Thursday, 30 October 2008

Esok merupakan hari penentuan... Selepas selesai menguruskan perihal rumah aku, aku terus bergegas pulang ke pejabat... Telefon bimbit tidak henti-henti berdering... Semua mencari aku... Sampai aku nak makan tengahari pun tak senang!...

Malam esok, syarikat aku akan mengadakan majlis makan malam... Majlis yang dianggap terbesar ini diadakan bersempena ulangtahun pertama penubuhan syarikat dibawah nama yang baru... Jadi, kononnya nak buat grand sikit lah...

Photobucket

Aku bukanlah nak berkira ke apa, cuma kali ini aku agak sedikit keberatan untuk mengambil alih tugasan yang diberikan... Tanggungjawab sebagai ketua program (floor manager/head organizer) merupakan satu tugas yang besar dan mencabar!... Semuanya memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menguruskan pelbagai perkara... Bukan melihat dari satu sudut/aspek sahaja... Memang aku akui, sebelum ini aku pernah menganjurkan majlis makan malam syarikat... Tetapi semua itu aku lakukan secara terperinci dan teratur serta bermula sekurang-kurang 2 bulan sebelum hari sebenar... Kali ini, semuanya agak carca merba dan kelam kabut... Dah la aku ditarik dan dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang tidak berkait dengan aku... Entah mane satu aku nak mula, pening kepala aku dibuatnya... Aku hanya dimaklumkan 5 hari sebelum hari sebenar!... Bayangkanlah, apa yang boleh aku buat bila event akan berlangsung dalam tempoh 5 hari lagi?.... Bengong betul!...

Photobucket

Photobucket

Aku mengeluh panjang pun tak guna... Tapi hakikatnya, ini lah kali pertama dan terakhir aku bekerja dengan orang yang sebegini... Cukuplah sekali, aku tidak mahu ambil peduli... Aku lakukan semua ini pun, kerana memikirkan semua pekerja terutama sekali kawan-kawan yang aku kasihi... Aku tak nak la nanti, mereka pulang dengan penuh kehampaan... At least, mereka akan gembira la malam tu nanti...

Aku akan cuba buat yang terbaik biarpun aku terpaksa menanggung pelbagai masalah... Dengan event management pun satu hal... Datang meeting, melenggang kangkung... Bila tiba time raptai, terpekik sana sini... Terjerit-jerit tak tentu hala... Sakit betul telinga aku dengar suara mereka ni... Sungguh tidak professional!... Berbulu aku dibuatnya... Entah dari mana tah dorang dapat contact event management ni, aku pun tak tahu... Kalau ikutkan hati, mahu je aku tak datang malam esok... Nasib baik kesabaran aku masih lagi di tahap yang OK...

Moga-moga semuanya berjalan lancar la esok... Risau aku dibuatnya... Kalau orang tidak puas hati dan mengata, sape lagi yang akan kena kalau tak aku... Mereka semua bukan tahu hujung pangkal pun...


Nota kaki 1:-
Kalian semua sedia maklum, dalam dunia ni ada macam-macam jenis orang... Ada yang bagus, ada yang hampas... Ditakdirkan kali ini, aku bekerja dengan sesetengah mereka yang dikategori kan sebagai "tidak boleh pakai"... Hanya tahu mengarah dan mengomen sahaja... Kerja, satu benda pun tak tahu... Cukup tak suka dengan orang begini tetapi aku tiada pilihan melainkan meneruskan apa yang telah ditinggalkan kepada aku...

Padanla dari mula aku sudah rasa tidak sedap hati...


Nota kaki 2:-
Kami jemput Mawi dan Jaclyn Victor untuk menghiburkan tetamu malam esok... Masa sound check, sempat dengar Jac nyanyi... Wow!... Memang suara dia maintain je even key lagu tu tinggi!... Orangnya kecik, comel molek je... Rasa macam budak sekolah rendah je style dia... Heheheeee...

Mawi, toksah cite la... Masa sound check, dia tak datang... Entah ape kene ngan mamat tu, aku pun tak tahu... Tak pernah invite dia buat show sebelum ni...


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.