Thursday, 30 October 2008

Esok merupakan hari penentuan... Selepas selesai menguruskan perihal rumah aku, aku terus bergegas pulang ke pejabat... Telefon bimbit tidak henti-henti berdering... Semua mencari aku... Sampai aku nak makan tengahari pun tak senang!...

Malam esok, syarikat aku akan mengadakan majlis makan malam... Majlis yang dianggap terbesar ini diadakan bersempena ulangtahun pertama penubuhan syarikat dibawah nama yang baru... Jadi, kononnya nak buat grand sikit lah...

Photobucket

Aku bukanlah nak berkira ke apa, cuma kali ini aku agak sedikit keberatan untuk mengambil alih tugasan yang diberikan... Tanggungjawab sebagai ketua program (floor manager/head organizer) merupakan satu tugas yang besar dan mencabar!... Semuanya memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menguruskan pelbagai perkara... Bukan melihat dari satu sudut/aspek sahaja... Memang aku akui, sebelum ini aku pernah menganjurkan majlis makan malam syarikat... Tetapi semua itu aku lakukan secara terperinci dan teratur serta bermula sekurang-kurang 2 bulan sebelum hari sebenar... Kali ini, semuanya agak carca merba dan kelam kabut... Dah la aku ditarik dan dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang tidak berkait dengan aku... Entah mane satu aku nak mula, pening kepala aku dibuatnya... Aku hanya dimaklumkan 5 hari sebelum hari sebenar!... Bayangkanlah, apa yang boleh aku buat bila event akan berlangsung dalam tempoh 5 hari lagi?.... Bengong betul!...

Photobucket

Photobucket

Aku mengeluh panjang pun tak guna... Tapi hakikatnya, ini lah kali pertama dan terakhir aku bekerja dengan orang yang sebegini... Cukuplah sekali, aku tidak mahu ambil peduli... Aku lakukan semua ini pun, kerana memikirkan semua pekerja terutama sekali kawan-kawan yang aku kasihi... Aku tak nak la nanti, mereka pulang dengan penuh kehampaan... At least, mereka akan gembira la malam tu nanti...

Aku akan cuba buat yang terbaik biarpun aku terpaksa menanggung pelbagai masalah... Dengan event management pun satu hal... Datang meeting, melenggang kangkung... Bila tiba time raptai, terpekik sana sini... Terjerit-jerit tak tentu hala... Sakit betul telinga aku dengar suara mereka ni... Sungguh tidak professional!... Berbulu aku dibuatnya... Entah dari mana tah dorang dapat contact event management ni, aku pun tak tahu... Kalau ikutkan hati, mahu je aku tak datang malam esok... Nasib baik kesabaran aku masih lagi di tahap yang OK...

Moga-moga semuanya berjalan lancar la esok... Risau aku dibuatnya... Kalau orang tidak puas hati dan mengata, sape lagi yang akan kena kalau tak aku... Mereka semua bukan tahu hujung pangkal pun...


Nota kaki 1:-
Kalian semua sedia maklum, dalam dunia ni ada macam-macam jenis orang... Ada yang bagus, ada yang hampas... Ditakdirkan kali ini, aku bekerja dengan sesetengah mereka yang dikategori kan sebagai "tidak boleh pakai"... Hanya tahu mengarah dan mengomen sahaja... Kerja, satu benda pun tak tahu... Cukup tak suka dengan orang begini tetapi aku tiada pilihan melainkan meneruskan apa yang telah ditinggalkan kepada aku...

Padanla dari mula aku sudah rasa tidak sedap hati...


Nota kaki 2:-
Kami jemput Mawi dan Jaclyn Victor untuk menghiburkan tetamu malam esok... Masa sound check, sempat dengar Jac nyanyi... Wow!... Memang suara dia maintain je even key lagu tu tinggi!... Orangnya kecik, comel molek je... Rasa macam budak sekolah rendah je style dia... Heheheeee...

Mawi, toksah cite la... Masa sound check, dia tak datang... Entah ape kene ngan mamat tu, aku pun tak tahu... Tak pernah invite dia buat show sebelum ni...


Penantian aku selama ini berakhir... Akhirnya, apa yang aku nantikan selama ini sudah berada didepan mata... Syukur kepada Allah kerana setiap urusan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah... Aku rasa gembira sangat!!... Gembira yang tidak terhinggalah...

Sebenarnya, hari ini aku telah menerima kunci rumah aku... Masih ingat tak lagi, sebelum ini aku ada menulis mengenai rumah yang aku beli?... Sekarang, rumah itu telah pun siap dibina dan sedia untuk diduduki... Tempoh 2 tahun telah berlalu dan kini rumah itu sudah menjadi milikku... Alangkah gembiranya kedua ibu bapaku kerana mereka akhirnya dapat merasa untuk menetap di kediaman yang lebih besar dan selesa... Semua ini satu kurniaan yang tidak terhingga...

Photobucket
Rumah jenis "Acalia" yang telah siap dibina...

Sebenarnya, kalau mengikut perancangan, aku akan menerima kunci rumah aku ni pada hujung tahun nanti... Tetapi, tempoh itu dipendekkan kerana pemaju perumahan telah menerima kelulusan dari majlis perbandaran dan CF telah pun dikeluarkan kepada semua pembeli dan pemilik rumah yang terbabit... Aku rasa lega kerana pemaju perumahan yang memajukan projek perumahan aku ini merupakan pemaju yang bertauliah dan bagus... Hasil kerja mereka pun berkualiti dan memuaskan... Aku cukup suka dengan design arkitek mereka ini... Moden dan terkini sehingga membuatkan aku tertarik dan terus untuk membelinya... Rasa bertuah kerana ketika aku menandatangani surat perjanjian pembelian pada Disember 2006 yang lepas, harga ketika itu adalah harga yang terbaik yang boleh aku dapat... Dalam RM160 ribu untuk ruang berkeluasan 1,900 kaki persegi (20' X 70')... Oklah tu, kalau pergi tempat lain, ada yang RM200 ribu, RM300 ribu... Aku tak mampu nak beli... Terutama sekali, kat area KL... Semuanya RM300 ribu keatas... Dah tu, kecik pulak tu...

Photobucket
Set kunci untuk rumah aku... Hehehe

Selepas aku menerima kunci rumah tadi, aku terus ke unit aku (No. 11) untuk membuat pemeriksaan... Check kalau-kalau ada masalah dengan bilik air, tingkat pecah, longkang dan saliran tersumbat dan sebagainya... Dalam masa yang sama, aku dah mula berangan mengenai reka bentuk dan hiasan dalaman rumah yang bakal aku duduki ini... Memang fikiran aku melayang seketika setiap kali aku melewati setiap ruang dan penjuru rumah... Dari ruang tamu ke ruang makan terus ke dapur... Setelah selesai, aku terus naik ke atas untuk melihat ruang keluarga dan tiga bilik tidur (bilik tidur utama, kedua dan ketiga)... Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengamati setiap ruang sambil otak aku ligat berfikir... Idea datang mencurah-curah ketika itu... Biasalah, tengah excited kan... Hehehehe...

Photobucket
Bil air dan elektrik yang pertama... First time dapat bil air/elektrik atas nama sendiri... Hehehe

Setelah selesai dan ketika aku dah nak balik, aku diserbu oleh sekumpulan kontraktor yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan untuk menaiktaraf rumah... Ada yang boleh buat plaster ceiling la, yang boleh buat grill la, yang boleh buat kitchen cabinet la, buat awning la... Macam-macam lagilah... Sampai aku tak cukup tangan untuk memegang katalog dan album gambar hasil kerja mereka semua... Aku memang akui, banyak design yang ditunjukkan dalam katalog tu cantik-cantik dan menarik!... Macam-macam style ada, dari yang very the 'makcik-makcik' style sampai lah modern contemporary (moden)... Tapi tu semua hanyalah imej sahaja tanpa kos... Dan untuk mendapatkan design sebegitu, aku perlu duduk bersama kontraktor yang terbabit untuk berbincang dan menentukan harganya... Well, it does make sense...

Aku pun, bukan lah sekarang ni nak terus buat... Duit pun tak cukup untuk buat renovation dan sebagainya... Aku nak kena check akaun aku dulu, tengok berapa yang tinggal... Kalau OK, Insya Allah boleh lah aku start buat... Bila dah siap nanti, baru aku akan pindah masuk... Buat masa ini, yang paling penting aku nak kena uruskan ialah untuk memasang pagar di setiap tingkap dan pintu masuk... Selepas itu, aku nak tambah dapur sikit, bagi luas sebab senang nak kenduri kendara... Pasang kitchen cabinet dan kemudian nak buat wardrobe untuk bilik tidur utama, kedua dan ketiga... Bilik tidur bawah tu aku ingat nak lebarkan sikit supaya boleh masuk banyak barang... And then nak pasang lampu dan kipas di setiap point yang ada... Aku perasan, mana-mana rumah yang aku pergi ramai yang buat plaster ceiling... Ermm... Aku bukanla tak suka dengan plaster ceiling ni, tapi bagi aku semua tu macam old fashion dan ketinggalan zaman je... Unless kalau aku nak pasang down light kat living dan dining room tu, maybe aku kena gak buat plaster ceiling... Kalau tak, aku ingat nak buat cornice je... Simple... Lagi satu, kalau letak plaster ceiling yang ade kerawang-kerawang ni, leceh nak jaga dan cepat kotor!... Tengoklah macam mana nanti...

