Thursday, 17 July 2008

Selepas solat Maghrib, aku terus mencapai Surah Yassin untuk dibaca sementara menanti masuknya waktu Isyak... Esok, lebih kurang jam 5.50 pagi, genaplah 7 hari pemergian arwah kakak angkat aku ke Rahmatullah... Sehingga kini, aku dan rakan2 rapat arwah yang lain masih lagi berada dalam keadaan trauma mengenangkan apa yang berlaku... Terasa dirinya masih ada lagi disisi...

Sedih memang sedih, tetapi aku redha dengan qada' dan qadar Allah SWT... Dia Maha Agung dan Maha Bijaksana... Setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan setiap kelahiran/kematian sudah ditetapkan ketika kita berada di alam roh lagi... Cuma kita sebagai manusia sentiasa lalai dan leka dengan hal2 keduniaan yang mengasyikkan... Padahal, ajal sentiasa menjengah kita setiap waktu; menanti masa untuk menjemput kita pulang...

Terasa sayu ketika Abg Idrus, suami kepada arwah Kak Ayu datang ke tempat duduk arwah tadi untuk mengemas dan mengambil barang2 peribadi yang ada didalam laci dan atas meja pejabat... Dan ketika itu juga, kami2 berkerumun membantu apa yang patut... Masing2 tidak berkata banyak, sayu dan sedih melihat barang kepunyaannya... Ada diantara barang2 itu seperti baru disentuh oleh arwah; bekas air minuman yang berisi straw dengan KESAN LIPSTICK disekelilingnya, kain seledang dan jaket hitam tersidai diatas kerusi dan lain-lain lagi... Semuanya seperti baru saja digunakan semalam walaupun semua barang2 itu tidak disentuh sejak lebih 8 bulan yang lepas...

Ada diantara kami tidak dapat menahan kerinduan, meminta izin dari Abg Idrus untuk mengambil dan menyimpan barang2 milik arwah sebagai kenang-kenangan... Selendang yang sentiasa dipakai oleh arwah setiap hari di pejabat disimpan oleh Kak Lin; rakan sepejabat aku yang cukup rapat dengan arwah... Mereka ibarat adik beradik, kemana saja dipejabat, sentiasa bersama... Bila arwah ada masalah dan berduka lara, Kak Lin lah antara orang yang dicarinya... Pergi makan pun sama2... Tu belum lagi masuk segala gurau senda dan aktiviti yang dijalankan bersama... Memang ketika hari arwah meninggal, Kak Lin rasa sedih yang teramat sangat; rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah di hari2 terakhirnya...

Memang suhu bilik di pejabat aku tidak menentu... Kadangkala panas, kadang kala sejuk sangat... Tetapi selalunya memang sejuk sebab aircond kami telah diselaraskan secara menyeluruh (centralised) dan membuatkan ramai di antara kami menggigil kesejukkan... Kalau diubah kepada suhu yang lebih tinggi sikit, kepanasan pulak!... Lagi tak selesa nak buat kerja...

Jadi, setiap kali berada didalam pejabat, arwah memang selalu melilitkan selendang di badannya untuk mengurangkan kesejukkan... Sekarang, selendang itu tinggal kenangan dan dipakai oleh Kak Lin sebagai pengubat rindu... Aku pun ada satu scholl yang dihadiahkan oleh arwah sebelum ini... Jikalau sejuk sangat, aku memang akan pakai scholl tu dan setiap kali aku pakai, aku akan teringat kat dia... What a memory...

Aku diberitahu oleh Abg Idrus, ramai sungguh yang meminta baju2 kepunyaan arwah daripadanya untuk disimpan sebagai kenangan... Sampai tak terlayan dia... Aku faham, walaupun arwah bukanlah jenis seorang yang famous ketika hayatnya, tapi dia mempunyai ramai kenalan dan amat disenangi oleh ramai orang... Biasalah, orang cantik dan friendly; sape tak senang dan suka kan???... Dia seorang 'mesra rakyat' membuatkan orang ingin berkawan dan mengenalinya... Jadi, tidak mustahil selepas pemergiaannya, dia dirindui oleh ramai pihak dan kawan2...

Tiba-tiba kesedihan datang kembali bila aku teringat kenangan lama kami (kawan2) dengannya... Arwah memang cukup rapat dengan kami semua; Kak Alinur, Kak Pijah, Kak Ana, Kak Ina, Kak Lin, Michelle, Kak Rosnaliza, Kak Puzah, Yotot........ Semualah yang ada dalam department aku dan mereka2 yang sentiasa dekat dengannya... Bila dia dah takde, kami rasa lain sangat... Adakalanya, kami dapat rasakan dia masih ada dan seolah-olah dia sentiasa dekat dengan kami.......


Nota kaki:-
Aku akan merindui panggilan "adik" dari arwah... Dalam pejabat, cuma dia seorang yang menggelarkan aku dengan panggilan itu....

Sob... sob... sob....

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.