Satu kisah yang elok dikongsi bersama...
Aku dapat kisah ni dari e-mel yang dihantar oleh kawan sepejabat aku.... Untuk bacaan semua rakan2 disini...
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi dia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal break mendadak", fikirnya sambil terus memandu laju.
"Prittttttt........ !" Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
"Hey, itu kan Usof; teman sepermainan aku semasa di sekolah menengah duhulu..." Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.
"Hai, Usof..... Gembira sekali saya bertemu kau..............."
"Hai, Harun......" tanpa senyum.
"Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih. Saya memang agak terburu-buru. Isteri saya sedang menunggu di rumah"....
"Oh ye ke?..." Usof agak ragu.
"Ye la Sof, hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu"...
"Saya faham. Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini..."
Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala...", berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok Run... Sebenarnya aku melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan...."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca keretanya. Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman..."
Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil surat saman yang diselipkan Usof di sela-sela kaca kenderaan. Tapi, hei apa ini... Ternyata lesen memandu dan I/C dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa dia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?... Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Usof...
"Run...
Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti pemandu itu. Maafkan aku Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika memandu Run"
- Usof
Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof. Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain..
Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita . Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
Thursday, 29 May 2008
Monday, 26 May 2008
Wednesday, 14 May 2008
Untuk makluman, hari ini adalah hari lahir kawan sepejabat aku... Dia ni juga merangkap kakak angkat aku sebab kami boleh dikatakan sangat rapat... Macam adik beradik... Semenjak aku bertukar ke unit sekarang; 4 tahun yang lepas, dialah orang yang bertanggungjawab 'menjaga' dan mengajar tugas2 di unit aku bekerja sekarang ini...
Aku sangat berterima kasih kepadanya kerana mengajar dan mendidik aku selama ini... Dari seorang yang tidak tahu apa2, sehinggalah sekarang aku boleh melakukan semua kerja2... Malah, rezeki aku dimurahkan dengan kenaikan pangkat baru2 ini sedangkan dia yang sudah bertahun-tahun lamanya bekerja di tempat yang sama tidak mendapat apa2... Aku tidak faham mengapa pihak pengurusan tidak memberikan ganjaran kepadanya... Nak kata tiada kelayakan, dia ada apa yang syarikat mahukan... Pelik....
Itulah kata orang, untung nasib kita hanya Allah saja yang tahu... Mungkin belum rezekinya lagi... Aku cuma mendoakan supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki...
Walaupun hari ini adalah hari lahirnya, aku tidak berkesempatan untuk membuat kejutan untuknya... Malah antara dia, aku dan kawan2 yang lain, tiada perasaan lain dapat kami ungkapkan selain kebimbangan, keresahan dan kesedihan...
Kakak angkat aku sakit!
Dia memang sakit... Sakit pula, bukan sakit2 biasa yang kita semua pernah alami selama ini... Dia mengidap kanser... Kanser serviks... Sehingga ke hari ini, sudah masuk 7 bulan dia diberi cuti sakit... Rutinnya pula, keluar masuk hospital... Buat check up dan test termasuklah rawatan yang biasa pesakit kanser kena lakukan; radioterapi dan kimoterapi...
Kalau dahulu dia segar dan ceria, aku lihat dia sekarang sudah kurus dan tidak bermaya... Sedih dan lemah aku melihat keadaan dirinya... Walaupun sakit, dia tetap ramah melayan aku dan seringkali berlawak jenaka seolah-olah dia sihat walafiat...
Dia seorang wanita yang sangat cekal dan kuat... Nampak saja lemah lembut, tapi hatinya sangat keras... Apatah lagi semenjak dia kehilangan ibunda tercinta 2 tahun lepas dan keguguran sebelum ini... Dengan keadaan diri yang terkapai-kapai, dia masih lagi boleh berdiri meneruskan kehidupan... Ujian demi ujian datang, semuanya diharungi dengan tabah...
