1 Syawal telah lima hari berlalu, namun kehangatan hari raya pertama masih lagi terasa... Terngiang-ngiang di telingaku takbir raya memecah kesunyian di pagi hari memuji kebesaran Ilahi... Maha Suci Allah yang Maha Agung... Maha Kaya dan Maha Bijaksana...
Apakan daya, hari ini adalah hari terakhir aku berehat dan bercuti dari kesibukan kerja di pejabat... Esok, kehidupanku kembali seperti sedia kala; bermandi dengan timbunan fail-fail yang memang tidak pernah susut... Terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan; kerja diatas meja, peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi, majlis makan malam syarikat yang telah ditetapkan hujung bulan ini, majlis perkahwinan keluarga dan lain-lain... Kalau hendak ditulis semuanya, mahu panjang berjela-jela senarai aku... Tak sanggup untuk memikirkannya buat masa ini...
Program aku hari ini berkisar mengenai aktiviti aku yang kehulu kehilir menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan... Seawal jam 9 pagi, aku telah bersiap untuk keluar dari rumah; menghantar adik bongsuku pulang ke kampusnya di Alor Gajah, Melaka... Memang dari minggu lepas mak telah berpesan dan meminta tolong supaya aku menghantar adik kerana dia tidak dapat membeli tiket bas untuk pulang... Semuanya telah habis dijual dan mak aku agak sedikit risau sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi bila mendengar adik aku hendak pulang bersendirian... Banyak sangat kes yang menghantui pemikiran mak aku dan bermula dari situ, mak meminta bantuan aku atau adik aku yang seorang lagi menjemputnya di kampus... Biarlah berbelanja lebih sedikit untuk petrol dan tol asalkan dia pulang dengan selamat...
Perjalanan memakan masa selama hampir 6 jam memandangkan jalan agak sesak ketika pulang dari Melaka... Macam biasalah, kalau tak sangkut dekat Pedas-Linggi, mesti akan tersangkut dekat Senawang menghala ke Kuala Lumpur... Waktu aku balik tadi, hari sudah menjelang tengahari dan banyak kenderaan berpusu-pusu melalui lebuhraya yang sama... Walaupun tiga lorong lebuhraya dibuka tanpa sebarang halangan, namun kesesakan yang dialami tetap sama... Kali ini ekornya sudah sampai ke Senawang bermula dari Nilai... Masing-masing mengesot-esot merentasi lebuhraya yang panas dan berbahang itu...
Nasib baik kereta ada aircond, kalau kena time tu aircond rosak, mahu macam daging salai dibuatnya... Panas giler!... Aku dengar pengumuman di radio, sana sini jalan sesak... Dari utara sampailah selatan, takde bezanya... Semua exit sesak memandangkan ramai yang ingin pulang ke kota selepas hampir seminggu berhari raya di kampung halaman... Jadi, tak boleh nak kata apa, redah ajelah... Aku ni kira bernasib baik kerana bertolak awal... Kalau aku lewat sedikit tadi, sah... Lagi lama lah aku atas lebuhraya tu... Naik kematu bontot tau!...
Hari ini juga, si "dia" pulang ke Kangar... Insan yang aku sayangi itu akan menyambung kuliah dan pengajiannya seperti sedia kala esok... Kesian aku kat dia, dari Seremban terpaksa menaiki bas menghala ke hujung tanah air sana... Berapa lama lah perjalanan yang harus di tempuhi?... Kalau aku, aku pun tak sanggup... Tapi nasib baik perjalanan dia menghala ke utara dan bukan ke selatan... Kalau tidak, mahu berbelas-belas jam la duduk dalam perut bas...
I'm gonna miss "dia"... Cuti raya beberapa hari ini memang tidak cukup & tidak puas antara aku dan dia... Rasa macam nak sambung aje cuti kali ini tapi apakan daya, tiada rezeki antara kami untuk bermesra lebih lama... Aku berharap, satu ketika nanti aku dapat luangkan masa yang lama sedikit untuk dia, Insya Allah... Aku tidak tahu kenapa, hati aku sangat merindui dirinya... Entah kenapa rasa berat je nak lepaskan dia pergi... Rasa seperti aku ingin kesana menemani dia... Bila dia memaklumkan kepada aku yang dia akan pulang hari ini, secara tiba-tiba aku rasa sedih... Selalu, aku jarang begini...
