Hari ini, aku menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja...
Setelah sekian lama aku tidak menaiki bas RapidKL (dahulu dikenali sebagai Intrakota), STAR LRT dan PUTRA, hari ini memori lama datang kembali... Kenangan menunggu bas di stesen seawal jam 7.00 pagi, beratur membeli tiket STAR LRT dan berhimpit-himpit dengan pengguna PUTRA yang lain memang tidak dapat dilupakan... Sebelum aku memiliki kereta sendiri, inilah kenderaan rasmi aku setiap hari... Tapi sejak dah bawak kereta ni, aku dah jarang guna kenderaan awam... Memang terlalu banyak perubahan yang berlaku...
Masa memula nak naik bas, aku memang confuse giler... Bas yang mana satu perlu aku naiki... Pulak tu, semua nampak sama tetapi sebenarnya ada perbezaan... Kalau silap percaturan, memang tak sampai la aku ke destinasi yang hendak ditujui...
Ada bas 'tempatan', ada bas 'utama' dan ada juga bas 'ekspres'... Kesemua bas ini mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang berbeza... Tambang yang dikenakan pun tidak sama... Memang agak mengelirukan sedikit dan bagi seorang penumpang yang ingin menaiki bas, mereka harus memastikan arah tujuan dan nombor bas yang perlu dinaiki... Jika perjalanan yang hendak ditujui itu tiada dalam peta perjalanan, maka penumpang terpaksa mencari laluan yang paling hampir dan berkemungkinan terpaksa bertukar kepada bas yang lain... Kira akan turun naik bas la kerjanya...
Aku rasa sangat aneh dengan sistem yang digunakan... Laluan yang ditetapkan terlalu pendek dan rata-rata penumpang terpaksa menaiki dua atau tiga kali bas untuk sampai ke sesuatu tempat... Bukan macam dulu-dulu, kita naik aje bas, bayar tambang dan duduk dalam tu sampai la tiba ke tempat yang hendak ditujui... Sekali naik aje tanpa perlu bertukar kepada bas yang lain... Sekarang ini, caranya agak berbeza sedikit dan kebanyakkan penumpang memang tidak berkesempatan nak duduk dalam bas yang dinaiki... Sekejap je dah sampai dan kena tukar bas...
Perkhidmatan STAR tetap seperti dahulu... Tiada perubahan dari segi waktu dan peta laluan... Sehingga kini, aku memang suka naik STAR LRT sebab laju dan gerabaknya besar... Memang tak penuh dan selalunya aku dapat duduk... Tapi sayangnya, STAR LRT tak lalu depan office aku... Jadi, hendak tak nak kena turun dan naik PUTRA LRT...
Aku bukanla tak suka naik PUTRA... Bagi aku, perkhidmatan PUTRA satu ketika dahulu amat bagus... Tetapi, sejak kebelakangan ini mutu perkhidmatan yang diberikan agak mengecewakan... Masalah teknikal sering dihadapi dan ramai penumpang mengeluh bila berlakunya masalah ini... Gerabak yang disediakan juga terlalu kecil sehingga ianya tidak dapat menampung jumlah penumpang yang saban hari kian meningkat... Bayangkan, setiap pagi kesemua penumpang diwajibkan beratur (seperti budak sekolah) sebelum menaiki tren... Nak naik tren satu hal; lepas tu nak kena tolak menolak dan berhimpit-himpit dengan orang lain... Entah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana... Memang padat macam ikan dalam tin sardin!... Tu belum campur dengan pelbagai 'minyak wangi' semulajadi... Sampai kadang-kadang naik loya tekak dan pening kepala dibuatnya...
No wonder la ramai orang prefer naik motorsikal atau bawa kereta ke tempat kerja... Mereka sanggup meredah jalan yang sesak daripada berhimpit-himpit tak tentu pasal... Begitulah mutu perkhidmatan kenderaan awam di Kuala Lumpur ini... Terlalu banyak cacat celanya!... Aku bukanlah nak mengomel tak tentu pasal, tetapi situasi yang dihadapi oleh orang ramai yang menggunakan kenderaan awam ni adakalanya sudah melampaui batasan... Tindakan wajar perlu diambil oleh pihak yang berwajib untuk mengelakkan masalah dari terus berlarutan...
Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri telah turun padang untuk membuat tinjuan bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang dilalui oleh orang ramai... Pak Lah dengan secara senyap-senyap cuba untuk menaiki KTM Komuter pada waktu pagi; ketika orang ramai sedang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja... Alangkah terkilannya beliau apabila mendapati servis yang diberikan sangat rendah dan tidak berkualiti... Beliau tidak berpeluang menaiki tren pertama yang sampai kerana terlalu penuh... Kali kedua, beliau dapat naik tetapi terpaksa berhimpit-himpit dan berdiri bersama-sama penumpang yang lain... Semua ini berlaku dengan pantas tanpa disedari oleh orang ramai... Ada juga yang perasan tetapi mereka tidak mengendahkannya...
Selepas insiden ini, terus keluar berita di kaca televisyen dan di dada akhbar membincangkan isu ini... Aku rasa musykil, mengapa apabila selepas Pak Lah dah naik KTM Komuter atau apa saja kenderaan awam yang lain, baru pihak yang berwajib nak ambil tindakan?
Mengapa sebelum ini, segala permasalahan dan aduan tidak pernah diendahkan atau dihiraukan?
Aneh bukan? Tetapi ini bukanlah sesuatu yang baru... Umum, apabila orang yang berkuasa mula 'mengetuk' dan menegur tentang sesuatu perkara, barulah tindakan hendak diambil... Sudah menjadi lumrah dan budaya kebanyakkan syarikat disini...
Nota kaki:-
Cakap memang senang... Adakah mustahil untuk kita menikmati mutu servis kenderaan awam yang jauh lebih baik selepas ini?

0 comment:
Post a Comment