Aku tidak berdaya untuk berbuat apa2... Apa yang dapat aku lakukan ialah dengan memberikan dia semangat untuk melawan penyakitnya... Boleh dikatakan agak selalu juga aku menelefonnya bertanya khabar dan keadaan diri... Aku sentiasa melayan dia supaya dia tidak bosan dan sentiasa ceria... Tapi setakat mane sangat?... Adakala aku sendiri pula yang berduka lara bila dia mula bercerita tentang penyakitnya... Beberapa kali juga dia menangis didalam telefon dan aku selalu kaku dan tidak tahu nak buat apa... Sebagai lelaki, setakat mana aku boleh pujuk?... Sehinggakan kadang2 aku tiada idea macam mana nak mengembalikan semangatnya...
Setiap kali lepas solat, aku tidak pernah gagal untuk mendoakan kesejahteraan dirinya... Aku memohon kepada Allah agar penyakitnya akan berkurangan dan sembuh... Memang ianya perkara yang sukar, kebanyakkan pengidap kanser memang susah hendak diselamatkan... Tapi kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa untuk mencuba...
Semoga doa2 ku termakbul...
Selamat Hari Lahir Kak Ayu...................................
Gambar Kak Ayu yang diambil 2 tahun lepas... Sekarang, dia bukan lagi macam ni.... :(
Tuesday, 13 May 2008
Aku terima nukilan ini dari e-mel yang dihantar oleh kawan aku... Satu nukilan yang amat menarik dan sesuai untuk dikongsi bersama...
Oleh : Zalila Isa
SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya 'ulas limau', alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.
Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.
Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.
Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.
Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan 'menconteng arang ke wajah' juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebaginya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.
Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.
Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.
Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.
Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau dalam bahasa Arabnya 'haya' berasal daripada perkataan 'hayat' yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Imam Qurthubi Rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:
"Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal..."
Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.
Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.
Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.
Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.
Mementingkan pandangan Allah S.W.T lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.
Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.
Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.
Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.
Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.
Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Monday, 12 May 2008
Aku rasa, mesti kalian pernah jumpa manusia yang suka mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri kan?
Dunia sekarang ni, ramai orang yang sebegitu... Ada tu, sampai ke tahap extreme dimana kalau dia tak dapat apa yang dihajati, mulalah nak mengamuk satu kampung...
Aku rasa pelik, kenapa orang sanggup menurut hawa nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras... Itulah masalah yang sebenarnya... Manusia terlalu lemah dan mudah digoda nafsu yang sentiasa menyesatkan... Jika tidak kuat pegangan, maka akan hanyutlah dibawa arus keasyikkan dan kelekaan... Yang kesiannya, orang lain yang menjadi mangsa... Mungkin ramai yang terperangkap dengan situasi dan keadaan menyebabkan mereka terpaksa menuruti apa yang disuruh... Kasihan!...
Dari apa yang aku ketahui, kebanyakkan yang berperangai sebegini terdiri dari golongan yang bijak pandai... Rata2 nya menggunakan kawan rapat atau seseorang yang begitu baik dengan mereka sebagai mangsa... Segala hasrat dan kehendak perlu dilunaskan walau dengan apa cara sekalipun... Sehinggakan mereka lupa dengan siapa mereka bercakap... Yang penting, keinginan mereka tercapai...
Aku pernah membebel dengan seorang "budak" ni... Bukan kerana aku marahkan dia tapi aku cukup geram dengan cara dia melayan orang sekelilingnya... Memang tidak dinafikan, dia seorang yang sangat baik dan bersih hatinya... Tidak pernah pula aku lihat dia mengecewakan sesiapa atau bermusuh dengan orang lain... Aku geram bila ramai yang mendampinginya sebagai kawan, suka mengambil kesempatan keatas kebaikan dirinya... Pantang jumpa, ada saja orang meminta pertolongan darinya... Yang dia ni pulak, tak reti nak tolak atau berkata "tidak"... Menurut saja ape yang orang suruh... Kadangkala, sanggup berkorban itu dan ini semata-mata untuk orang lain...
Aku bertanya kepadanya, mengapa dia perlu lakukan semua ini?... Bukankah sudah terang-terangan orang lain mengambil kesempatan keatas dirinya?... Jawapan yang aku terima cukup ringkas... Cukup untuk membuatkan aku terkedu seketika...
"Biarkanlah...."
Itu jawapan yang keluar dari mulutnya... Biarkanlah?!!... Tapi sampai bila nak biarkan semua ini berlaku?... Kalau beginilah selamanya, memang parah!...
