"Aku punya suka lah, aku nak buat ape... Diri aku, ikut suka akulah... Aku tak kacau kehidupan orang lain apatah lagi nak menyibuk hal dan jaga tepi kain dorang... Banyak lagi benda aku boleh buat dari perkara-perkara yang tidak berfaedah ni... Buang masa aku aje!..."
Pedas tak pedas tapi itulah ayat yang dihamburkan keluar dari mulut seorang rakan aku... Aku terkejut dan tergamam dengan apa yang luahkannya... Selama kami berkawan, aku tidak pernah mendengar dia bercakap kasar begini... Memang payah nak dengar dia tinggi suara... Kalau marah pun, suara dia perlahan dan tone dia rendah je...
Dia seorang yang berbudi bahasa dan ayat yang baru aku dengar sebentar tadi memang tidak pernah disebutnya dihadapan orang lain sebelum ini... Sudah berbeza tingkah lakunya kali ini... Seolah-olah bukan dirinya yang sebenar!... Apa yang telah berlaku pada dirinya?... Adakah dia sudah berubah?
Aku tidak berani untuk menegur dia kerana 'angin' nya masih belum surut... Panas di hati masih lagi membara... Jika aku tegur, ibarat aku menyiram minyak tanah keatas api yang sedang marak menyala... Akan menjadi-jadi la nanti... Tak sanggup aku kena 'sembur' dengan dia... Jadi, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu... Aku biarkan dia cool down dahulu... Biar reda sikit kemarahan sebelum aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku... Itupun, jika dia ingin berkongsi cerita dengan aku la... Baru aku mempunyai kudrat untuk bertanya...
Aku faham, apa yang berlaku mesti ada sebabnya... Dalam situasi ini, mungkin dia rasa tertekan dengan apa yang dihadapinya... Mungkin juga ada masalah ataupun mungkin orang yang bercakap dengan dia tu sengaja cari pasal dengannya... Sebagai manusia biasa, memang kita ada kekurangan serba-serbi... Sekali tercuit, dalam hati mesti panas juga kan?...
Sejak kebelakangan ini, memang aku dapat lihat banyak orang berubah tingkah laku... Kalau dahulu lain, sekarang dah lain... Adakah ini petanda menunjukkan kita sudah berubah zaman? Adakah kerana kehidupan yang semakin lama semakin mencabar menyebabkan sikap dan perangai seseorang itu berubah?... Ada sesetengah menyatakan bahawa mereka tidak akan berubah (dari segi sikap) sampai bila2... Tapi bila tiba masanya, aku dapat lihat sedikit demi sedikit mereka berubah tanpa mereka sedari...
Entahlah, kalau hendak difikirkan memang sukar untuk difahami... Bagi aku, cukuplah aku nyatakan bahawa masa dan keadaan akan menentukan... Jika perubahan itu adalah untuk kebaikan, itu adalah lebih baik daripada berubah kepada keburukan... Sebagai seorang insan yang hidup diatas muka bumi Allah ini, seharusnya kita mencari keredhaan dan memperbaiki diri kita ke jalan yang sepatutnya...
Wallahualam...