Saturday, 16 August 2008

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada rakan sekerja merangkap penolong ketua darjah dan juga merupakan kawan baik aku, Loke Wai Ching diatas kejayaan dia menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi A.P.I.I.T...

Hari ini, dia sudah pun bergelar graduan dalam jurusan Teknologi Perniagaan (Business IT) selepas 4 tahun bertungkus lumus mentelaah ilmu dan menghadiri kelas setiap minggu... Bayangkan, dengan keadaan yang sibuk dengan kerja2 dipejabat, dia masih mempunyai masa untuk menimba ilmu demi untuk segulung ijazah!... Aku memang kagum dengan dia dan sedikit sebanyak ini menjadi pendorong kepada aku untuk mengikuti jejak langkahnya... Sebab itu, sehingga kini aku masih lagi bergelar pelajar walaupun diwaktu siang, masa aku banyak dihabiskan dipejabat...

Hari ini merupakan hari konvokesyen kolejnya yang berlangsung di dewan utama, Hotel Renaissance Kuala Lumpur... Pada mulanya, aku bercadang untuk menghadiri majlis tersenbut tetapi disebabkan aku ada kelas hari ini, aku terpaksa membatalkan niat aku... Tambahan pula, untuk menghadiri majlis tersebut, hadirin dikehendaki membayar sejumlah wang sebelum dibenarkan mengikuti upacara yang telah disusun oleh urusetia...

Aku hanya sempat menghantar pesanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya hari ini... Ucapan tahniah dihantar sebagai tanda pengganti diri... Semoga hari bersejarah hari ini memberikan seribu kenangan indah buat dirinya... Aku berharap dia gembira menerima anugerah yang selama ini menjadi buruan setiap siswi...

My dear Loke,
Congratulations on your graduation... You deserve it!...



Nota kaki:-
Kejayaan tidak datang berguling... Setiap apa yang kita perolehi adalah dari berkat usaha diri sendiri... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.