Dengan nada yang cukup tenang, dia memberitahu aku bahawa hari ini adalah hari orang itu... Mana tahu, esok lusa hari kita pula?... Kita tidak tahu untung nasib kita di mana... Kalau baik, tidak apa juga, kalau tidak baik?... Bagaimana ya?....
Dia lakukan semua ini atas dasar kesiankan sahabat dan mereka2 yang mengenalinya... Apa yang dilakukan olehnya lahir dari dari hati yang ikhlas... Semuanya kerana Allah... Memang adakalanya aku lihat dia mengalami kesukaran, tapi dia tidak pernah menyuarakannya... Semuanya ditanggung sendiri seolah-olah tiada masalah langsung... Sedikit pun dia tidak meminta pertolongan aku atau dari rakan2 yang lain...
Jelasnya lagi, selama ini dia berpegang pada prinsip, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"... Jadi, untuk mengelakkan dari berbuat jahat (walaupun sedikit atau sekali), maka dia menolong apa yang patut biarpun orang yang meminta tolong itu tidak ikhlas dengan permintaannya... Dia juga percaya, setiap inci pertolongan yang diberikan, sudah pasti ada ganjarannya kelak... Jika ikhlas, maka baiklah ganjarannya... Jika tidak, sebaliknya lah... Dia percaya, Allah sentiasa melindunginya dari segala bentuk ancaman dan masalah...
Kalau aku, minta maaflah... Masalah diri sendiri pun tak boleh nak selesai, inikan pula nak tolong orang lain... Lainlah kalau aku tiada apa2 masalah... Apa2 pun, aku cukup kagum dengan dirinya... Cuba memperbaiki diri sendiri yang serba kekurangan... Syukur kerana aku bertemu dengan insan sebegini... Kurang2 nya, aku belajar banyak perkara dari dia dan ianya banyak mendewasakan aku...
Sunday, 11 May 2008
Baru2 ini, aku sempat memuat turun satu perisian yang selama ini aku ingin guna... Adobe Photoshop CS2...
Mungkin ada diantara kalian pernah menggunakan perisian ini, mungkin ada yang tidak... Sebenarnya, perisian ini sangat berguna bagi mereka2 yang bekerja dengan gambar dan grafik... Perisian ini memudahkan mereka untuk menukar, mengubah, memperbetulkan dan sebagainya gambar atau grafik yang sedia ada... Semuanya dihujung jari pengguna tersebut... Apa sahaja yang dikehendaki, semuanya boleh dilakukan tanpa sebarang masalah...
Kalau kita rasa sesuatu gambar itu cacat, gelap/blur ataupun senget, kita boleh adjust dengan menggunakan Photoshop ini... Misal kata, bila sesuatu gambar itu diambil dan kita merasakan ada yang tidak kena dengan gambar tersebut, perisian Photoshop ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan kita... Hebat, bukan?...
Sebenarnya, perisian Adobe Photoshop ini bukanlah sesuatu yang sangat baru didalam dunia IT... Memang perisian ini sudah lama berada didalam pasaran dan aku rasa sudah ramai yang menggunakannya... Ianya bukan sesuatu yang sangat asing... Malah, versi yang aku muat turun ini pun adalah versi yang agak lama (CS2) jika dibandingkan dengan versi yang paling terkini di pasaran iaitu CS3...
Bagi aku, perisian ini merupakan sesuatu yang baru dan harus aku miliki... Masa memula dapat tu, jakun la sekejap... Sampai tak tidur malam gara-gara mencuba perisian ini... Aku akui, sampai sekarang aku masih belum mahir menggunakannya... Tapi aku tak pernah rasa bosan untuk terus mencuba... Terima kasih pada adik angkat aku kerana memberi pinjam CD muat turun Adobe Photoshop ini... Aku sangat menghargainya...
Aku pernah lihat dia menggunakan Adobe Photoshop ini... Begitu ligat tangannya mengetik tetikus yang berada diatas meja komputernya... Pantas, tanpa henti... Kadangkala, aku rasa pelik... Bagaimana dia boleh mahir menggunakan perisian ini... Kalau di ikutkan, dia bukan ada kelayakan atau pengetahuan dalam IT atau pembangunan perisian pun... Aku yang dah lama guna komputer ni pun, masih lagi terkial-kial...