Insya Allah, bila dah selesai, aku akan mengadakan kenduri doa selamat dan majlis memanaskan rumah... Alah, house warming la... Hehehehe... Nanti aku jemput kalian ek...

Tuesday, 28 October 2008

Tiada apa yang mampu aku berikan, hanya keikhlasan yang dapat ku curahkan... Biarlah Allah sahaja yang menentukan, baik buruk yang aku lakukan... Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat disudut hatiku ini...

Aku cuma seorang insan biasa... Punyai kelemahan dan kekurangan... Orang macam aku, siapalah yang sudi untuk mendekati... Tiada harta, tiada nama... Perangai pula, tidak serupa dan bermacam-macam gaya... Semuanya tidak semenggah mana...

Aku redha dan menerima... Hanya mereka-mereka yang faham akan mengetahuinya... Itupun jika ada... Aku terima seadanya... Sejak aku dilahirkan, inilah ketentuan buat diriku... Mana mungkin untuk aku lari dari menerima hakikat yang sebenar... Aku sedar dan tahu, siapa sebenarnya diriku ini... Aku tahu kedudukan aku di mata mereka-mereka yang mengenali diriku... Aku faham...

Aku sudah melakukan yang terbaik... Aku sudah berikan segala-galanya dan semuanya bukan kerana mengharapkan apa-apa balasan... Sekadar pemberian ikhlas dari hatiku ini... Aku cuba memenuhi setiap kehendak, setiap permintaan, setiap harapan... Tapi aku cuma manusia biasa... Ada waktu, aku tidak berdaya untuk mencapai semuanya... Ada diantara mereka tidak memahaminya... Tak apalah... Biarlah Allah yang menentukannya...

Aku rasa, ada baiknya aku berdiam diri... Kerana ramai juga yang tidak mengerti... Biarlah ianya menjadi rahsia hatiku ini... Lama kelamaan, akan OK lah nanti... Kerana aku yakin dan tahu Dia sentiasa berada disisi.....

Monday, 27 October 2008

To all my Hindu friends and readers...


Happy Deepavali to all of you....


Photobucket


Image : Credit & thanks to tapnm.melaka.gov.my

Saturday, 25 October 2008

Lusa, cuti umum sempena Deepavali... Jadi hari ini, esok dan lusa ramai antara kita mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengadakan aktiviti rumah terbuka, kerja kawin dan sebagainya...

Hari ini, aku ada banyak jemputan yang rata-ratanya diterima sejak awal bulan haritu... Majlis perkahwinan ada satu dan disusuli dengan 2 jemputan rumah terbuka... Sebenarnya rumah terbuka tu ada 3 tapi satu tu aku tak dapat nak datang dan dah maklumkan awal2... Banyak sangat tempat nak pergi dan semuanya dalam tempoh 24 jam!.... Hehehehe...

Seawal jam 12.00 pagi, aku sudah bertolak dari rumah menuju ke Bukit Sentosa, Rawang untuk menghadiri majlis kenduri kawin seorang yang istimewa dalam hidup aku... Sebenarnya, yang kawin ialah adiknya dan dia telah menjemput aku sejak 2 bulan yang lepas... Beria-ia dia mengajak aku datang kerumahnya di Rawang... Jadi, untuk tidak menghampakan dirinya (takut nanti kang, merajuk pulak... hehehehe...) aku datang la jugak walaupun terpaksa meredah jalan yang jem kat Rawang tu... Kalau ikut highway, rasa jauh... Pastu, nak kena bayar tol lagi...

Sampai je sana, dah pukul 2 lebih... Waktu tu pengantin tengah berarak dan bersanding... Memang sedang eloklah... Memandangkan aku cuma bersendirian, aku hanya buat hal sendiri... Duduk dan makan... Cadang tak nak lama-lama kat situ sebab aku nak kena menghadiri majlis rumah terbuka kawan-kawan yang lain... Last-last, melekat lama pulak gara-gara dia meminta aku supaya menunggu dia sementara dia melayan tetamu yang datang berduyun-duyun... Maklumlah, dah datang rumah dia, dia tak nak lepaskan aku balik!... Aisehhhh...

Lama gak aku duduk situ... Tetamu datang silih berganti... Aku masih lagi tak balik-balik... Sampai aku dah mati kutu tak tahu nak buat apa kat situ... Air dah bergelas-gelas aku teguk.... Sampai kembung perut aku ini dibuatnya... Yang si dia lak, kejap-kejap terintai-intai tengok aku ada lagi ke tidak... Takut sangat kalau-kalau aku dah balik... Takpe lah, kerana dia, aku sanggup buat apa sahaja... Kurang-kurangnya, aku dah memenuhi permintaan dia kali ini biarpun aku menanggung kebosanan yang teramat sangat... Hehehehe...

Selepas majlis tamat, barulah aku dibenarkan pulang... Macam kena tahanan ISA la pulok... Kalau gini la esok lusa, mau aku jadi sakit jiwa... Takpe lah... This is first and last aku tunaikan permintaan dia... Esok, dia kena ikut cakap aku pulak... Kena berkompromi...

Aku terus menuju ke rumah kawan di Rawang juga... Nasib baik dekat, sempat juga aku singgah walaupun waktu tu dah petang... Makan sikit dan lepas tu aku terus beredar balik ke KL... Hari pun dah nak senja... Aku tengok jam dah nak masuk Maghrib... Kalau ikutkan, ada satu rumah lagi yang aku nak pergi, tapi memandangkan hari dah senja, aku terpaksa batalkan niat aku... Aku call member aku ni dan ceritakan perkara sebenar... Dia tak kesah dan dia risau juga kalau-kalau aku jadi datang... Rupanya, makanan rumah dia dah habis... Ramai sangat yang datang katanya... Kalau aku datang gak, dia tak tahu nak hidang ape... Hehehehe... Lega la juga, tapi aku tetap akan singgah rumah dia hari Deepavali nanti... Just to make it up to my promise...



Nota kaki:-
Tahun depan, nak kena sediakan satu organizer... Apa sahaja jemputan, aku akan masukkan dalam organizer aku... Rasa-rasanya, macam banyak sangat jemputan.. Macam YB la pulak... Hehehehee...

Sorry, gambar tak ada kerana bateri kamera dah 'kong'!... Adehhhh...


Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat baik aku yang sorang ni... Hari ini, genaplah usia dia yang ke-30 tahun... Hehehehe... Dah tua pun, tapi masih lagi tak kahwin-kahwin... Hehehehe....

Aku dengan dia memang sudah lama berkawan... Sejak kami di bangku sekolah lagi... Dulu, rumah kami dekat; belakang rumah aku je... Memang aku rajin singgah rumah dia dan kadang-kadang tidur sana sekali... Aku dan keluarga dia pun cukup rapat dan mak dia dah anggap aku macam anak dia sendiri...

Cuma sekarang, aku dan dia agak kurang sedikit berhubung kerana dia berada di Wellington, New Zealand; melanjutkan pelajaran di peringkat master... Insya Allah, jika tiada masalah, dia akan menamatkan sesi pelajarannya dan akan pulang ke Malaysia Mei tahun hadapan... Itu dari maklumat yang aku terima dari dia sebelum ini lah... Tapi tak tahu lah kalau-kalau dia nak terus menetap dan bekerja di sana...

Aku berdoa semoga dia sentiasa sihat dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan sempena hari kelahiran dia hari ini... Semoga Allah sentiasa merahmati dirinya dan memurahkan rezekinya selalu... Dah tua bangka ni, memang tiada hadiah dan sebagainya, cuma doa dan ucapan yang dapat aku beri dan kirimkan... Semoga kami dapat bertemu kembali, Insya Allah....

Photobucket
Sahabatku bersama ibunya sebelum terbang ke New Zealand 3 tahun lepas...



Nota kaki: -
Tahun depan merupakan hari graduasi universitinya dan sepatutnya aku akan terbang kesana untuk melawat dan memeriahkan suasana... Tetapi aku tidak pasti sama ada boleh ke tidak kerana rumah aku pun sudah siap dibina, kunci pun dah nak kena collect... Nak kena pakai duit lagi... Banyak wooo nak kena buat!...

Serba salah juga... Tapi yang utama harus didahulu kan... Harap-harap dia faham lah...


Friday, 24 October 2008

Aku malas dah nak fikir... Apa yang akan jadi, jadilah... Aku tidak mahu memeningkan kepala aku lagi...

Ternyata dari awal, aku memang dah rasa tak sedap hati... Rasa macam ada perkara besar yang bakal berlaku dan akan menyusahkan aku... Sememangnya, aku dah agak tetapi entah kenapa aku ikutkan/turutkan juga... Apa, tidak cukupkah pengalaman lalu???....

Bila dipujuk rayu, aku jadi cair... Aku jadi lembik... Otak kata tak nak, tetapi hati pula merasa belas kesian... Itulah diri aku; seorang yang tidak pandai berkata "tidak" dan menolak permintaan orang... Apatah lagi jika orang mula memujuk rayu meminta simpati aku... Dalam situasi yang aku hadapi sekarang ini, dia terdesak dan memerlukan sangat-sangat pertolongan aku... Pandai pula dia memujuk dan menyusun ayat-ayat "jampi" supaya aku menuruti kata-katanya...

