Sunday, 9 November 2008

Back for good...

Dah lama aku tak menjenguk laman aku ni... Dah penuh dengan sampah sarap... Kesibukan dengan pelbagai perkara membuatkan aku tiada masa untuk menulis disini... Rutin harian aku padat; pagi datang kerja sampai la ke petang... Lepas tu balik rumah, aku menyambung kerja-kerja yang terbengkalai sebab hari bersejarah akan tiba tidak lama lagi... Begitulah perjalanan aktiviti aku setiap hari... Aku tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk rakan-rakan... Semua ini bermula sejak bulan lepas... Ada yang sudah mengetahui dari awal dan ramai juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku... Tak apalah...

Aku tahu, ada antara kawan-kawan aku berasa tawar hati kerana aku tidak melayan mereka sangat... Sebenarnya, bukan aku tidak mahu melayan, tetapi tolonglah faham keadaan aku sekarang... Banyak benda aku nak kena fikir dan buat dan aku minta maaf sangat-sangat jika aku tidak dapat memenuhi permintaan kalian... Ada yang mengajak datang kerumah pada hari raya lepas tapi aku tak sempat datang... Bukan aku tak mahu datang, tapi banyak sangat undangan aku nak kena penuhi... Pulak tu, bulan lepas aku ada exam, berjalanan raya pun tak kemana... Aku banyak tumpukan perhatian aku pada ulangkaji dan aku memang tiada mood sangat nak beraya... Badan pun selalu sakit...

Maafkan aku jika ada di antara kalian yang rasa tidak berpuas hati tapi terus terang aku katakan, bukan senang bila berada didalam situasi dimana kau nak kena duduk exam, kau nak kena pergi rumah terbuka sana sini, kau nak kena siapkan persiapan majlis (majlis bukan majlis kecik-kecik tau!... Majlis perkahwinan ada satu, lepas tu majlis makan malam syarikat yang lepas pun aku nak kena handle dan fikir.... semua tu perlukan masa untuk membuat perancangan), masalah kerja, masalah peribadi... Kalau ikutkan, rasa nak meletup je kepala aku ni nak fikir dan selesaikan semua ini... Sampaikan waktu makan, waktu tidur aku pun jadi tonggang terbalik... Diri kadang-kadang tidak terurus!...

Walaubagaimanapun, semuanya terkawal dan aku cuba untuk menjaga hati semua pihak... Kalau ada yang tersinggung atau berkecil hati dengan aku, aku mohon maaf banyak-banyak dan aku berharap agar kalian memahami aku sebab aku boleh menerima dan memahami kalian... Entry kali ini bukan ditujukan khas pada sesiapa; ianya berunsur umum khas buat semua kawan-kawan aku... Jika tiada entry dalam jangkamasa yang agak lama, pastinya sekarang kalian sudah mengetahui sebab musababnya...

Jaga diri, hiasi peribadi.....

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.