Friday, 20 June 2008

Ape perasaan kalian bila dapat tahu rakan karib kalian telah melangsungkan perkahwinan dan kalian tidak berpeluang untuk menghadiri majlis dia?...

Itulah yang aku rasa sekarang ini... Aku rasa sangat terkilan... Terkilan kerana aku tidak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku... Kami boleh dikatakan rapat... Dia pernah bekerja satu bahagian dengan aku dulu... Ketika itu aku baru saja bekerja dan dia pula merupakan pekerja sementara yang membantu kami menghabiskan kerja2 tertunggak... Kalau tak silap aku, tahun 1999 kot...

Photobucket

Memang rezeki dia tak panjang, selepas beberapa bulan, dia menerima tawaran kerja dari syarikat lain... Walaupun dia resign, hubungan persahabatan kami tetap seperti biasa... Malah, lebih akrab dan kukuh!... Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mail... In fact, sehingga ke hari ini aku dan dia masih lagi keep-in-touch... Kami selalu berbual didalam Yahoo Messenger bertanyakan khabar berita dan cerita masing2... Cuma kami dah lama tak bersua muka sahaja...

Photobucket

Sebenarnya, aku tak tahu pun dia dah kahwin sehinggalah aku bertanya padanya semalam... Itupun sebab aku tergerak hati nak tanya pasal life dia... Kalau tak, sampai bila2 aku tak tahu... Dia pula tidak bercerita dan aku rasa mungkin dia terlupa nak bagitau aku...

Memang dia mengaku, masa dekat2 nak kahwin tu, dia terlalu sibuk dengan kerja dan persiapan perkahwinan... Sehinggakan banyak kerja2 kahwin dia diuruskan oleh adik beradik yang lain... Dia dah tak boleh nak fikir; apa yang dia nak kena buat... Dia juga memohon ampun dan maaf kerana terlupa nak jemput aku dan kawan2 yang lain...

Photobucket

Bagi aku, aku faham... Memang ramai di antara kita-kita ni akan terlupa kawan2 yang lain bila melangsungkan sesuatu majlis yang besar... Sebab tu kita memerlukan ramai orang untuk membantu kita... Kalau nak buat sorang2, memang pengsan la jawabnya...

Photobucket

Walaupun aku tak berpeluang menghadiri majlis dia, aku cukup gembira seorang lagi kawan baik aku telah pun selamat mendirikan rumahtangga... Dan secara tidak langsung, maka berkurang la seorang lagi 'single' dalam group kami... Makin lama, makin sikit dan sudah pasti giliran aku akan tiba...

"Hmmm.... Bila la agaknya aku nak kahwin ye?"... Hehehehe....


Nota kaki: -
Selamat pengantin baru buat rakanku Shah... Semoga hang berbahagia bersama Linda sehingga keakhir hayat!... Nanti hang dah dapat baby, jangan lupa nak bagitau aku pulak... Hehehehehe....

Gambar : Kredit kepada Jurugambar - Saudara
Mohsin Mohamed

6 comment:

Anonymous said...

uhu. hensemnya pengantin laki tu. ekeke. moga kebahagiaan milik mrk slalu. cewahhh.

reez bile lg ye... hehe

Anonymous said...

huhu. klw diya, msti sgt terkilan klw tak pat pegi majlis kawen best fren diya. isk, klw bleh - diya akan usahakan jugaklah pegi majlis kawen die. tapi, klw takde rezeki, nk wat camne kan...

Anonymous said...

cantik gambar2 tu..moga bahagia berkekalan..

iyalah..kita kena faham bukan disengajakan...kebetulan masa tu kesibukan dia berlipat ganda..

reez nnt jgn lupa buat pengumuman rasmi besar2an kt blog tau..

Aiden Reez said...

Reez --> Diya: -
Uikk Diya... Hati2.. Takut nanti termimpi-mimpi lak kawan Reez tu...

Hehehehe....

:D

Aiden Reez said...

Reez --> Diya: -
Tulah Diya... Tula yang Reez rasa sekarang ni... Rasa terkilan yang teramat sangat..

Dulu waktu keje sama2, dia rapat ngan Reez... Kami suka berbual dan kongsi cerita sama2... Kalau ada masalah pun, selalu share...

Tu bila dia kawin, Reez rasa ralat sangat x de kat majlis dia...

:(

Aiden Reez said...

Reez --> Kak Jie:-
Thanks Kak Jie... Tulah, Reez ni jenis yg tak menghampa kan orang... Selalu kalau ade jemputan, Reez akan datang Insya Allah... Kalau ada hal tu, Reez x leh nak wat ape...

Reez nak kawin nanti, Reez bgtau siang!... Kak Jie dan kawan2 jangan risau....

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.