Memang benar kata2 orang tua; "alah bisa tegal biasa"... Bila kita mencuba berkali-kali, perkara yang susah akan jadi mudah... Kita akan ketahui pelbagai perkara bila kita mula menggunakannya... Aku rasa sangat bertuah kerana dapat menggunakan pelbagai perisian canggih ini... Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, komputer pun tak ada... Semuanya terpaksa dilakukan dengan tangan... Kalau silap, buat la lagi sekali dari awal...
Saturday, 10 May 2008
Dah lama juga aku tak kena tag... Ermm, tapi kalau nak di ikutkan memang patut pun... Sape la aku kalau nak dibandingkan orang lain... Kawan di alam siber ni pun boleh dibilang dengan jari... Berapa kerat sangat... Hehehe...
Aku tak kesah sebenarnya, asalkan aku happy dan bahagia dengan apa yang aku buat... This time around, aku kene tag dengan salah seorang pelawat yang rajin bertandang ke blog aku... Thanks to En. KhaL sebab sudi jenguk2 aku kat sini... Sekarang, giliran aku pula membalas tag dari dia...
These are my replies: -
7 Random Facts About Me: -
- Pendiam dan pemalu dengan orang yang aku tak kenal... Tapi paling ramah, banyak cakap dan periang dengan orang yang dah biasa dengan aku... Ada banyak perbezaan tentang diri aku sebelum dan selepas satu perjumpaan... Kadang2, orang selalu anggap aku ni seorang sombong...
- Aku tidak hisap rokok... Selama bertahun-tahun aku hidup, tak pernah sekali pun aku sedut dan hembus asap tembakau... Memang tak suka!!... Tapi aku tidak kesah duduk dikalangan orang yang hisap rokok (tapi kalau banyak sangat asap, aku lari jugak la... Pengsan!!!... Hehehee....)
- Paling tinggi dalam ahli keluarga aku... Kalau compare dengan sedara mara, sepupu sepapat, anak buah dan lain2, aku la yang paling tinggi... Kalau ambik gambar keluarga, nampak sangat aku macam tiang gol... Hehehehe....
- Aku tidak suka mengira... Masa sekolah dulu, Matematik adalah subjek yang paling aku benci... Tapi sekarang, aku bekerja dengan syarikat yang berasaskan kewangan... Ermm... Macam mane tu ek? Pelik bin ajaib betul!...
- Suka color hijau...
- Kuat fikir... Aku suka fikir perkara2 sebelum dan selepas... Entah, dah jadi habit aku... Tapi aku jarang termenung...
- Aku seorang yang sangat peka terhadap diri dan keadaan sekeliling... Sentiasa rasa tidak selesa kalau ada benda yang tak kena dengan diri aku...
7 Things That Scares Me: -
- Seksa akhirat... Selalu buat aku insaf sepanjang masa...
- Sesat terutama sekali dari segi rohani... Dunia semakin hampir ke penghujungnya...
- Bankrap... Dah jatuh, susah nak bangun balik!
- Losing the one I love... - she's the only one I have now...
- Lumpuh/cacat serba-serbi... - minta dijauhkan...
- Ahli keluarga aku diseksa oleh orang jahat
- Perpisahan
7 Random Music at The Moment: -
- My Memory (Piano Version)
- Home - Westlife
- You're Not Alone - Shayne Ward
- Harapan - Fazli Zainal
- Hanya Segenggam Setia - Ekamatra
- Apologize - Timbaland
- What's Left On Me - Nick Lachey
7 Things I Say Most: -
- "Assalamualaikum..."
- "Bismillah..." dan "Astaghrafirullah..."
- "Huh?!!!..."
- "Alamak..."
- "OK..."
- "Thanks!..." atau "Terima kasih ye..."
- "Sorry..."
7 Things I Treasure Most: -
- Love
- Family
- Health... Alhamdulillah, aku sihat...
- Rezeki... - tak kesah la sikit atau banyak, aku bersyukur!...
- Friendship... Can't live without it...
- Nature... I love to travel...
- Gifts and presents - really appreciate it!
7 "First Time" Things I Ever Did: -
(Wow... nape dalam inverted comma ek?... Hehehe....)
