Sunday, 13 July 2008

Selepas menghadiri kenduri kahwin saudara aku di Batu 20 Hulu Langat, aku dan kedua-dua ibubapa aku terus ke Semenyih untuk berjumpa dengan Pak Long... Sambil2 tu, ada surat yang aku perlu serahkan kepada makcik aku yang tinggal disana...

Aku pun dah lama tak datang menjenguk rumah yang aku beli sebelum ini... Rasanya, ada dalam 3 bulan lebih aku tidak melihat dan melawat... Kali terakhir aku tengok, kebanyakkan unit sudah tegak berdiri... Tapi tidak semua yang siap termasuklah unit aku...

Photobucket
Tanda jalan pun dah ada tapi jalan ini bukan jalan rumah aku... :)

Photobucket
Inilah unit aku.. Nombor 11.... Memula ingat nak ambil Nombor 7, tapi dah ada org book...


Bila aku sampai tadi, alangkah terkejutnya aku apabila melihat kesemua rumah telah siap dibina... Sungguh cantik dan indah!... Jalan raya juga sudah di tar dan lampu jalan telah dipasang.. Aku amati setiap satu rumah disitu, cuma yang tinggal hanya meter elektrik dan air sahaja yang belum dipasang... Kalau diikutkan, bukan lama sangat nak pasang meter tu, bila dah pasang maksudnya pemilik sudah boleh mendapatkan kunci rumah masing2...

Photobucket

Photobucket
Kawasan hadapan rumah..... :)


Aku rasa amat seronok... Penantian aku selama ini bakal berakhir... Bila aku tengok rumah aku dah siap, mulalah aku berangan nak menghias dan menyusun atur barang2 didalamnya... Nak buat itulah, nak buat inilah... Macam2 benda aku rancang... Mak aku pun excited dan macam biasa, dia pun berangan-angan nak menghias rumah baru ini...

Photobucket
Antara unit2 lain yang sebaris dengan aku.... :)

Photobucket
Unit yang bertentangan dengan aku... :)


Aku bersyukur kerana aku mampu membeli rumah hasil dari titik peluh aku sendiri... Aku sungguh gembira kerana kini aku sudah mampu menyara hidup dan dalam masa yang sama, aku dapat menjaga kedua orang tua aku... Inilah hadiah yang paling bermakna buat mereka; mengecapi kebahagiaan dan keselesaan bersama anak bujangnya ini... Aku rasa bertuah kerana aku berjaya membawa mereka keluar dari kemelut yang selama ini membelenggu keluarga aku... Alhamdulillah.............

Photobucket
Pandangan dari hadapan.... Inilah rumah aku.... :)


Untuk mengetahui macam mana reka bentuk dan rupa bahagian dalam, sila rujuk entri aku yang lepas --> "Tinjauan"

Nota kaki:-
Pada sesiapa yang bercadang nak beli rumah tu, eloklah beli... Tak rugi kalau beli rumah ni... Kalau tak nak duduk, boleh sewa kan... Lagipun, melabur dalam hartanah memang menguntungkan!...

4 comment:

Jie said...

bagusnya Reez sebab kakjie ada pengalaman rumah terbengkalai lebih 3 tahun...

sebenarnya utk dijadikan pelaburan kita kena tgok market juga...nk sewakan sbb org tu mcm2. Kak Jie ada 2 rumah yg disewakan..mcm2 kerenah.

cukai pinti, cukai tanah..mcm2..kalau apartment kena bayar maintenance...

ttp itulah..utk masa dpn.

cantik rumah reez

Meera Melati said...

ooo ada sedara kat hulu langat ek... batu 20 jln sg lui ke batu 20 jalan pangsun?

bagus la dah beli rumah... aset tu.. tapi mesti mahal kan ratus2 ribu gak tu... tapi cantik... ada kosong gi tak... nak beli gak la mana tau leh berjiran ngan reez :D

Aiden Reez said...

Reez --> Kak Jie:-

Alhamdulillah...

Takde la kak... Reez beli umah ni sebab Reez takde umah sendiri... Lagipun, Reez fikir, Reez nak gak bagi kesenangan pada orang tua Reez, duduk umah batu dan selesa... Sekarang ni, Reez duduk umah kampung je... :)

Betul tu Kak Jie... Semua ini pelaburan jangka panjang.. Reez amat setuju dengan ape yang Kak Jie ckp... Kalau Reez duduk bujang dan sorang, boleh je nak beli condo atau apartment... Ni sebab fikir ada orang tua; mak Reez x suka rumah tinggi2 ni sebab letih nak panjat.... Laman pun takde...

Hehehehe...

Alhamdulillah, terima kasih Kak Jie...

:)

Aiden Reez said...

Reez --> Meera:-

Ada... Mereka dulu kat Batu 20, Jalan Pangsun sana (tak silap la) Dah nak sampai Sungai Congkak tu...

:D

Alhamdulillah Kak Meera... Boleh la, standard harga umah teres skarang... Masa Reez beli ni, harganya RM160 ribu... Skarang tak tahu berapa...

:D

Ada, dorang dah bukak fasa baru... Boleh je, takde masalah... Bagitau jelah ek...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.