Bukan aku tidak ikhlas untuk menolong, tetapi bila aku lihat keadaannya sekarang, memang mustahil untuk aku menolong dan menyelesaikan kerja-kerja ini...

Apa yang berlaku sebenarnya ialah; office aku akan mengadakan majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun penubuhan syarikat... Selalunya, majlis-majlis sebegini akan diuruskan oleh mereka-mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis (orang luar)... Kali ini, ianya agak berbeza sedikit kerana segala perancangan dan perjalanan majlis akan dirangka dan dilaksanakan oleh pekerja sendiri... Selain dari menjimatkan kos, ianya dapat mengetengahkan bakat-bakat dalaman yang selama ini tidak pernah diketahui umum... Jadi, aku merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja asas dan telah dilantik sebagai program manager bagi majlis kali ini...

Bagaimana aku boleh terlibat?... Begini ceritanya...

Pada tahun 2006, aku pernah diberi tanggungjawab besar untuk menguruskan majlis makan malam dan ketika itu, aku bertindak melalui jawatan yang dipegang didalam Kelab Sukan dan Rekreasi syarikat aku... It was long time ago, and I did it successfully without any problem... Masa tu, kerjasama antara mereka-mereka amat bagus dan erat sehingga misi yang aku sasarkan membuahkan hasil!... Bayangkan, aku diberi tempoh cuma sebulan untuk melaksanakan majlis makan malam yang grand... Kalau orang lain, gerenti dah give up dah!... Pulak tu dengan keadaan aku yang sibuk dengan kerja... Sebahagian masa aku terpaksa digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja rutin aku...

Kali ini, mereka dapat tahu bahawa aku merupakan orang kuat ketika itu, lantas mereka 'menarik' aku masuk kedalam senarai jawatankuasa kerja dengan harapan aku dapat melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini... Well, I'm not complaining but I don't think I can do it like before since I only have 1 week left!!!!.... Gila ape???...

Semalam, kali pertama aku join meeting dorang2 ni... Ya Allah.... Tuhan saja yang tahu!.... Carca merba sana sini... Dalam meeting, dah jadi macam pasar borong... Banyak sangat idea dan argument sehinggakan aku sendiri jadi confuse... Entah mana satu aku nak dengar... Aku faham, masing-masing inginkan yang terbaik untuk majlis kali ini tetapi harus di ingat, tanpa komunikasi yang efektif, aku tak fikir ianya akan berjaya... And then, aku lihat idea mereka macam-macam tetapi tiap satunya amat sukar untuk dipadankan dengan yang lain... Akibatnya, aku dapat lihat program mungkin akan jadi kucar kacir dan hambar... Mungkin lah kot.....

Entahlah, aku tak tahu nak cakap macam mana... Aku baru sahaja join mereka... Itupun atas dasar kesian... Aku lakukan semua ini kerana aku kenangkan nanti, semua kawan-kawan aku akan menghadiri majlis ini dan aku tak sampai hati nak biarkan mereka pulang dengan kehampaan... Jadi, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membuat mereka senang/gembira ketika majlis tamat nanti... Memang agak sukar kerana melihat ground work yang agak kucar kacir... Pulak tu, banyak sangat benda yang pending dan tak confirm-confirm sampai la sekarang... Adehhhhh....

Pada mulanya, aku hanya nak beri pendapat dan idea sahaja, tapi last-last kerja-kerja dicampakkan kepada aku... Entah mane hujung mane pangkal, aku pun tak tahu... Alih-alih, terus kena buat... Terpaksa lah aku selak satu-satu fail depan mata aku ni... Ape kes???....

Ya, kalau ikutkan hati, hendak aje aku buat bodoh... Tinggalkan semua ini... Tapi tak boleh kerana esok lusa, aku juga yang akan kena... Sudah pasti semua akan menuding jari kearah aku... Nanti aku pulak kena berjawab depan Dato'... Aku nak kerja lama kat sini!.... Dahla tetamu kehormat dan VIP-VIP akan hadir sekali... Anniversary celebration la katakan...

Pengajaran yang berguna pada aku, next time around, aku tak mahu dah get involve!... Letihla nak hadapi semua ini... Dah la aku baru aje habis exam, bulan depan lak ade majlis besar... Banyak kerja aku nak kena buat... Aku tidak punyai banyak masa sekarang ini... My schedule is very tight, now!.... Harap-harap mereka semua akan faham kedudukan aku... Tapi kalau tak reti bahasa gak, aku tak tahu la nak cakap macam mana... Paling aku tak suka, bila kena paksa dengan orang atasan... Tersepit aku ditengah-tengah...

Why they always pick on me???????????????????????????????.....



Nota kaki:-
Dalam meeting tadi, aku tengok ramai mereka-mereka ni jenis selamba aje... Dari pandangan aku, macam ada potensi nak lepas tangan... Entahla, susah nak cakap...


Wednesday, 22 October 2008

Untuk bacaan dan renungan bersama...


- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minimum 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

- Untuk menghilangkan tekanan, cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWT melalui zikir dan doa.

- Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (Hadith Riwayat Ahmad) - DOA TENGOK CERMIN

- Untuk memiliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud A.S. iaitu selang satu hari... Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

- Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul:
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram:
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu':
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud:
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir:
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam:
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib:
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.



Sumber asal : Tidak diketahui (E-mel)

Bila aku sampai sahaja di rumah lepas balik dari menduduki peperiksaan petang tadi, aku perasan ada satu sampul surat terselit dicelah pintu bilik tidur aku...

Sampul yang mempunyai logo kepala harimau (Maybank) membuatkan aku tertanya-tanya... "Surat apa pulak yang sampai ni?... Seingat aku, hutang kereta telah aku bayar bulan lepas... Kad kredit Maybank, aku memang tak ada... Hmmmm..."

Aku mengoyak bahagian atas sampul surat tersebut dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekeping cek bernilai RM148 telah dicetak diatas nama aku... Terbuntang la bijik mata sekejap... Hehehehe...

Photobucket
Alhamdulillah... Ada juga pulangan...

Aku amati keratan atas cek ini, cuba mencari sebab musabab mengapa cek ini dicetak... Rupa-rupanya, aku terima dividen hasil dari saham Maybank yang aku beli tempoh hari... Owhh... Aku ingatkan apa tadi.... Ingatkan aku ada menang apa-apa peraduan ke ape... Hehehehe...

Aku tak sangka, walaupun pelaburan aku cuma sedikit dalam saham Maybank tersebut, sekurang-kurangnya, adalah jugak pelaburan yang aku buat... Aku ingatkan, ianya tidak menguntungkan sebab mengikut perkembangan pasaran terkini, harga kebanyakkan saham jatuh menjunam akibat dari krisis ekonomi global yang melanda dunia... Maybank juga tidak terkecuali dari terkena tempias dan ditambah pula dengan pembelian BII yang kepoh dalam Buletin Utama baru-baru ini... Ramai pemegang syer dan pelabur tidak berpuas hati dengan urusniaga pembelian BII tersebut... Ini dari apa yang aku dengarlah...

Walaupun jumlah cek tersebut sedikit, aku bersyukur kerana masih lagi ada dividen yang dikurniakan kepada pemegang saham... Siapa sangka, mungkin pasaran saham telah kembali pulih dan harganya naik semula, insya Allah dapat pulangan besar?...

Kita tunggu lah nanti............................

Tepat jam 5.oo petang tadi, berakhirlah sudah 'penyeksaan' aku... Kelihatan jari hantu sebelah kiri aku bengkak-bengkak dan kemerahan akibat genggaman pen mata bola yang terlalu kuat... Aku memang begini, sejak dari kecil; bila menulis memang pen melekat di jari ibarat kene gam ngan UHU... Rasanya sebab tu kot kenapa tangan aku sentiasa sakit dan lenguh...

Memang selepas kertas jawapan dan soalan dikutip tadi, terasa lega yang teramat sangat!... Rasa macam beban diatas kepala ini telah hilang... Setelah sekian lama bertungkus lumus mentelaah, masa banyak dihabiskan dengan mengadap nota dan buku yang setebal hampir 300 helaian itu, akhirnya aku berjaya untuk menempuh dugaan yang maha hebat ini... Itulah lumrah yang selalu aku lalui setelah bergelar pelajar separuh masa... Siang hari bekerja dari pagi sampailah ke malam; hari Sabtu, hampir separuh dari masa aku dihabiskan dengan mengikuti kuliah dan membuat kerja-kerja sekolah... Yang tinggal, cuma hari Ahad; hari dan waktu untuk aku berehat... Itupun kalau aku ada peluang untuk rehat kerana bila ada sahaja dirumah, tanggungjawab aku kepada kedua ibubapa tidak berhenti... Banyak perkara yang perlu diselesaikan; nak kena tolong kemas rumah, pergi beli barang dapur dan sebagainya...

