Tuesday, 2 December 2008

Aku tersentap sekejap...

Aku rasa pelik bila melihat jumlah baki kad kredit aku... Hampir mencecah dua kali ganda dari baki tidak berbayar yang asal... Aku rasa musykil kerana bila aku congak secara rawak, penggunaan kad kredit aku bulan lepas tidak la sampai mencecah ribuan ringgit!... Apa yang terjadi?...

Aku amati transaksi dan urusniaga yang aku lakukan... Satu persatu aku teliti supaya tidak terlepas pandang... Aku perasan; satu transaksi yang amat mencurigakan... Urusniaga yang bernilai RM1,039 tu terpampang didepan mataku...

Hati tiba-tiba rasa panas... "Sejak bila pulak aku berbelanja melebihi RM1,000 ???... Seingat aku, transaksi paling tinggi yang pernah aku lakukan tidak sampai RM300... Pulak tu, keterangan didalam e-Statement tu menunjukkan produk yang aku beli itu berasal dari negara luar; iaitu dari Amerika Syarikat... Ini tidak boleh jadi!...."

Akaun kad kredit aku telah diceroboh oleh penjenayah internet yang melakukan transaksi haram tanpa pengetahuan aku... Mujur aku mempunyai ID untuk sistem online; dapatlah aku memeriksa setiap transaksi yang aku lakukan... Kebiasaannya, aku hanya menggunakan kad kredit untuk urusniaga runcit dan pembelian petrol di stesen minyak... Aku tidak pernah menggunakan kad kredit untuk mana-mana transaksi pembelian barang-barang secara online... Tidak pernah sama sekali !!!...

Aku pun, bukan kaki shopping yang suka sangat beli barang... Kalau beli pun, aku lebih suka pakai wang tunai daripada gesek kad kredit... Bagi aku, kad kredit ni membebankan sahaja dan diatas dasar itu, aku sangat kurang menggunakan kad kredit yang ada... Guna bila masa terdesak sahaja... Sejak dari mula, aku memang berjanji dengan diriku bahawa aku takkan guna kad kredit selagi ada wang tunai dalam tangan... Setakat ini pun, aku cuma membayar baki tertunggak dan sangat kurang menggunakan kad yang ada...

Tanpa berlengah, aku terus menghubungi pusat khidmat pelanggan memaklumkan mengenai masalah yang aku alami... Laporan diambil dan mereka memberi jaminan bahawa masalah yang dihadapi akan selesai dalam tempoh 30 - 45 hari... Penyiasatan akan dilakukan terhadap transaksi yang dilakukan dan jika didapati berlaku pencerobohan, jumlah yang tertera didalam statement kad kredit aku akan ditolak dan aku tidak perlu membayarnya...

Lega rasanya hati bila jaminan tersebut dibuat... Banyak juga soalan yang aku ajukan mengenai siasatan yang bakal dilakukan... Ingin tahu juga bagaimana pihak bank akan melakukan siasatan kerana didalam situasi aku, aku adalah mangsa... Semestinya aku teraniaya kerana transaksi sebanyak RM1,039 tu bukan dilakukan oleh aku... Terbit juga rasa ragu-ragu dengan sistem keselamatan bank kerana selama ini, aku tidak pernah mendedahkan kepada sesiapa butiran yang ada pada kad kredit yang aku pakai tetapi masih boleh diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab...

Buat sementara waktu, akaun kad kredit aku telah digantung dan akaun baru akan dibuka bagi menggantikan akaun lama yang telah diceroboh... Insya Allah, dalam masa 5 hari, aku akan menerima kad yang baru... Jauh di hati, aku rasa tawar hendak menggunakan kad kredit lagi memandangkan perkara sebegini telah berlaku keatasku...

Rasa macam nak tutup je akaun kad kredit ini..............


Nota kaki:-
Kalau takde kad kredit, jangan pakai kalau tak reti nak control... Kelak, akan merosakkan diri sahaja...

1 comment:

Keri AlHaj said...

bahaya jugak ya pakai kredit card ni... huh.. byk gilerr ilang tuu.. tutup akaun jelah rezz...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.