- Tertidur ketika dalam bas... Sedar2 je, dah terlajak... Nasib baik boleh patah balik...
- Pakai make-up!... Waktu aku attend kursus bina semangat, ada satu aktiviti tu kene paksa pakai make-up!... Adehhh....
- Jalan kaki balik kerumah dari pejabat... - waktu tengah ting tong
- Bawak kereta laju-laju... - pernah sekali aku speed 160km/j kat jalan biasa... Rasa macam melayang wooo...
- Kene libas dengan getah paip oleh bapak aku waktu umur aku 6 tahun sebab tak jawab panggilan dia... Nangis sampai putus nafas!... Sakit woo...
- Duduk kat Dataran Merdeka tengah2 pagi buta... Sekali kene 'pau' dengan mat rempit... Padan muka aku!
- Bawak motor, tapi tak ada lesen... - emergency case...
7 People To Do This: -
- Kau
- Kau
- Kau
- Kau
- Kau
- Kau
- dan Kau...
Sekian, terima kasih!... Pada sesiapa yang ingin menjawab tag ini, dipersilakan... Aku tidak memaksa tapi andai kata kalian menjawabnya, bagitau aku... Boleh aku baca...
Heheheee...
Friday, 9 May 2008
Aku tidak pernah rasa penat seperti hari ini...
Kepala aku sakit, pening dan rasa macam nak meletup... Mungkin sebab cuaca panas... Dari pagi, sampaila ke malam, aku tidak berhenti memandu... Nasib baik aku mohon cuti untuk hari ini... Kalau tidak, memang pengsan...
Pagi, aku keluar rumah untuk hantar adik aku menghadiri kursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dekat Tanjung Malim, Perak... Sebelum ni, adik aku telah terpilih dan terpanggil untuk mengikut program yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam... Dia sudah pun menduduki peperiksaan untuk jadi PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik) tempoh hari dan sekarang, dia akan mengikuti kursus selama 3 hari disana... Jika semuanya OK, maka peringkat seterusnya ialah temuduga sebelum dia akan memasuki INTAN selama 6 bulan... Bukan senang tau nak jadi pegawai kerajaan ni... Macam2 halangan kita kena tempuhi... Kalau tak tahan, minta maaf la... Dari ape yang aku tahu, ramai juga yang tolak permohonan untuk jadi PTD dan ada juga yang tidak terpilih... JPA memang letak standard yang sangat tinggi untuk seseorang sebelum jadi pegawai kerajaan...
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam menyusuri Lebuhraya PLUS menghala ke Utara... Memandangkan hari ini adalah hari bekerja, so memang takde kenderaan sangat yang lalu lalang di lebuhraya hari ini... Sampai aje di INSTUN, aku rasa kagum dan terkasima dengan tempat ini... Pemandangannya sungguh mempersonakan!... Rasa tenang dan damai... Tempat ini memang sangat sesuai untuk buat kursus; jauh dari hiruk pikuk dan kesibukkan kota... Kawasan sekitar dikelilingi dengan pokok2 yang menghijau dan berlatarbelakangkan gunung ganang... Wow!... Sungguh indah bumi ciptaan Allah ini...
Balik dari INSTUN, aku terus kerumah makcik di Ampang... Mak aku nak pergi ambil barang2 yang hendak dipakai pada 18 Mei ini... Macam biasalah, kalau dah singgah mesti nak berbual... Macam2 cerita keluar... Yang aku pula, takde benda nak buat... Duduk ajelah tunggu waktu nak balik...
Dah dekat nak Asar, baru aku balik kerumah... Itupun bukan balik terus... Balik untuk solat aje... Lepas solat, aku hantar mak dan abah ke Carrefour Wangsa Maju untuk beli belah... Barang dapur dah habis... Jadi, kena gie beli... Gedebak gedebuk, dah dekat nak Maghrib... Baru kami bergerak pulang...
Adehh... Sepanjang hari aku tak duduk diam... Banyak tempat aku pergi... Pulak tu, aku je yang bawak kereta... Penat jugak tapi aku tak kesah sangat... Kalau setengah orang, maybe dah tak larat kot... Tapi aku akui, sekarang ni kepala aku sakit... Dan aku perlu tidur untuk lega kan sakit kepala aku ni....