Entah bila penghujungnya, aku pun tidak tahu... Kadang kala, rasa bosan juga hendak menghabiskan rutin ini... Nasib baik aku tinggal satu sahaja subjek untuk dipelajari sebelum aku menamatkan sesi pengajianku... Dan selepas itu, tengoklah... Kalau ikutkan rasa hati, hendak saja aku sambung tetapi hati pula rasa keberatan dan malas!... "Oh tidak!!!.. Aku tidak boleh malas sekarang... Ini masa depan aku... Aku harus mengejar cita-cita aku demi untuk kebahagiaan aku dimasa akan datang... Mak dan abah banyak bergantung pada aku sekarang ini..." Esok, bila adik beradik aku dah kawin, tanggungjawab aku kepada orang tua terletak diatas bahu aku, anak lelakinya...

Selepas tamat sahaja peperiksaan tadi, entah kenapa hati aku tiba-tiba jadi gusar... Rasa tidak senang sahaja... Memang sejak kebelakangan ini, perasaan aku tidak tenteram... Minda berkecamuk... Memang aku tidak nafikan, aku menghadapi sedikit masalah tetapi aku tidak fikir ianya boleh mengganggu gugat ketenteraman jiwa aku diwaktu itu... Pasti ada sesuatu yang lebih besar mengganggu fikiranku...

Aku rasa risau dengan cara aku menjawab soalan peperiksaan tadi... Walaupun semua soalan sudah dijawab dan dicuba, namun aku tetap rasa tidak puas hati... Satu soalan esei di bahagian akhir tidak dijawab dengan baik... Bukan kerana aku tidak mahu menjawab tetapi aku merasakan isi dan butiran yang aku coretkan diatas kertas jawapan tadi seolah-olah tidak kena dengan kehendak soalan... Ibarat memakan gulai ayam yang tidak cukup rencah; terasa tawar dan kurang enak... Ditambah pula dengan kesakitan tangan aku yang tidak henti-henti menulis... Rasa macam hendak meraung sahaja didalam dewan peperiksaan tadi...

Aku tidak pernah rasa sebegini... Selama aku keluar masuk dewan peperiksaan, aku akan rasa lega dan puas hati dengan apa yang aku tulis... Tetapi kali ini, perasaan itu berbeza sama sekali... Entahlah, mungkin kerana aku terlalu banyak memikirkan masalah atau perihal yang remeh temeh... Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar keputusan nya nanti memuaskan aku... Terasa risau kerana aku telah berazam dari mula untuk mempertahankan keputusan peperiksaan aku... Kalau boleh, aku tidak mahu satu pun matapelajaran yang diambil tergelincir dari landasan pencapaian yang telah aku bina dari mula... Aku redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah Taala... Moga Dia memperkenankan doaku...

Sebelum beredar pulang, sempat aku singgah di pejabat kolej untuk mengambil slip keputusan peperiksaan bagi subjek yang lepas... Peperiksaan tersebut telah 3 bulan berlalu... Terasa debaran kini memuncak!... Apalah keputusannya ek?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hati sedikit terubat selepas menyelak sampul slip keputusan peperiksaan yang aku terima... Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan doaku selama ini... Syukur alhamdulillah, aku masih lagi bertahan dengan keputusan yang sama seperti yang lepas-lepas... Cuma persoalannya sekarang, adakah aku mampu bertahan sehingga ke akhir sesi pembelajaran aku nanti?...



Nota kaki:-
Semakin hampir aku di penghujung sesi kuliah, semakin malas pula dibuatnya!... Itulah manusia, seringkali alpa dan leka... Aku tidak seharusnya begitu dan sentiasa bersemangat dalam apa jua hal... Semua ini bukan untuk aku, tetapi untuk mereka-mereka; kawan-kawan seperjuangan yang satu kelas denganku... Jika aku hilang harapan, apa lagi yang tinggal untuk mereka??...


Monday, 20 October 2008

Sebut sahaja GULA, semua orang terbayang... Ianya adalah sesuatu yang manis dan banyak digunakan didalam penyediaan makanan... Memang tidak asing lagi, penggunaan gula oleh rata-rata rakyat di negara kita amat meluas...

Bayangkan, dalam kehidupan seharian kita, berapa banyak gula yang telah kita ambil? Semestinya tidak terkira, bukan?... Secawan teh @ kopi sahaja sudah mengandungi beberapa sudu gula dan itu tidak termasuk makanan yang kita makan... Dalam erti kata yang lain, memang sekarung gula yang dijual di kedai atau pasar itu adalah bersamaan dengan sebulan kemasukan dan pengambilan gula dalam badan... Banyakkan?

Dari segi kesihatan, pengambilan gula yang berlebihan memang akan memudaratkan sistem tubuh badan dan mengakibatkan pelbagai penyakit... Ini adalah kerana gula yang diambil dan dimakan akan bertukar menjadi kalori atau lemak didalam tubuh badan yang nyata akan membahayakan sistem tubuh badan... Oleh itu kita dapat lihat, orang yang suka dan kuat makan benda-benda manis ternyata mempunyai badan yang lebih besar dan gempal... Di tambah pula dengan kurangnya aktiviti kesihatan seperti bersukan dan sebagainya...

Aku dapat satu info mengenai gula dan bahayanya dari e-mel dan selepas aku meneliti dan membacanya, ternyata aku bersetuju dengan isi kandungannya... Oleh itu, aku rasa wajar untuk aku kongsi bersama kalian semua...


Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!


Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer


Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
- Glukosa
- Fruktosa
- Laktosa
- Maltosa
- Sukrosa
- Sirap Glukosa
- Sirap maple
- Molases
- Sirap hitam
- Sirap kencana
- Dektrosa
- Sorbitol


Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera (adoiiii... sundae McDonalds tu sedaplaaaa...) - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!




Nota kaki: -
Jadi, kurang-kurangkan penggunaan gula ya...

Info asal: Tidak Diketahui (E-mel)


Photobucket


Rutin biasa kembali semula...

Aku kembali mengadap nota dan buku-buku aku... Kali ini, lokasinya cuma dirumah sahaja dan aku malas untuk keluar dan bergerak ke perpustakaan kolej aku... Lagipun, member2 yang lain tiada dan masing2 'membawa diri' ke tempat yang mereka rasakan selesa...

Lusa, bermula lah 'perang' aku... Perang dengan minda yang selama ini asyik menerima ajaran dan ilmu yang dicurahkan oleh lecturer yang bertugas... Entah bagaimanalah keadaannya nanti, aku tidak pasti... Apa yang boleh aku katakan ialah, aku akan buat yang terbaik untuk diri sendiri... Terima kasih kepada mereka-mereka yang memberi sokongan dan aku berdoa semoga Allah akan membalas setiap apa yang kalian berikan...

Selepas ini, tinggal lagi satu mata pelajaran dan aku akan bebas kembali... Bukanlah beria-ia sangat nak habis cepat, tapi kadang-kadang teringin juga untuk ada kehidupan sendiri... Bergerak kesana kemari... Menikmati dan mengisi masa aku tanpa perlu memikirkan nota dan kerja-kerja sekolah yang bertimbun-timbun... Disebalik sudut pula, jika semua ini berakhir, aku akan merindui bangku kelas... Merindui setiap lecture yang diberikan... Merindui setiap nota dan buku-buku malah aku akan merindui tekanan ketika hendak menduduki ujian dan peperiksaan...

Tak apa, jika aku kemaruk sangat nak belajar, boleh saja aku mengikuti kelas diluar... Insya Allah, selagi terdaya aku akan terus belajar... Ilmu yang Allah turunkan tiada penghujungnya... Terlalu banyak benda yang belum kita ketahui dan pelajari... Selagi ada niat dan hasrat, eloklah diteruskan...



Nota kaki:-
Budak-budak universiti sekarang tengah sibuk untuk ujian dan peperiksaan akhir semester... Masing-masing sedang sibuk mentelaah dan mengulangkaji pelajaran... Good luck to all of them!...


Sunday, 19 October 2008

Aku terkejut sekejap... Terpana bila aku melihat gambar-gambar ini... Pada mulanya, aku ingatkan ianya sekadar permainan kanak-kanak... Rupa-rupanya ia adalah prototype motorsikal yang direka mengikut ciri-ciri terkini...

Pada pencinta dan peminat kenderaan berenjin, mungkin anda berminat untuk melihat imej-imej ini...

Ya, memang ini adalah motorsikal yang direka cipta untuk kegunaan masa hadapan... Mungkin tidak lama lama lagi, penunggang motorsikal akan berpeluang memiliki dan menunggang motorsikal seperti ini... Berdasarkan bentuk dan rupa, ianya agak pelik sedikit kerana roda yang diletakkan adalah sebelah menyebelah tidak tidak seperti kedudukan motorsikal biasa... Jadi tahap keseimbangan tu sudah berkurangan sedikit tetapi aku yakin, ianya stabil untuk ditunggangi...

Jika tadi aku ada bercerita mengenai kemajuan teknologi yang semakin lama semakin pesat, kini tidak mustahil bahawa manusia mampu mencipta apa sahaja mengikut kehendak mereka... Lihatlah, sedangkan motorsikal; kenderaan rasmi yang kita gunakan setiap hari pun boleh diubah suai dan dinaik taraf, inikan pula perkara yang kecil-kecil... Sudah pastinya kita sebagai manusia mampu mengubah apa yang ada didepan mata kita hanya dengan kreativiti dan akal fikiran...

