Sunday, 31 August 2008

Aku cukup geram dengan sesetengah kawan2 blogger aku ni!...

Punyalah payah-payah aku link kan web blog address dorang kat blog aku ni, alih-alih bila aku nak datang menjenguk dan melawat, tak boleh masuk!... Access denied dengan entah ape-ape lagi mesej merapu terpampang kat skrin komputer aku nih...

Aku tak tahu mengapa mereka nak kena block dan invite certain-certain user sahaja untuk datang melawat... Mengapa perlu 'restrict' access pada invited user saja?... Ada sesuatu yang hendak diselindungkan ke?... Aku paham dan sangat-sangat sedar, blog adalah hak mutlak penulis itu sendiri dan ikut suka dialah nak buat dan nak tulis ape kat dalam blog mereka... Tetapi hakikat tetap hakikat... Bila kita sudah mula menulis, sudah pasti kita akan ada pelawat dan pembaca... Dalam masa yang sama, kita berkenalan dan berkawan dengan ramai orang...

Ada bahan yang kita paparkan dalam laman blog kita menjadi kegemaran dan kesukaan sesetengah pembaca... Dalam diam, pembaca akan terus datang bertandang untuk membaca tanpa rasa jemu... Sehingga ada yang sanggup meletakkan laman blog kita sebagai salah satu laman web "favourite" yang mesti dilawati setiap hari... Jadi, tidak mustahil ada diantara kita yang sanggup meletakkan 'link address' kepada laman2 blog rakan2 yang kita kenali dalam dunia siber ini; walaupun pada zahirnya kita tidak pernah bersua muka...

Macam aku, kalau aku suka dengan sesuatu laman blog tu, aku akan masukkan dalam link blog aku... Aku juga tidak ketinggalan untuk masukkan link tersebut dalam track feed supaya aku akan tahu, apakah cerita terkini yang dipaparkan dalam laman blog masing-masing... Jika berkesempatan, semestinya aku akan klik dan membacanya... Itulah cara aku selama ini dan aku rasa, ramai juga menggunakan pendekatan yang sama seperti mana yang aku buat...

Lately ni, banyak link yang aku 'save' kan sebelum ni tak boleh di akses... Entah, adakah aku yang tersilap klik?...

Sememangnya, laman blog tersebut telah disekat oleh pemilik blog itu sendiri... Sedih... Tetapi aku harus akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh tuan punya blog itu... Mungkin aku bukan berada didalam senarai "favourite" dia, sebab itu aku tidak boleh mengakses laman blog miliknya... Aku faham dan aku hormati pendirian mereka... Tak apalah... Memandangkan laman blog mereka tidak boleh di akses oleh aku, dengan berat hati aku terpaksa mengeluarkan link mereka dari senarai "favourite" aku... Apalah gunanya aku simpan link yang tidak boleh diguna pakai?...

Kepada pemilik laman blog yang berkenaan, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membenarkan aku masuk dan melawat laman blog kalian sebelum ini... Terima kasih kerana membenarkan aku meninggalkan jejak dan pandangan di ruangan komen... Aku mohon ampun dan maaf; andai kata ada terkasar bahasa terlajak kata ketika aku menulis komen sebelum ini... Aku berharap kalian tidak berkecil hati dengan cara aku ini... Semoga laman blog kalian akan terus maju di hari esok!...

Terima kasih dan Wassalam...


Nota kaki:-
Laman aku ini terbuka kepada semua golongan dan lapisan masyarakat... Aku menulis kerana minat dan ingin berkongsi cerita dan pengetahuan dengan mereka2 yang sudi membaca dan mendengar... Jadi, tidak mungkin untuk aku 'restrict' kan akses kepada pelawat/pengguna tertentu sahaja... Jangan bimbang...


0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.