terus kekal di dalam Facebook sana... Jika didalam Facebook kalian hanya mengenali aku melalui cerita ceriti yang dicoretkan disini, di dalam Facebook sana, hampir separuh dari dunia aku telah aku bongkarkan...

Ingin tahu???... Silalah kesana dan lihatlah sendiri dengan mata kepala anda...

Wednesday, 21 January 2009

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama mendiamkan diri (bukan sengaja tetapi sibuk dengan perkara dan kehidupan seharian), aku kembali menulis di ruangan kecilku ini... Tempat aku meluahkan apa yang dirasa, ruangan untuk aku mencoretkan isi hati yang selama ini tiada siapa yang tahu... Aku terlalu rindu untuk menulis tapi saban hari, ada saja yang perlu aku selesaikan...

Semalam adalah contoh yang terbaik... Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan apa yang patut aku kerjakan selama ini... Tepat jam 5.00 petang; Selasa (20 Januari 2008), berakhirlah status aku sebagai seorang pelajar separuh masa... Peperiksaan akhir untuk matapelajaran yang terakhir cukup menduga kesabaran dan akal fikiranku... Adakala, aku termanggu... Fikiranku seolah-olah sendat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan... Ada ketika, fikiranku melayang memikirkan mengenai perkara yang tiada kena mengena dengan soalan yang terpampang diatas kertas soalan... Nasib baik aku sempat kembali ke dunia realiti... Kalau tidak, habislah aku!!!... Bagi masa 3 jam pun, takkan cukup!... Heheheheheee...

Pastinya aku akan merindui dewan peperiksaan itu... Semestinya aku akan merindui setiap kenangan waktu belajar bersama rakan-rakan... Pengalaman duduk sama-sama sambil mentelaah ilmu yang dicurahkan oleh lecturer yang bertugas... Pasti selepas ini aku akan merindui saat-saat menyiapkan assignment (yang kebiasaannya aku buat disaat-saat akhir... heheheheee...), saat-saat menahan debaran ketika menjawab soalan ujian dan sebagainya... Ahhhh... terlalu banyak kenangan!... Takkan habis kalau aku huraikan satu-persatu...

Aku tidak menyangka, semua telah berakhir semalam... Tanpa aku sedari, sejak tahun 2005 ianya bermula, aku telah menamatkan berjaya menghabiskan sesi pengajianku... Cuma yang menjadi persoalan, apakah keputusannya nanti?... Doaku, semoga aku lulus dengan jayanya... Selepas ini, tiada lagi kuliah, tiada lagi assignment dan kertas kerja, tiada lagi peperiksaan... Kini, aku telah bebas... Memang, di segenap sudut hati, aku merasa lega dan gembira kerana kini aku boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada aktiviti seharian... Tiada terikat dengan mana-mana program yang berunsurkan pendidikan... Tidak perlu bangkat awal pagi (kecuali untuk menunaikan kewajipan), bersiap dan bergegas untuk ke kelas... Aku bebas untuk merancang masa dan hari-hari cutiku... Aku bebas untuk kemana sahaja tanpa perlu memikirkan kerja sekolah yang tidak siap atau mukasurat mana yang perlu dibaca untuk menjawab soalan ujian...

Aku akui, ramai rakan-rakanku disini yang aku abaikan sebelum ini... Terbit sedikit rasa kesal di hati, namun aku harus memberikan keutamaan pada diri ini... Janjiku, aku akan kembali dan kini, aku telahpun kembali...

It's good to be back and now, I'm ready to be with all of you!... :)

Harapanku, semoga kalian semua sihat walafiat dan masih aktif menulis serta ziarah menziarahi antara satu sama lain... Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya, Insya Allah...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.