Aku rasa, banyak ciri-ciri menarik mengenai motorsikal ini kecuali ianya tidak boleh membawa orang lain kecuali penunggang sahaja... Walaupun bentuknya agak pelik namun ianya mudah untuk digunakan... Mungkin dengan bentuknya yang sebegitu, pergerakannya mungkin agak terhad dan ini dapat mengelakkan daripada penunggang membawa dengan kelajuan yang tinggi... Dalam erti kata yang lain, agak sukar untuk penunggang disaman kerana memecut dan paling penting, dapat mengurangkan aksi-aksi merbahaya diatas jalanraya seperti merempit dan sebagainya... Elok jugalah...

Cuma kalau hendak difikirkan dari segi keselamatan, risiko tetap ada kerana kestabilan motorsikal ini... Dua perkara mungkin akan berlaku; sama ada penunggang akan jatuh terlentang atau jatuh tersungkur diatas jalanraya jika tidak berhati-hati menunggang motorsikal ini... Tetapi, kita tidak harus memikirkan dari sudut negatif kerana tiada penunggang yang ingin mencederakan diri mereka @ terlibat dalam kemalangan jalanraya... Pokoknya, bila memegang handle motorsikal, keselamatan harus diutamakan... Kalau diikutkan, menunggang motorsikal konvensional sekarang ni pun, risiko dan bahaya yang sama tetap ada selagi ianya adalah motorsikal... Betul tak?...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket




Nota kaki:-
Tak boleh nak imagine keadaan dan rupa aku menunggang motorsikal ni... Mungkin tonggang terbalik kot... Hehehehehe.....

Cukup risau dengan kebanyakkan penunggang motorsikal zaman sekarang... Cara mereka mengawal motorsikal mereka cukup merbahaya sehinggakan aku yang memandu kereta pun takut pada mereka... Yelah, kene senggol sikit je, maka terpelanting la mereka ibarat 'superman' sebelum landing atas jalan... Ngeri wooo....


Imej : Tidak diketahui (E-mel)

Aku tertarik dengan satu artikel e-mail yang di hantar kepada aku pada hari Jumaat yang lepas... E-mel yang bertajuk "Apartment That Allow You To Park Your Car in Balcony" cukup membuatkan aku terfikir; adakah ianya benar-benar realistik?

Sebenarnya, kalau hendak difikirkan betul-betul, memang ianya satu idea yang sangat bijak.. Tahu tak kenapa?... Kerana dengan adanya teknologi sebegini, banyak perkara/isu dapat kita selesaikan... Bayangkan jika idea ini digunakan di premis perniagaan dan pejabat kita, tidakkah itu lebih baik dan menguntungkan?... Di Kuala Lumpur sahaja kita sedia maklum bahawa ramai pemandu kenderaan berebut-rebut untuk mendapatkan tempat letak kenderaan bila singgah di sesuatu tempat @ ke tempat kerja... Itu belum campur di pusat membeli-belah lagi... Kadang-kadang sampai terpaksa parking kereta kat tepi-tepi jalan yang nyata amat membahayakan!... Kemudian, kita terpaksa menanggung kos bayaran meletak kenderaan yang kadang kala aku rasa tak masuk akal langsung!... Pernah aku parking kereta di kawasan Pusat Bandar Damansara untuk tempoh dua jam, aku dikenakan cas RM10.00!... Mak aiii !!!!... Kalau parking berbumbung dan dan berhawa dingin tu lain la cerita... Ni dah la open car park, aku parking pun bawah pokok tau !... Cas gila-gila punya... Aku parking kat Pavillion KL pun tak mahal macam ni !... Tak patut, tak patut.......

Photobucket

Aku amat bersetuju dengan cara/idea orang yang mereka cipta teknologi ini... Bagi aku, dengan adanya teknologi ini, kita dapat menjimatkan ruang serta masa dan dalam masa yang sama keselamatan kenderaan kita terjamin kerana kita tahu, kereta @ motorsikal kita sentiasa berada didepan mata... Jadi, risiko kecurian dan kehilangan kenderaan dapat dikurangkan atau dielakkan... Di samping itu juga, kita dapat mengelakkan daripada kenderaan kita ditarik oleh penunda kereta kerana meletak kenderaan merata-rata atau dikawasan yang tidak sepatutnya... Masalah kekurangan tempat meletak kenderaan juga dapat diselesaikan...

Photobucket
Teknologi yang diguna pakai... Menggunakan lif kereta...

Kadang kala, kita tidak terfikir mengenai semua ini dan cara-cara untuk kita menyelesaikan masalah yang seringkali mengganggu fikiran setiap hari... Apa yang kita lakukan ialah dengan berbuat tidak endah dan tidak tahu sahaja... Yang paling teruk, kita menambahkan/memburukkan lagi keadaan dan masalah tersebut... Jadi, dengan adanya idea dan teknologi ini, maka sekurang-kurangnya masalah dapat diselesaikan... Dunia pula semakin maju dan canggih dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit teknologi terkini dicipta bagi memudahkan kita semua...

Setakat ini, idea ini tidak sampai lagi di negara kita tetapi di negara luar, cara/idea dan teknologi ini telah diguna pakai terutamanya negara yang sibuk dan kekurangan ruang @ tanah untuk dijadikan tempat letak kenderaan... Mereka tiada pilihan melainkan terpaksa memikirkan alternatif untuk menyelesaikan masalah ini...

Photobucket

Begitulah... Idea tidak akan datang jika tiada faktor yang menggerakkannya... Kita pula, sentiasa leka dan selesa dengan apa yang ada... Mungkin selepas ini, kita harus bersikap lebih pro-aktif dengan memikirkan apa yang patut kita lakukan demi kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan...



Nota kaki:-
Teknologi meletak kenderaan sudah tercipta... Rasa-rasa, ada tak teknologi yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang saban hari semakin parah?.... Untuk direnungkan bersama...


Sumber gambar: E-mel (Tidak diketahui)

Saturday, 18 October 2008

Rasa gembira dihati kerana rakan baikku telah kembali...

Terasa rindu dengan coretan dan penulisan dirinya... Ketika dia 'pergi' dahulu, terasa duniaku disini sedikit hambar dan kosong... Hari-hariku agak suram dan aku kehilangan seorang teman yang sentiasa berada disisi...

Kini aku bersyukur kerana kegembiraan aku akan kembali... Malah aku bertambah seronok apabila mengetahui status terkininya... Kehidupannya akan bakal berubah selepas ini... Sebagai seoarang rakan rapat, aku tumpang gembira... "Semoga kebahagiaan akan sentiasa bersamamu...."

Itulah doaku selama ini.....

Aku kembali untuk menulis...

Maaf kerana sebelum ini, aku menghadapi masalah dengan perkhidmatan internet dirumah aku... Streamyx yang berkelajuan 512 Kbps telah tidak semena-mena tidak dapat disambungkan... Aku rasa pelik, mengapa selama ini aku pakai, tidak pernah menghadapi sebarang masalah... Kalau ada pun, cuma temporary line disconnection disebabkan line telefon yang bising... Kali ini, tak boleh masuk langsung!...

Lantas aku hubungi pusat perkhidmatan pelanggan TM dengan mendail nombor 100... Panggilan dijawab dan masalah aku direkodkan oleh pegawai yang bertugas...

Rupanya, memang ada masalah dengan Streamyx di kawasan tempat tinggal aku... Kabel fibre optik yang digunakan Telekom untuk menyambungkan talian jalur lebar telah rosak sejak 14 Oktober yang lalu... Ermmm... Aku rasa, kabel tu dah lama rosak, cuma mereka baru perasan pada 14 Oktober yang lepas... Itu pun sebab ada ramai pengguna yang mengadu perkara yang sama... 56 pengguna yang terjejas katanya...

Alhamdulillah, hari ini broadband yang aku gunakan kembali normal... Dan hari ini juga, aku dapat menyambung semula kerja2 aku dirumah dan menulis didalam ruangan kesayangan aku ini... Rasa rindu bila lama tidak menulis... Mungkin juga ada diantara kalian yang tertanya-tanya @ tertunggu-tunggu entry aku disini dan kemana aku menghilang... Well, that is why I was 'away' from blogging world...

Maaf yaaa...........

Wednesday, 8 October 2008

Hari ini juga merupakan hari kelahiran buat kakakku yang tersayang...

Tanpa disedari, semakin hari kita melewati usia... Saban hari, kita tidak akan kekal remaja... Peredaran masa berlaku begitu pantas sehingga kita tidak sedar, uban semakin memutih di kepala... Itulah lumrah hidup; jika dahulu kita ditatang dan dibuai, sekarang kita pula bakal membuai zuriat sendiri...


"Untuk kakakku yang tersayang,

Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun ini... Semoga kehidupanmu disinari kebahagiaan sepanjang masa... Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadamu bila hidup bersama dia nanti... Tiada apa yang aku pohon kecuali kebahagiaanmu duhai kakakku..."


Adikmu ini sentiasa mendoakan dirimu selalu............


Photobucket
Kakakku ketika majlis pertunangannya dahulu...



Nota kaki:-
Nampaknya, tempoh aku hampir tamat... Arrrgghhhhhhh... Lepas kakak aku, mesti mak aku akan membebel kat aku pulak... "Bila lagi???"...


