Friday, 15 August 2008

Sejak kawan baik aku menjemput untuk menggunakan GMail satu ketika dahulu, sehingga kini aku masih setia menggunakan perkhidmatan e-mel yang disediakan oleh Google ini...

Entah kenapa, aku cukup suka menggunakan GMail untuk menghantar e-mel kepada rakan-rakan aku... Tidak seperti free e-mail provider yang lain, bagi aku GMail amat mudah untuk digunakan... Paparan skin juga ringkas dan yang paling penting, aku tidak pening kepala bila log on ke dalam sistem e-mel ini...

Kebanyakkan free e-mail provider sebelum ini banyak memaparkan pelbagai jenis bahan seperti iklan dan lain-lain bersama dengan maklumat e-mel... Bukanlah aku kata GMail ni tidak ada, ada juga tetapi bahan-bahan sampingan tersebut amat kurang dipaparkan dan kebanyakkannya diletakkan di ruangan sebelah kanan e-mel... Tumpuan banyak diberikan kepada maklumat e-mel didalam peti masuk, yang telah dihantar atau draf...

Susun letak e-mel juga agak teratur dan memudahkan pengguna untuk mencari kesemua e-mel yang berkaitan dengan satu-satu tajuk termasuk semua balasan yang telah dihantar... Pokok pangkalnya, pengguna tidak perlu untuk masuk ke ruangan e-mel yang telah dihantar (Sent Item) dan hanya perlu memetik ke tajuk e-mel didalam peti masuk sahaja...

Photobucket
Kapasiti e-mel yang sangat besar... Rasa seronok sangat!


Satu lagi perkara yang aku sangat-sangat suka ialah GMail menawarkan ruang simpanan yang sangat besar... Aku rasa, paling besar setakat ini kot... 7GB untuk setiap akaun e-mel... Wow!!!.... Aku rasa, tiada FREE E-MAIL PROVIDER lain yang dapat memberikan ruang simpanan sebesar itu dan kalau hendak dibandingkan, server GMail jauh lebih besar daripada free e-mail provider yang ada setakat ini... Yang bertambah seronoknya, saiz ini bukan sahaja kekal selama-lamanya malah setiap hari, kuota ini akan terus bertambah dan meningkat... Dalam erti kata yang lain, seseorang yang mempunyai akaun e-mel GMail ini akan menikmati ruang simpanan yang lebih besar setiap hari...

Semestinya ini memberikan kelebihan kepada pengguna GMail untuk menerima serta menghantar e-mel yang bersaiz besar kelak... Pengguna juga tidak akan merungut dan menghadapi masalah untuk menyimpan banyak e-mel2 yang berguna untuk rujukan di masa hadapan...

Aku rasa sangat beruntung kerana mempunyai beberapa akaun e-mel yang dikendalikan oleh Google ini... Mereka sangat dinamik dan kreatif sehingga mampu menghasilkan satu sistem e-mel yang dapat memenuhi kehendak dan selera pelanggan mereka... Walaupun pada peringkat awal, tidak semua orang boleh menggunakan GMail kerana ianya perlu 'dijemput' oleh pengguna asal, kini Google sudah mula mempraktikkan dasar pintu terbuka dimana pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan e-mel ini tanpa sebarang jemputan...

Jadi, apa pendapat kalian? E-mel apa yang kalian gunakan di waktu ini?... Umum ramai yang menggunakan Yahoo! sebagai e-mel mereka dan tidak kurang juga ramai yang telah menggunakan GMail sebagai e-mel pilihan...

Aku; aku akan tetap menggunakan GMail sampai bila-bila dan GMail kini sudah menjadi e-mel rasmi aku... Setakat ini aku tidak mempunyai sebarang masalah dan Insya Allah, selagi GMail masih lagi percuma, aku akan terus menggunakannya...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.