Wednesday, 14 May 2008

Untuk makluman, hari ini adalah hari lahir kawan sepejabat aku... Dia ni juga merangkap kakak angkat aku sebab kami boleh dikatakan sangat rapat... Macam adik beradik... Semenjak aku bertukar ke unit sekarang; 4 tahun yang lepas, dialah orang yang bertanggungjawab 'menjaga' dan mengajar tugas2 di unit aku bekerja sekarang ini... Aku sangat berterima kasih kepadanya kerana mengajar dan mendidik aku selama ini... Dari seorang yang tidak tahu apa2, sehinggalah sekarang aku boleh melakukan semua kerja2... Malah, rezeki aku dimurahkan dengan kenaikan pangkat baru2 ini sedangkan dia yang sudah bertahun-tahun lamanya bekerja di tempat yang sama tidak mendapat apa2... Aku tidak faham mengapa pihak pengurusan tidak memberikan ganjaran kepadanya... Nak kata tiada kelayakan, dia ada apa yang syarikat mahukan... Pelik.... Itulah kata orang, untung nasib kita hanya Allah saja yang tahu... Mungkin belum rezekinya lagi... Aku cuma mendoakan supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki... Walaupun hari ini adalah hari lahirnya, aku tidak berkesempatan untuk membuat kejutan untuknya... Malah antara dia, aku dan kawan2 yang lain, tiada perasaan lain dapat kami ungkapkan selain kebimbangan, keresahan dan kesedihan... Kakak angkat aku sakit! Dia memang sakit... Sakit pula, bukan sakit2 biasa yang kita semua pernah alami selama ini... Dia mengidap kanser... Kanser serviks... Sehingga ke hari ini, sudah masuk 7 bulan dia diberi cuti sakit... Rutinnya pula, keluar masuk hospital... Buat check up dan test termasuklah rawatan yang biasa pesakit kanser kena lakukan; radioterapi dan kimoterapi... Kalau dahulu dia segar dan ceria, aku lihat dia sekarang sudah kurus dan tidak bermaya... Sedih dan lemah aku melihat keadaan dirinya... Walaupun sakit, dia tetap ramah melayan aku dan seringkali berlawak jenaka seolah-olah dia sihat walafiat... Dia seorang wanita yang sangat cekal dan kuat... Nampak saja lemah lembut, tapi hatinya sangat keras... Apatah lagi semenjak dia kehilangan ibunda tercinta 2 tahun lepas dan keguguran sebelum ini... Dengan keadaan diri yang terkapai-kapai, dia masih lagi boleh berdiri meneruskan kehidupan... Ujian demi ujian datang, semuanya diharungi dengan tabah... Aku tidak berdaya untuk berbuat apa2... Apa yang dapat aku lakukan ialah dengan memberikan dia semangat untuk melawan penyakitnya... Boleh dikatakan agak selalu juga aku menelefonnya bertanya khabar dan keadaan diri... Aku sentiasa melayan dia supaya dia tidak bosan dan sentiasa ceria... Tapi setakat mane sangat?... Adakala aku sendiri pula yang berduka lara bila dia mula bercerita tentang penyakitnya... Beberapa kali juga dia menangis didalam telefon dan aku selalu kaku dan tidak tahu nak buat apa... Sebagai lelaki, setakat mana aku boleh pujuk?... Sehinggakan kadang2 aku tiada idea macam mana nak mengembalikan semangatnya... Setiap kali lepas solat, aku tidak pernah gagal untuk mendoakan kesejahteraan dirinya... Aku memohon kepada Allah agar penyakitnya akan berkurangan dan sembuh... Memang ianya perkara yang sukar, kebanyakkan pengidap kanser memang susah hendak diselamatkan... Tapi kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa untuk mencuba... Semoga doa2 ku termakbul... Selamat Hari Lahir Kak Ayu...................................
Photobucket
Gambar Kak Ayu yang diambil 2 tahun lepas... Sekarang, dia bukan lagi macam ni.... :(

6 comment:

Anonymous said...

Kesian kat dia, semoga dia selamat dan sihat2 selalu hendaknya! Selamat Hari jadi untuknyer...

Anonymous said...

sedih baca entry nih...
well, she is so lucky to have u as her friend.. sesama doakan agar diringankan segala penderitaan dan perjalanan hidup beliau.. InsyaAllah dengan izinNya..
Aminn..

Happy [Belated] Birthday jugak..

-n-

Aiden Reez said...

Tulah Wan... Semua ini adalah ketentuan dari Allah SWT... Sama2 lah kita beringat...

Terima kasih...

Aiden Reez said...

Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Inilah dugaan yang dia harus tempuhi...

Itu dia, bagaimana pula kalau kita sendiri yang mengalaminya? Bagaimana jika kita yang menanggung semua penderitaan ini?

Sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dia...

Thanks!..

Anonymous said...

Salam...terharu bc en3 yg myayat hati tu...kslm kat akak tu bgtau ktorg trut doakan moga beliau cepat sembuh,amin...pape,hepi besday to her...

Aiden Reez said...

Sekadar berkongsi kisah tentang mereka2 yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah... Agar ianya menjadi pengajaran dan mengingatkan kita tentang kurniaan Tuhan...

Kita yang sihat, jagalah kesihatan dengan baik.. Jangan sia2 kannya...

Thanks, akan saya sampaikan kepada kakak ini... Terima kasih diatas doa yang diberikan dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.