Habis saja waktu kerja, aku bergegas keluar dari ruang pejabat... Nak mengelak dari tersangkut di tempat letak kereta kerana waktu itu nanti, pastinya ramai yang akan berebut nak keluar... Kereta pula, bukannya sebiji dua...

Selepas selesai sahaja solat fardu Asar, aku berkemas dan terus turun ke tempat letak kereta... Mengikut perancangan, aku akan pergi menjamu selera bersama dua orang minah cun yang bakal terbang ke London tidak lama lagi... Jadi, sebelum mereka pergi, eloklah aku keluar dan temankan mereka-mereka ni melayan masakan Malaysia... Nanti bila dah sampai sana, kemungkinan mereka ni terpaksa 'berpuasa' dan tidak boleh makan sembarangan...

Photobucket
Noodle Station... Ianya setanding dengan Secret Recipe dan lain-lain...

Destinasi yang dituju ialah Noodle Station yang telah berhampiran Uptown Gombak... Tempat ni masih lagi baru dan banyak shop lot disitu belum lagi dibuka... Sebelum ni aku memang perasan mengenai kedai mee ni cuma aku tak berkesempatan untuk singgah dan makan disana... Setakat lalu dan pandang sahaja... Baru-baru ini pulak, aku terbaca satu entry yang ditulis oleh
Axim mengenai pengalaman dan aktivitinya ketika berada di Sunway Carni beberapa hari yang lepas dimana dia telah singgah di kedai yang sama dan menikmati makanan disitu... Terliur aku bila melihat gambar yang dipaparkan didalam blognya sehingga membuatkan aku rasa tertarik untuk mencuba makanan disini...

Aku sampai dah dekat nak Maghrib... Elok sangat-sangat la sebab tak perlu aku nak pening2 kepala mencari juadah untuk berbuka puasa... Aku hanya perlu masuk dan memesan makanan yang aku hendak dan kebetulan ketika aku sampai itu, cuma ada beberapa orang pelanggan sahaja yang ada didalam restoran tersebut... Lucky me!...

Photobucket
Aku tengok gambar2 ni saja sudah cukup membuatkan perut aku berkeroncong... Hehehe...

Aku memesan makanan iaitu "springly mee with egg and sliced beef" (kalau tak silap aku...) beserta chocolate milkshake... I'm crazy about chocolate especially when they blend and mix it will cream and milk... Rasa sedap giler!... Giler pun tak sedap macam ni... Heheheheehe... So, tak sampai beberapa minit, minuman yang aku pesan sampai di meja dan sedang elok, waktu Maghrib pun masuk... Maka berbuka lah aku dengan chocolate milkshake tu dulu sambil menanti mee yang aku pesan...

Photobucket
Menu makanan... Macam-macam ada!...

Apa yang menarik mengenai restoran ini ialah konsep yang diguna pakai hampir sama macam Secret Recipe dan lain-lain... Kalau Secret Recipe memang terkenal dengan kemahsyuran kek nya, Noodle Station ini memang sinonim dengan namanya dimana mereka menyediakan beraneka jenis hidangan mee... Dari yang berkuah sehinggalah yang kering; macam-macam style ada!... Pilih saja mana yang berkenan... Kalau tak silap aku, keistimewaan makanan disini ialah mee yang digunakan dimana ianya dibuat sendiri daripada tepung dan telur... So, you won't find this kind of mee in any market... Struktur dan rasa mee tersebut juga berlainan, tidak sama seperti mee yang pernah kita makan... Masa memula makanan aku sampai, aku ingatkan mee tersebut tidak dimasak dengan betul sebab nampak macam mentah je, tapi sebenarnya mee tersebut memang begitu... Sekali aku rasa; mak aiii.... Terus tak berhenti tangan aku menyuapkan makanan ke dalam mulut... Terus aku tak pandang kiri kanan dan bertegur orang... Betul-betul menghayati setiap suapan ketika itu!... Hehehehehehe...

Photobucket
Makanan yang aku pesan... Slurrrrpppp...


Photobucket
Air yang dipesan oleh kawan aku... Entah air ape tah; atas kaler pink, bawah kaler biru... Pelik...

Dari segi harga pula, memang berpatutan... Kebiasaan bila kita pergi ke restoran seperti Secret Recipe dan lain-lain, kita akan berbelanja tidak kurang dari RM20... Tetapi bila makan di Noodle Station ni, kedua-dua pesanan aku cuma memakan kos sebanyak RM13 sahaja... Mee yang aku makan tu berharga RM6 (mangkuk besar dan banyak juga isi kandungnya) dan chocolate milkshake berharga RM7... Tak la mahal mana... Reasonable jugakla...

Mungkin selepas ini, aku akan cuba menu yang lain pula, Insya Allah... Banyak benda aku tak cuba lagi ni... Oh ya, jangan risau kerana semua makanan di dalam restoran ini ditanggung HALAL... Jadi, tiada keraguan mengenainya...


Nota kaki: -
Sape2 ada kat KL atau boring2, jom lepak ngan aku kat restoran ni.....

Kalau sehari dua yang lepas aku memandu kenderaan rasmi aku ke tempat kerja dengan mudah (siap boleh cilok-cilok sana sini... hehehehe...), hari ini aku dapat rasa keadaan jalanraya semakin sibuk... Itu tandanya ramai warga kota telah pulang ke rumah dari kampung halaman masing-masing...

Seperti biasa, terpaksalah aku meredah jalan yang satu ketika dulu lengang tanpa banyak kenderaan diatasnya... Rasa kebosanan menjengah pelusuk hatiku ini...

"Sampai bila aku harus tempuhi semua ini?...." bisik hatiku

Kemeriahan hari raya yang disambut pada hari Rabu yang lepas semakin lama meninggalkan kita... Kini, kita kembali kepada dunia asal; bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah habis di pejabat... Kehidupan kembali sibuk lantas masa banyak dihabiskan dengan kerja-kerja yang ditinggalkan sebelum cuti hari raya yang lepas... Aku bernasib baik kerana sebelum aku mula bercuti, aku sudah meng'clear'kan (sesuka hati mak bapak aku je mengeksploitasikan perkataan... hehehehe...) meja pejabatku ini... Tinggal beberapa kes sahaja yang tertangguh dan aku perlukan masa untuk melihat kes-kes ini sebelum menyelesaikannya... Begitulah rutin aku disini... Setiap hari aku mengadap pelbagai jenis kes dan setiap satunya adalah unik dimana segala sel-sel neuron didalam kepala otak aku diguna pakai... Elok juga sebab aku takla membazir... Hehehehehe...

Everything is back to normal... Cuma yang berbeza ialah diatas meja terdapat berbekas-bekas kuih raya yang dibawa oleh kawan-kawan aku... Dari bau, memang sedap tetapi aku tidak la jamah... Bukan tidak mahu tetapi belum tiba masanya lagi untuk aku makan kuih raya mereka ini... *smile

Kalian pula bagaimana?... Seronok bercuti raya?... Aku yakin, selepas ini pasti banyak cerita-cerita raya yang bakal dipaparkan di laman blog masing-masing...

Sunday, 5 October 2008

1 Syawal telah lima hari berlalu, namun kehangatan hari raya pertama masih lagi terasa... Terngiang-ngiang di telingaku takbir raya memecah kesunyian di pagi hari memuji kebesaran Ilahi... Maha Suci Allah yang Maha Agung... Maha Kaya dan Maha Bijaksana...

Apakan daya, hari ini adalah hari terakhir aku berehat dan bercuti dari kesibukan kerja di pejabat... Esok, kehidupanku kembali seperti sedia kala; bermandi dengan timbunan fail-fail yang memang tidak pernah susut... Terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan; kerja diatas meja, peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi, majlis makan malam syarikat yang telah ditetapkan hujung bulan ini, majlis perkahwinan keluarga dan lain-lain... Kalau hendak ditulis semuanya, mahu panjang berjela-jela senarai aku... Tak sanggup untuk memikirkannya buat masa ini...

Program aku hari ini berkisar mengenai aktiviti aku yang kehulu kehilir menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan... Seawal jam 9 pagi, aku telah bersiap untuk keluar dari rumah; menghantar adik bongsuku pulang ke kampusnya di Alor Gajah, Melaka... Memang dari minggu lepas mak telah berpesan dan meminta tolong supaya aku menghantar adik kerana dia tidak dapat membeli tiket bas untuk pulang... Semuanya telah habis dijual dan mak aku agak sedikit risau sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi bila mendengar adik aku hendak pulang bersendirian... Banyak sangat kes yang menghantui pemikiran mak aku dan bermula dari situ, mak meminta bantuan aku atau adik aku yang seorang lagi menjemputnya di kampus... Biarlah berbelanja lebih sedikit untuk petrol dan tol asalkan dia pulang dengan selamat...

Perjalanan memakan masa selama hampir 6 jam memandangkan jalan agak sesak ketika pulang dari Melaka... Macam biasalah, kalau tak sangkut dekat Pedas-Linggi, mesti akan tersangkut dekat Senawang menghala ke Kuala Lumpur... Waktu aku balik tadi, hari sudah menjelang tengahari dan banyak kenderaan berpusu-pusu melalui lebuhraya yang sama... Walaupun tiga lorong lebuhraya dibuka tanpa sebarang halangan, namun kesesakan yang dialami tetap sama... Kali ini ekornya sudah sampai ke Senawang bermula dari Nilai... Masing-masing mengesot-esot merentasi lebuhraya yang panas dan berbahang itu...

