Saturday, 9 August 2008

Bila hati kita sudah mula menyayangi seseorang, kita tidak akan memikirkan tentang orang lain... Kehidupan seharian kita akan mula berubah... Kebiasaannya, kita akan sentiasa teringat dan merindui orang yang kita sayang itu... Kita akan terfikir, apa yang sedang orang itu buat, sihat ke tak, OK ke tak dan sebagainya... Kadangkala, kita rasa kita ingin bersama dengannya sepanjang masa; tidak mahu terlepas pandang dan ingin dia sentiasa berada disisi kita...

Begitulah indahnya bila hati sudah mula menyayangi... Rasa kita berada diawang-awangan je... Fikiran tidak menentu, perasaan jadi tak keruan... Setiap masa, kita rasa macam ada saja yang tidak kena... Memang tidak senang duduk dibuatnya... Kalau tak bercakap atau berbual dalam sehari, mulalah tak senang hati... Kita akan terfikir perkara yang bukan-bukan... Jadi, kalau ganggang telefon tidak diangkat dan nombor tidak di dail, pastinya papan kekunci telefon bimbit menjadi mangsa... SMS demi SMS dihantar pada si dia... Itu sudah menjadi lumrah...

Itulah yang aku alami sebelum ini... Memang semenjak aku mengenali dirinya, aku rasakan diriku bukan seperti dahulu lagi... Saban hari aku memikirkan tentang si dia... Entah kenapa, aku tidak boleh melupakan dirinya dalam sehari... Pengalaman berjumpa membuat aku selalu teringat akan dirinya... Mengapa, mengapa dan mengapa???

Aku tidak mahu serius memikirkan semua ini kerana aku takut, kelak ianya akan memusnahkan diri aku... Aku takut jika fikiran aku terganggu dan seterusnya aku tidak boleh menumpukan perhatian kepada rutin harian aku... Aku cukup risau, jika perasaan ini semakin 'dalam' dan aku tidak mampu untuk memboloskan diri aku jika aku dikecewakan kemudian hari... Jadi, apa yang harus aku buat?

Aku kongsi semua ini bersama-sama teman rapat; mereka yang tahu aku dari hujung rambut sampailah pangkal kaki... Mereka yang memang sudah masak dengan perangai aku... Jawapan mereka ringkas; jika hati sudah suka, jangan tunggu lama-lama... Jangan biarkan seorang lagi insan yang diminati terlepas begitu sahaja... Hendak tunggu sampai bila? Sampai bulan jatuh ke riba??...

Kalut aku, kalut!!... Sudah!... Aku tidak mahu memberatkan kepala aku memikirkan tentang "Soal Hati" ini... Aku tidak mahu rasa terbeban dengan perkara yang sukar untuk aku terima jawapan... Aku tidak mahu merumitkan kehidupan aku yang sedia maklum rumit ini... Biarlah Allah yang menentukan; jodoh dan pertemuan aku serahkan ditanganNya...

Noktah..............................................
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.