Aku memang tahu mengenai perkara ini... Bila kita menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, kita akan terdedah kepada beberapa risiko dan semua ini adalah dibawah tanggungan kita sendiri... Memang kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku esok lusa... Hanya bertawakal pada Allah; semoga perkara buruk tidak menimpa diri dan keluarga kita...
Beberapa hari ini, beberapa kawan aku bercerita mengenai perihal pembantu rumah yang diambil secara sah melalui agen yang berdaftar... Majoriti mereka ini berasal dari Indonesia dan tujuannya hanya satu; untuk membantu majikan menguruskan keperluan isi rumah; mengemas, membasuh, menjaga anak-anak dan sebagainya... Tugas mereka hanya berkisar mengenai pengurusan rumah sementara majikan (suami dan isteri) keluar bekerja mencari nafkah... Kehadiran pembantu rumah didalam keluarga diharap dapat meringankan beban menguruskan rumah tangga semasa ketiadaan mereka...
Namun, semenjak kebelakangan ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya... Segelintir pembantu rumah yang diambil bekerja ini banyak menimbulkan masalah dan karenah kepada majikan... Mereka tidak melawan tapi tindakan yang diambil mereka agak agresif sehingga menimbulkan masalah yang besar kepada majikan mereka... Jangan terkejut jika ada yang sanggup menjadi 'pendatang tanpa izin' di negara kita ini gara-gara melarikan diri secara senyap-senyap dari majikan mereka...
Apa yang berlaku pada kawan aku ialah pembantu rumah yang baru diambilnya telah melarikan diri... Aku memang kesian kat kawan aku ini sebab dia baru sahaja mengambil pembantu rumah ini 13 hari yang lepas... Dari pengamatannya, pembantu rumahnya ini masih lagi tidak berapa pandai melakukan kerja2 rumah; mungkin dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan tugas yang diberikan... Kawan aku ni pulak, bukanlah dari jenis yang garang dan suka maki hamun orang... Lemah lembut dan baik orangnya... Aku sendiri merasa musykil mengapa pembantu rumahnya ini sanggup melarikan diri dari majikannya... Pulak tu, ketika melarikan diri, segala dokumen perjalanan berada didalam simpanan majikannya... Maknanya, dia (pembantu rumah) kini menjadi pelarian atau pendatang haram didalam negara kita...
Bila kawan aku bercerita, berkemungkinan pembantu rumahnya yang baru melarikan diri ini telah merancang dari awal... Mengikut maklumat yang diterima, dia pernah datang ke Malaysia sebelum ini... Kali ini, dia kembali dengan satu matlamat yang tidak dapat dihidu oleh majikannya dan dapat disempurnakan ketika majikannya keluar bekerja... Rasanya bukan dia seorang, sebelum ini ramai juga yang melakukan perkara yang sama dan setakat ini mereka berjaya memboloskan diri dari dikesan oleh majikan dan pihak berkuasa...
Kini, kawan aku terpaksa berputih mata menanggung kerugian akibat dari kejadian ini... Sudahlah ribuan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk mengambil pembantu rumah ini, sekarang segala masalah terpaksa diselesaikan sendiri oleh kawan aku... Aku tidak pasti bagaimana prosedur jika pembantu rumah melarikan diri; sama ada wang yang dibayar sebelum ini akan dikembalikan atau tidak... Tapi dari apa yang aku tahu, kerugian tetap akan dialami oleh kawan aku...
Itulah susahnya bila mengambil orang asing bekerja dengan kita... Jika nasib kita baik, kita akan dapat seorang pembantu rumah yang ikhlas bekerja dan baik dengan kita... Tiada sebarang masalah langsung!... Contohnya macam sepupu aku... Pembantu rumahnya sangat baik dan boleh dikatakan agak mesra dengan ahli keluarga kami... Rajin pun rajin dan dia tidak pernah berkira ketika membuat kerja... Apa sahaja yang disuruh, dia akan lakukan dan adakalanya tanpa disuruh, dia akan terus buat...
Bila mengenangkan kejadian yang menimpa kawan aku ini, aku terfikir sejenak... Apakah yang akan kita alami di masa hadapan? Adakah senario sebegini akan terus berlaku? Jika dahulu, setiap kerja2 rumah akan dilakukan oleh kaum wanita dalam keluarga (sama ada isteri atau anak perempuan) tetapi kebanyakkan rumah sekarang, ianya diambil alih oleh pembantu rumah... Yang lain cuma memerhati sahaja...
Jika dahulu, kita tahu... Kerja2 seperti membasuh baju, memasak, mengemas dan sebagainya dilakukan oleh emak kita... Tetapi sekarang, ianya dibuat oleh orang lain yang bukan dari ahli keluarga kita... Aku rasa, dunia sekarang semakin maju dan orang lebih gemar keluar bekerja mencari wang... Salah satu faktor terjadinya semua ini ialah peningkatan kos sara hidup dimana si suami tidak lagi mampu menyara keperluan isi rumah 100%... Jadi, dengan sokongan dan bantuan dari isteri yang bekerja dapat meringankan sikit beban ini... Cuma, apabila ini dilakukan, tanggungjawab lain terpaksa diabaikan...