Nasib baik kereta ada aircond, kalau kena time tu aircond rosak, mahu macam daging salai dibuatnya... Panas giler!... Aku dengar pengumuman di radio, sana sini jalan sesak... Dari utara sampailah selatan, takde bezanya... Semua exit sesak memandangkan ramai yang ingin pulang ke kota selepas hampir seminggu berhari raya di kampung halaman... Jadi, tak boleh nak kata apa, redah ajelah... Aku ni kira bernasib baik kerana bertolak awal... Kalau aku lewat sedikit tadi, sah... Lagi lama lah aku atas lebuhraya tu... Naik kematu bontot tau!...

Hari ini juga, si "dia" pulang ke Kangar... Insan yang aku sayangi itu akan menyambung kuliah dan pengajiannya seperti sedia kala esok... Kesian aku kat dia, dari Seremban terpaksa menaiki bas menghala ke hujung tanah air sana... Berapa lama lah perjalanan yang harus di tempuhi?... Kalau aku, aku pun tak sanggup... Tapi nasib baik perjalanan dia menghala ke utara dan bukan ke selatan... Kalau tidak, mahu berbelas-belas jam la duduk dalam perut bas...

I'm gonna miss "dia"... Cuti raya beberapa hari ini memang tidak cukup & tidak puas antara aku dan dia... Rasa macam nak sambung aje cuti kali ini tapi apakan daya, tiada rezeki antara kami untuk bermesra lebih lama... Aku berharap, satu ketika nanti aku dapat luangkan masa yang lama sedikit untuk dia, Insya Allah... Aku tidak tahu kenapa, hati aku sangat merindui dirinya... Entah kenapa rasa berat je nak lepaskan dia pergi... Rasa seperti aku ingin kesana menemani dia... Bila dia memaklumkan kepada aku yang dia akan pulang hari ini, secara tiba-tiba aku rasa sedih... Selalu, aku jarang begini...

Tak apalah, dia pulang kesana bukan untuk bersuka ria... Dia balik kesana kerana ingin menimba ilmu dan mengejar cita-cita... Aku tidak seharusnya mematahkan semangat dia untuk terus belajar... Aku seharusnya menyokong dirinya supaya dia terus maju dan berjaya... Mungkin agak payah bagi aku pada permulaannya tetapi aku harus terima hakikat kerana dia ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan... Dia ada amanah yang perlu untuk ditunaikan... Jadi, mengapa perlu aku menjadi batu penghalang kepada semua ini?... Tidak, aku tidak akan menjadi punca/penyebab dia gagal dan terkandas di tengah jalan... Aku mahu dia berjaya setiap kejayaan yang dia kecapi adalah daripada pengorbanan diriku ini...

Memang dalam banyak2 orang yang aku kenali dan sayangi, dia adalah yang istimewa... Caranya cukup menawan hatiku... Dia seorang insan yang sangat memahami diriku ini... Dia tahu apa yang aku alami dan rasa dan dia banyak memberi dorongan dan semangat untuk aku meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Dia sangat mengambil berat mengenai diriku dan menyayangi aku sepenuh hatinya dan dia tidak sanggup melihat aku bermuram duka atau bersedih dengan kisah lampau... Walaupun dia tahu, aku sudah berpunya, namun dia tidak pernah berkecil hati malah sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan aku...

Itulah yang membuatkan dia terlalu istimewa... Istimewa di mata aku... Insan sebegini memang sukar untuk ditemui dimana-mana... Kadang kala, aku jadi tidak keruan kerana memikirkan semua ini... Mengapa aku tidak berjumpa dengan dirinya sebelum aku bersama dengan kekasih hatiku sekarang?...

Bukan rasa menyesal tetapi aku yakin, semua yang berlaku ada sebabnya... Allah menemukan aku dengan dia untuk membantu diri aku yang selama ini 'tidak tentu hala'... Kehadirannya banyak mengubah diri aku dan kini aku rasa gembira dan seronok dengan adanya si dia... Bila aku runsing, dia sentiasa menggembirakan aku walaupun tidak bersemuka... Bila aku sedih, dia sentiasa memujuk dan memberi kata-kata semangat kepada aku sehingga setiap ketika hatiku merasa sejuk semula... Bila aku sunyi, dia menemani aku sepanjang masa walaupun ketika dia sibuk dengan hal dan urusan peribadi... Jadi, apa lagi yang aku mahukan darinya?... Tidak cukupkah kasih sayang yang dia curahkan kepada aku?...

Itulah sebabnya mengapa dia menjadi pilihan... Andai kata jodoh aku bersama si dia, aku rasa gembira dan seronok sangat... Aku sentiasa berdoa biarlah kami kekal bersama walaupun aku sudah berkahwin dengan orang lain dan dia pula dengan pasangannya... Rasa tidak sanggup pula untuk aku berjauhan darinya... Tiada dia, rasa diri ini tidak lengkap.............

Saturday, 4 October 2008

Aku baru sahaja pulang dari Semenyih, tempat bersemayam hampir ke semua ahli keluarga aku... Makcik-makcik dan pakcik aku semua sudah bermastautin disana sejak beberapa tahun yang lepas... Aku pun, Insya Allah tidak lama lagi akan menjadi warga Semenyih apabila teratak idamanku siap tidak lama lagi... Sebenarnya, sudah siap pun... Meter air dan elektrik telah dipasang dan tinggal untuk aku dapatkan kunci sahaja... Mungkin CF belum lagi diperolehi oleh pemaju dan apabila sudah ada, barulah aku boleh pindah masuk...

Aku bukan nak cerita mengenai rumah aku, cerita aku masih lagi berkisar mengenai aktiviti dan jalan-jalan berhari raya (sebut betul-betul; jalan-jalan berhari raya ye, bukan jalan raya) ke rumah sanak saudara... Jika dua hari lepas mereka sudah bertandang ke rumah aku, sekarang tiba giliran aku dan keluarga pula datang bertandang ke rumah mereka semua... Nasib baik semua berada didalam satu kawasan yang sama, jadi tiada masalah untuk aku... Jimat sikit duit minyak... Hehehehehe....

Photobucket

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur pada pukul 2 petang... Selepas solat Zohor, kami sekeluarga bertolak menaiki dua kereta... Yelah, kalau nak sumbat 6 orang dalam satu kereta, mana muat kan?... Jadi, terpaksalah adik aku memandu keretanya sendiri... Lagipun dia dah cakap awal-awal nak drive dan nak kenal jalan... Nanti apa-apa hal, senang...

Macam biasa, sampai saja ke destinasi yang ditujui, kami disambut oleh tuan rumah dengan penuh mesra... Tangan dihulur sambil salam diucap... Kelihatan makcik aku yang lain sudah sampai dan berkumpul di rumah yang kami tujui... Masing-masing ibarat sudah berjanji... Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing apabila dapat berjumpa dengan sanak saudara di hari lebaran ini... Memang sudah menjadi tradisi keluarga aku, berkumpul beramai-ramai begini... Datuk dan nenek telah lama tiada dan sekarang tinggal lah adik beradik abah bersama anak-anak mereka semua meneruskan amalan & tradisi keluarga ini... Jadi, kerap kali jugalah keluarga aku membuat 'reunion' macam ni...

Photobucket
Entah kenapa, aku terpegun tengok lampu ni... Mungkin kerana cahayanya yang terang benderang kot...

Kalau selalu hari raya, kita akan selalu jumpa ketupat dan rendang; juadah yang biasa memenuhi meja makan di setiap rumah... Tapi hari ini dirumah makcik aku, hidangan tu semua dah 'selamat' dikerjakan oleh tetamu yang datang beraya sebelum ini... Jadi, kami telah di jamu dengan masakan makanan tengahari ala kampung; gulai ayam, sambal tempe, sayur kangkung tumis dan ikan masin... Haaa... Sedap tau!... Kalau dari start hari raya pertama haritu asyik dok mengadap ketupat dan rendang atau tak pun nasi impit dengan kuah lodeh, hari ni baru lah aku dapat merasa nasi dengan lauk pauk... Hampir seminggu jugalah aku tak makan nasi...

Disebabkan kesedapan yang terlampau, aku bertambah dua tiga kali... Selamber je aku bedal gulai ayam yang makcik aku masak tu... Macam tak pernah jumpa gulai!... Hehehehee... Anyway, masa bertolak dari KL tadi, aku memang tak makan tengahari lagi... Breakfast pun aku skip... Tambahan pula, saja aku reserve 'tangki' aku ni untuk makan dekat umah makcik dan pakcik aku ni... Kalau dah makan siang-siang dan perut dah kenyang, alamatnya aku tak sentuh la makanan lain... Mesti makcik aku kecik hati nanti aku tak makan kat umah dia...