Tak apalah, dia pulang kesana bukan untuk bersuka ria... Dia balik kesana kerana ingin menimba ilmu dan mengejar cita-cita... Aku tidak seharusnya mematahkan semangat dia untuk terus belajar... Aku seharusnya menyokong dirinya supaya dia terus maju dan berjaya... Mungkin agak payah bagi aku pada permulaannya tetapi aku harus terima hakikat kerana dia ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan... Dia ada amanah yang perlu untuk ditunaikan... Jadi, mengapa perlu aku menjadi batu penghalang kepada semua ini?... Tidak, aku tidak akan menjadi punca/penyebab dia gagal dan terkandas di tengah jalan... Aku mahu dia berjaya setiap kejayaan yang dia kecapi adalah daripada pengorbanan diriku ini...
Memang dalam banyak2 orang yang aku kenali dan sayangi, dia adalah yang istimewa... Caranya cukup menawan hatiku... Dia seorang insan yang sangat memahami diriku ini... Dia tahu apa yang aku alami dan rasa dan dia banyak memberi dorongan dan semangat untuk aku meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Dia sangat mengambil berat mengenai diriku dan menyayangi aku sepenuh hatinya dan dia tidak sanggup melihat aku bermuram duka atau bersedih dengan kisah lampau... Walaupun dia tahu, aku sudah berpunya, namun dia tidak pernah berkecil hati malah sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan aku...
Itulah yang membuatkan dia terlalu istimewa... Istimewa di mata aku... Insan sebegini memang sukar untuk ditemui dimana-mana... Kadang kala, aku jadi tidak keruan kerana memikirkan semua ini... Mengapa aku tidak berjumpa dengan dirinya sebelum aku bersama dengan kekasih hatiku sekarang?...
Bukan rasa menyesal tetapi aku yakin, semua yang berlaku ada sebabnya... Allah menemukan aku dengan dia untuk membantu diri aku yang selama ini 'tidak tentu hala'... Kehadirannya banyak mengubah diri aku dan kini aku rasa gembira dan seronok dengan adanya si dia... Bila aku runsing, dia sentiasa menggembirakan aku walaupun tidak bersemuka... Bila aku sedih, dia sentiasa memujuk dan memberi kata-kata semangat kepada aku sehingga setiap ketika hatiku merasa sejuk semula... Bila aku sunyi, dia menemani aku sepanjang masa walaupun ketika dia sibuk dengan hal dan urusan peribadi... Jadi, apa lagi yang aku mahukan darinya?... Tidak cukupkah kasih sayang yang dia curahkan kepada aku?...
Itulah sebabnya mengapa dia menjadi pilihan... Andai kata jodoh aku bersama si dia, aku rasa gembira dan seronok sangat... Aku sentiasa berdoa biarlah kami kekal bersama walaupun aku sudah berkahwin dengan orang lain dan dia pula dengan pasangannya... Rasa tidak sanggup pula untuk aku berjauhan darinya... Tiada dia, rasa diri ini tidak lengkap.............

3 comment:
Hmmm... salam raya reez....
Apa-apa pun, kitaran perjalanan hidup kita tetap terikat pada satu ketentuan tuhan yang bernama JODOH...
Moga jodoh yang bakal awak miliki nanti itulah yang terbaik - Allah tahu apa yag terbaik untuk kita...
Slm sahabatku reez yang dihormati,
smoga reez sihat2 hendaknya..nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri dan maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang perkenalan kita terdapat kata2 yang menyinggung perasaan reez..meriah dan puas betul baca entry raya reez nih..acai jgk yg tak byk masa mengadap pc nih,hihi...:) sepanjang ramadhan kena jadi amil..
Reez, apapun yg berlaku dalam hidup reez, acai doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dapat capai apa yg reez impikan..cuma sekiranya ia tak menjadi kenyataan anggaplah semua tu sebagai satu ujian daripadaNya untuk reez..
Jarang dengar reez berbicara soal hati ni tapi bila dah cerita rasa halus betul jiwa reez nih,hihi..:) walalupun acai tak mengetahui sepenuhnya apa yg berlaku namun acai percaya dengan kematangan dan ilmu yang ada pada reez akan membolehkan reez buat keputusan yg terbaik untuk hidup reez..:)
sekali lagi, selamat beraya reez ye..teringin nak raya umh reez tapi tak reti nak kesana,hihi..:) jg diri bebaik ye reez..reez maintain je kurus..acai je yg makin gemuk,huhu..
selamat hari raya bro!!! :)
i;allah kalau ade jodoh korang2 tu tak kemana.
jauh tu adalah dugaan dalam perhubungan :)
Post a Comment