Macam-macam ada... Sungguh meriah dan mewah dengan makanan... Dari sajian seringkas keropok ikan, sehinggalah yang paling rumit untuk disediakan... Namun hati tetap merasa kepuasan; kepuasan yang sudah lama ditinggalkan...
Hari ini, hati terubat kembali... Kempunan untuk menikmati pelbagai jenis hidangan sudah dipenuhi dan dituruti... Setelah sekian lama merancang, akhirnya aku dan rakan2 berjaya melaksanakan program yang menjadi kegemaran dan kesukaan ramai; program yang mengenyangkan perut masing2 dan menggemukkan apa yang patut... Hehehe....
Kali ini, sengaja kami merancang program yang agak santai... Tanpa protokol, tanpa susun atur majlis... Hanya doa menjadi pemulaan dan pelengkap... "Boleh la tu..." bisik hati...
Aku ingatkan, hendak buat yang biasa-biasa sahaja... Simple dan tidak merumitkan/menyusahkan semua orang... Jadi, program 'mangkuk bertuah' menjadi pilihan... Alah, dalam English orang panggil 'potluck' lah... Masing2 akan bawak makanan masing2 untuk dikongsi bersama ahli2 lain... Kebiasaannya jumlah makanan yang ada tidaklah terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit... Sedang-sedang sahaja...
Bila dah kumpul-kumpul makanan yang dibawa, terkejut beruk aku... Beruk pun tak terkejut macam ni... Hehehe... Punyalah banyak makanan!... "Boleh habis ke ni?" hati berkata lagi... Mengikut perancangan awal, aku dah pesan pada individu yang terlibat untuk membawa sejumlah makanan... Namun, masing-masing dibelenggu dengan perasaan risau; takut kalau-kalau makanan tak cukup, maka ditambah jumlah dan kuantiti makanan tersebut... Jadi, penuh jugakla tempat hidangan yang disediakan... Nasib baik muat-muat sahaja... Kalau tak, aku pun tak tahu nak letak mana hidangan tersebut...
Makan-makan kali ini dianjurkan secara tidak formal berasaskan konsep santai di tempat kerja sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak... Tak sangka kan? Minggu depan dah nak puasa, Insya Allah... Aku rasa macam sekejap je masa berlalu, rasa macam keriangan Syawal yang lepas masih lagi ada...
Menu yang ada juga merangkumi pelbagai jenis makanan... Dari Utara sehinggalah ke Selatan, semua jenis makanan ada... Dan apa yang menariknya, kebanyakkan makanan yang disediakan adalah dari air tangan masing-masing... Itulah istimewanya potluck kali ini... Dapatlah masing2 merasa masakan kawan2 yang lain (errr... aku tak tahulah kalau makanan tersebut adalah makanan tunjuk2 gak... hehehehe...)
Sebelum puasa dah buat, Insya Allah untuk raya yang akan datang, akan ada makan-makan lagi... Acara ni pun dah jadi sebahagian dari acara wajib kami satu department... Nak buat tiap2 bulan tu memang payah la, tapi Insya Allah bila ada kesempatan aku dan kawan2 akan buat juga... Sesekali lepas tension mengadap makanan, apa salahnya kan?
Nota kaki: -
Sorry gambar senget benget... Ruang agak sempit dan dipenuhi orang... Diambil oleh Pn. Zanariah :)

0 comment:
Post a Comment