Thursday, 10 July 2008

Aku rasa cukup pelik dengan perangai sesetengah orang... Aku bukan nak mempertikaikan tentang sikap dan cara mereka, cuma aku rasa agak sedikit keterlaluan apabila mereka mempersoalkan tentang sesuatu yang sudah terbukti dan nyata...

Minggu ini merupakan minggu sibuk aku; ada deadline untuk project paper (Sabtu ni dah kena hantar!!!...), kerja yang berlambak-lambak, **KPI yang nak kena buat dan ujian yang akan berlangsung tidak lama lagi... Bayangkanlah, betapa sibuknya aku sejak 2 - 3 hari ini mengurus dan menyelesaikan perkara2 yang penting...

Aku agak sedikit terkilan apabila ada pihak mula meragui pencapaian dan hasil kerja aku... Aku sedar, sebagai orang baru dan memegang jawatan sekarang ini, memang terlalu banyak benda2 yang 'kurang sedap' dilihat dan didengar... Kalau dicongak secara rawak, memang keputusannya menjurus kearah yang negatif... Tetapi, hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu... Setelah 6 bulan aku berhempas-pulas, bergelumang dengan fail-fail yang berwarna merah dan putih itu, memang banyak perubahan ketara dapat dilihat... Jika hendak dibuat perbandingan, sebelum aku mengambil alih (semestinya dengan bantuan dan kerjasama rakan sekerja aku yang sorang lagi), kadar penyelesaian sesuatu kes jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini... Jadi, tidak nampakkah perubahan itu???...

Aku tahu, keputusan yang diterima memang agak mengejutkan... Tetapi hakikat tetap hakikat dan kita harus menerimanya... Buatlah macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama... Aku rasa mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dan sebagai individu yang bersifat neutral, aku tidak boleh berbuat apa-apa kecuali mempertahankan apa yang sepatutnya...

Sebenarnya, dalam unit aku, kesemua staf yang ada merupakan staf yang cemerlang... Masing2 memang bekerja keras untuk memastikan kualiti kerja sentiasa terjamin... Jadi, bila tiba hari penilaian, tiada siapa yang akan mendapat markah corot kerana keputusan yang dikeluarkan adalah benar dan sahih... Jadi, jika semuanya baik dan bagus, masakan ada keputusan yang teruk dan corot?

Yang lebih menghampakan apabila kriteria mewajibkan seorang dari bahagian yang terlibat harus 'dikorbankan' untuk mendapat keputusan yang teruk (walaupun pada dasarnya, keputusan dia amat baik sekali) dan dia tiada pilihan melainkan menerimanya bulat-bulat...


Nota kaki:-
Aku memang dalam kerisauan selagi semua ini tidak selesai... Padanlah bila tiba hari penilaian, semua orang kelihatan serius, tidak bermaya dan tidak ceria...



**KPI - Key Performance Indicator
Key Performance Indicator merupakan skala penyukat yang akan menunjukkan pencapaian serta kualiti kerja yang dilakukan sepanjang satu tahun perakaunan bagi seseorang staf...

Skala penyukat ini akan mendedahkan sama ada staf tersebut melakukan kerja2nya mengikut target yang telah ditetapkan dan sama ada dia mencapai target tersebut ataupun tidak...

Apabila tiba hari penilaian, semua staf yang terlibat akan dinilai mengikut laporan yang dikeluarkan melalui sistem komputer dan seterusnya keputusan pencapaian dapat dikeluarkan... Keputusan ini akan diambil untuk penilaian seterusnya bagi menentukan bonus staf tersebut beserta kenaikan pangkat/gaji untuk tahun hadapan...

Jika staf tersebut telah berjaya mencapai target atau lebih, maka berbahagia lah, tetapi jikalau sebaliknya, maka bersedialah untuk menerima sebarang kemungkinan yang ada...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.