Dah sudah tu, aku dan keluarga bergerak ke rumah Pak Long yang terletak beberapa tapak sahaja dari rumah makcik aku ni... Kalau ikutkan, jalan kaki je boleh sampai... Kat umah Pak Long, kami dihidang dengan mee bandung pula!... Sedap gak cousin aku masak... Selalu makan mee bandung kat kedai, rasa macam lain je tapi this time cousin aku buat yang kow-kow punya!... Pekat dan cukup rasa... Kalau ikutkan, nak aje aku bertambah lagi tapi memandangkan space 'tangki' aku dan dekat nak "F", terpaksa gak aku stop... Itupun, aku dah masuk "gear lima" dah tu, dah tak boleh nak masuk lagi dah... Nasib baik kancing seluar aku tak tercabut tau!... Kalau tidak, tak tahulah nak cakap macam mane... Heheheehehe...

Gitulah cerita raya keempat aku... Bila imbau-imbau balik, macam-macam kenangan... Rasa seronok dan sememangnya aku tidak merasa puas dengan aktiviti jalan-jalan raya aku... Apakan daya, cuma tinggal lagi sehari aje lagi... Lusa, aku dah kena kembali ke pejabat untuk menjalani rutin harian aku seperti biasa... Bosan betul !...

Anyway, aku tak ambil gambar sangat sebab bateri kamera aku dah nak 'kong'... Sempat ambil few je... Enjoy..........

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Friday, 3 October 2008

Jika semalam aku dan rakan-rakan berjalan sakan mengunjungi rumah rakan taulan yang lain, hari ini, pengisian program raya aku dimulakan dengan bertandang ke rumah bakal abang ipar aku yang juga merangkap bakal besan mak aku kat Perak...

Memang dari awal cadang nak datang rumah dia beraya... Mak pun dah lama sebut2, minta aku bawa dia dan kakak bila tiba hari raya... Memandangkan permintaan yang agak tinggi dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan sangat, aku mengambil keputusan untuk pergi sekejap hari ini... Esok, aku dah mula sibuk sebab semalam makcik aku dah bertanya, "bila lagi nak datang raya rumah dia?"... Hari minggu lak, aku akan ke Melaka sebab nak kena hantar adik aku yang kecil sekali tu masuk 'sekolah' balik... Budak-budak "U" semua dah nak start kuliah hari Isnin ni...

Lepas solat Jumaat, aku terus memandu keretaku merentasi Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara... Keadaan jalan agak sedikit lengang jika dibandingkan dengan arah ke selatan tanahair... Aku rasa, ramai yang sudah mula pulang ke rumah selepas beberapa hari berada di kampung halaman... Mungkin esok atau lusa, lebuhraya akan mula sesak kerana ramai yang berpusu-pusu nak balik... Seperti yang dijangka, kawasan R & R di sekitar lebuhraya memang penuh sesak dengan kenderaan dan orang awam...

Perjalanan memakan masa selama hampir 3 jam dengan kelajuan malar 110km/j... Biasalah aku, pemandu yang berhemah... Tidak pernah memecut ketika berada di lebuhraya... Slow and steady je... Hehehehehe... Sampai aje kat Kota Bharu, hari sudah petang dan kami sampai di Kampung Tersusun lebih kurang pukul 6... Aku dan keluarga tidak duduk lama sebab kami akan balik ke KL semula... Takut nanti kalau lewat sangat, aku tak perasan/tak nampak jalan memandangkan rumah bakal abang ipar aku ni agak jauh kedalam... Sunyi dan gelap jugaklah... Lagipun, aku nak kena menghadiri satu jemputan raya kawan aku di Bangsar... Semalam dah janji ngan dia nak datang rumah, tapi sebab aku kena bawa mak aku, aku terpaksa tangguhkan sekejap rancangan tu...

Dekat nak Maghrib, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan kami sampai di Bangsar hampir pukul 9.30 malam... Nasib baik keadaan lebuhraya tidak sesak walaupun banyak kenderaan yang menyusuri laluan yang sama... Alhamdulillah, selamat juga sampai walaupun kami terpaksa menempuhi lebuhraya yang gelap dan hujan yang lebat...

Memandangkan aku sudah berjanji dengan rakan aku tu, aku datang juga rumah dia walaupun dah tengah malam... Aku teringat SMS dari seorang rakan memaklumkan bahawa rakan aku ni kecil hati sebab aku tak datang rumah dia dan dia dah masak macam2 makanan untuk aku... Aku terkejut dan tak senang hati... Lalu aku angkut ahli keluarga aku yang lain ke rumahnya... Nasib baik dia belum nak tidur lagi... Kalau tak, rasa kesal la jugak...

Mee rebus dan rendang kerang istimewa memang sedap... Itulah hidangan yang dia sediakan untuk tetamu yang hadir... Aku memang akui, dia pandai memasak dan setiap kali hari raya, dia pasti akan menghidangkan menu yang berbeza-beza... Walaupun simple, tetamu tidak akan menjangka dia akan menyediakan hidangan tersebut dan semestinya kami akan makan banyak dan bertambah... Rasa happy sebab dapat makanan ini...

Bila perut dah kenyang, aku dan keluarga beransur pulang... Esok, aku nak berjalan lagi... Jadi kena balik dan berehat... Gambar2 kat bawah ni diambil oleh rakanku semasa mereka bertandang kerumah rakanku ini waktu makan tengahari tadi... Mereka ni semua dah start kerja dah hari ini....

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Nota kaki:-
Biskut-biskut tu semua dibuat sendiri tau... Semuanya sedap-sedap belaka!....


Thursday, 2 October 2008

Hari raya kedua aku diserikan dengan aktiviti menarik; aktiviti kunjung mengunjung dan berjalan kerumah rakan taulan...

Hari ini, rakan sepejabat aku datang bertandang... Ramai jugak yang mengikuti "rombongan raya" tahun ini... Kalau tahun lepas, cuma 4 - 5 orang sahaja, tahun ni dekat 10 orang turut serta... Ada yang siapa bawak husband masing-masing untuk berjalan raya bersama... Sungguh meriah sekali... Kebanyakkan mereka ni memang tak balik beraya di kampung halaman dan rata-rata kampung mereka cuma di KL sahaja...

Apa yang menarik tahun ini, rakan baik aku pun ada sekali... And then, ada juga rakan yang bukan Muslim turut serta untuk meraikan sambutan Syawal bersama-sama... Muhibbah betul rombongan kali ini!... Aku rasa gembira kerana kesudian rakan-rakan bukan Islam aku untuk bertandang ke teratak buruk aku ini...

Kunjungan kali ini merangkumi beberapa buah rumah; rumah aku dan rumah rakan sepejabatku iaitu Alinur, Pijah dan Carol (Khairulazrida)... Jadi, ada 4 buah rumah kesemuanya dan setiap rumah menghidangkan pelbagai juadah yang istimewa... Dari kuih dan biskut raya sehinggalah ke laksa kedah serta lontong... Ada juga yang rajin memasak dan menyediakan nasi tumis istimewa khas untuk kami... Sedap woo kawan aku tu masak!... Minah ni dah lulus dan dah boleh kawin dah ni... Hehehehee...

Program bermula seawal jam 12 tengahari dan tamat lebih kurang pukul 5 petang... Kebanyakkan rumah yang dikunjungi disekitar kawasan Gombak sahaja... Yelah, rumah aku dan 3 buah rumah yang lain tak la jauh mana pun... Kalau naik kereta, cuma beberapa minit saje untuk sampai... Jadi, bila mereka bertandang kerumah aku, haruslah aku bawa kerumah rakan-rakan yang lain... Sambil-sambil tu, dapatlah beraya sekali...

Hari ini juga, makcik-makcik dan pakcik aku dari Semenyih datang kerumah untuk beraya... Jadi, rumah aku penuh sekejap dengan riuh rendah saudara mara aku... Nasib baik aku masak makanan lebih... Kalau tak, tak tahu nak hidang ape... Sambil berhari raya, mereka membincangkan mengenai perihal majlis pada bulan 11 ni... Insya Allah, jika tiada aral melintang, semua akan berjalan seperti yang dirancangkan... Sepupu sepapat dan sepipit denganku pun ada sekali... Waktu mereka sampai, aku berada di rumah rakan dan hendak pulang ke rumah... Jadi sempat jugakla aku berjumpa mereka semua...

Waktu petang/senja, mak dan abah hendak ke rumah makcik di Ampang... Sebelum tu mereka nak singgah ke Hulu Klang sekejap menjenguk sepupu abah yang sedang sakit terkena buatan orang... Kesian dia... Aku doakan semoga dia sembuh dan kembali seperti sedia kala...

Aku tak sempat nak ambil gambar, tapi kawan aku yang sorang ni ada bawak kamera... Jadi ada la sikit gambar2 yang sempat di rakamkan sempena "rombongan raya" kali ini... Selamat menengok.......

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Terima kasih kepada: -
Loke Wai Ching, Maria Abdul Razak & Hubby, Ng Bee Hong & Hubby, Lian Li Yoong & Hubby, Hazlirah bt Yusoff, Khairulazrida Darus dan Wong Chee Choon...

Sekalung penghargaan kepada tuan punya rumah: -
Alinur Ashikin bt Ali, Hafizah bt Halim & Khairulazrida bt Darus...


Nota kaki:-
Akak, rumah ko dah ada air ke belum?... Sian ko, kami datang rumah tak dak air....

Sorry, gambar banyak gambar posing... Gambar makanan sangat kurang/takde... Tukang snap gambar leka suka ambik gambar orang je... Hehehehe...


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.