Selepas tamat waktu kerja tadi, aku sempat berbual dengan seorang rakan sekerja aku... Banyak benda yang kami bualkan dan salah satu topik menarik yang dibincangkan ialah mengenai kedudukan dia dan aku di pejabat...
Cerita ini bermula apabila aku menyuarakan rasa 'cemburu' aku padanya... Cemburu bukan kerana dia mempunyai teman istimewa atau sebagainya tetapi emburu yang aku maksudkan disini ialah bila aku membuat perbandingan kedudukan antara dirinya dan aku... Aku akui, pangkat dan kedudukannya di pejabat jauh berbeza; dia merupakan seorang pengurus didalam jabatan tempat aku bekerja sedangkan aku cuma pegawai bawahan sahaja... Kami ibarat langit dengan bumi... Kadang kala, terbit rasa malu bila kami membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerja kerana bagi aku, bila kaki sudah mula melangkah ke ruang pejabat, secara automatik nya layanan yang diberikan turut berubah... Secara professionalnya, aku harus melayan dirinya sebagai 'boss' aku dan bukan sebagai seorang rakan lagi...
Perasaan 'cemburu' itu timbul apabila dia baru sahaja menyertai syarikat tempat aku bekerja dan terus ditawarkan pangkat yang tinggi... Sedangkan aku; aku sudah lama bekerja dan hanya mampu menjawat jawatan yang sepatutnya aku sandang 5 tahun yang lepas... Itupun, aku baru sahaja diberi peluang... Perbezaan itu amat ketara dan sedikit sebanyak aku rasakan seolah-olah badan pengurusan syarikat aku berlaku tidak adil pada pekerja-pekerja senior seperti aku ini... Bila difikirkan balik, rasa sakit hati jugalah... Namun, hakikat tetap hakikat dan aku terima ketentuan ini dengan hati yang redha...
Aku suarakan perasaan aku pada dirinya dan seketika aku terkejut dengan jawapan yang diberikan olehnya...
Dengan nada yang perlahan, dia menyatakan padaku, "tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini... jika kita mahukan sesuatu, apa yang perlu kita lakukan ialah menanam impian... itu sahaja..."
Ringkas sahaja balasan yang diberikan olehnya... Pada mulanya, aku macam blur2 dengan apa yang dia cakapkan... Tapi lama kelamaan aku memahami maksud yang cuba disampaikan... Dia berpesan padaku, apa yang dia miliki sekarang ini bermula dari impian yang ditanam satu ketika dahulu... Setiap hari, dia mengingatkan dirinya mengenai impian yang ditanamnya dan sekarang, impian itu telah pun terlaksana... Jadi, jika dia boleh melakukannya, mengapa tidak aku?...
Benar apa yang dikatakan... Dia telah menyedarkan aku mengenai hakikat bahawa seseorang itu tidak akan memperoleh apa-apa jika dia hanya sekadar bercakap sahaja... Apa yang kita perolehi kini adalah hasil usaha diri sendiri... Semuanya bermula dari impian dan seharusnya kita berusaha untuk mengejar impian kita itu... Kebanyakkan orang berjaya di dunia tidak mempunyai pelajaran yang tinggi... Tetapi mereka semua mempunyai impian yang besar dan mereka sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian yang mereka bina itu... Jadi, hasilnya sungguh tidak diduga...............

2 comment:
dan... percayalah juga pada rezeki yang Allah dah tentukan untuk kita...
kerja bawah2 tak apalah.. gaji kecik2 pun tak apalah.. yg penting sekali, berkat... kalau tak berkat dpat gaji byk mana pun tak kan pernah cukup...
oh ya kan? Bon siew yg jutawan sebab motor honda tu... mana pernah sekolah pun... membaca pun tak reti... tapi dia ada impian dan semangat... tu yg buat dia berusaha dan berjaya...
Hanya kerana sesuatu itu tidak berlaku seperti dikehendaki, itu tidak bermakna anda kalah. Kekalahan adalah kejayaan jika kita belajar daripada kesilapan dan kealpaan. Kealpaan pula membuat kita merasa waktu pantas berlalu. Justeru, tidak perlu berlari mengejar waktu, cuma kita perlu mengisi kekosongan yang diimpikan itu atas pengorbanan, laluinya bersama onak dan ranjau. Lantas usaha mulia dan ketabahan anda itu akan diberkati Allah s.w.t. Memang sukar mencari insan yang boleh menerima kelemahan diri sendiri dan berbangga serta menyokong atas kejayaan orang lain.
Mak cik pun dulu-dulunya cemburu atas kejayaan sahabat sendiri. Tapi setelah menyedari kelemahan diri, mak cik pun berubah dan InsyaAllah mendapat kejayaan. Tapi cuma sementara kerana bersara awal. Oh.. ya maaf mak cik memang suka baca blog kamu. Maaflah kiranya komen mak cik ini menyemakkan ruang.
Post a Comment