Thursday, 8 May 2008
Somebody told me that the key to success is passion in what you are doing... With appropriate skills and knowledge, it will be easy for a person to achieved whatever he/she wants in life...
Well, I wouldn't say I disagree with this statement... It just that for me, it doesn't work out that way... I've tried many times and yet my life remains the same... Nothing had happened for the past few years... Why?... Did I miss something?... Or perhaps, I didn't do what I'm suppose to do?...
Naaahhh... I really don't care what's gonna happen after this... The only thing I wanna do now is to get out from all these crap... I'm tired of facing the same problem everyday... I'm sick of some people who always bothering me day and night... I need to change... I need to move on... I don't want to be trapped in the same old fashion life anymore... But, looking at my condition right now, I do not know where to start... It seems that I'm caught with it... *sigh...
I know I shouldn't complaint so much... I know for fact, there must be a way to solve all my problems... I was fortunate enough to survive as compared to others... I just need to work out some few things and find the right tune... I have to believe that I'm gonna be OK and much better after this...
Right now, I need a break... I need to take a deep breath and relax a bit... To all my friends here, don't worry as I'm gonna be OK... Thanks for reading and sharing your thoughts... Really appreciate it and I wonder, why all the sudden I'm writing this post in English???......
Wednesday, 7 May 2008
"In order to achieve success, we only need to adjust 1% of our life"
Percaya atau tidak?... Tapi itulah yang aku dengar dari fasilitator yang mengendalikan kursus aku hari ini... Katanya, kita hanya perlu adjust 1% dari kehidupan kita sehari-hari jika kita ingin berjaya dalam hidup... Just imagine, only 1% sahaja!... Segala-galanya akan berubah dalam sekelip mata...
Yang kita-kita ni pulak, merengek tak tentu pasal dan merungut itu dan ini... Ada saja yang tak kena dan kurang... Hati tak pernah puas... Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada... Kita selalu memikirkan tentang macam mana nak hidup senang lenang, macam mana nak selesaikan masalah yang sering menghantui diri, macam mana nak melarikan diri dari bebanan hutang dan sebagainya...
Aku belajar satu perkara baru hari ini... Dan Insya Allah, aku akan cuba untuk mempraktikkan apa yang telah disampaikan oleh fasilitator yang mengendalikan kursus aku... Walaupun agak susah, tapi aku rasa ia tidak mustahil dan boleh dilaksanakan... Aku cuma perlu tahu, apakah kehendak aku dan aku akan aim mengikut kehendak tersebut... Selama ini, aku membuta tuli buat kerja dan at the end of the day, result nya tidak seberapa... Patutlah selama ini aku bekerja macam separuh mati, still tak dapat apa-apa...
Kursus yang aku attend hari ini sangat bermanfaat dan berguna... Fasilitator pun bagus dan bijak menarik minat peserta untuk turut serta dalam program dan aktiviti yang telah dirancang... Walaupun objektif kursus berkisar tentang syarikat tempat aku bekerja, rata-rata pendekatan yang diketengahkan adalah berkaitan individu seperti aku... Sedikit sebanyak tempias tu terkena la jugak...
Kadang-kala, kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita; menunjukkan jalan untuk kita terus maju kehadapan... Memang setiap kali pergi kursus, tahap keyakinan aku meningkat sebanyak 100%... Aku menjadi seorang yang begitu positif sehinggakan hampir setiap perkara aku boleh lakukan dengan mudah tanpa sebarang masalah... Cuma yang menjadi tanda tanya, adakah aku mampu mengekalkan semua ini dimasa akan datang?... Terlalu banyak anasir2 negatif diluar sana yang mampu mengganggu gugat keharmonian sistem minda dan hati aku...
Mampukah aku menangkis semua ini???.................
Saturday, 3 May 2008
Aku tak paham la perangai segelintir ahli masyarakat kita ni... Nak kata tak sekolah, masing2 berpelajaran tinggi... Bila kita tegur dan terangkan perkara sebenar, tiba2 aje nak melenting dan marah2... Terjerit-jerit macam kena sampuk setan...
Letih aku nak melayan orang macam ni... Puas aku tunjuk dan terangkan perkara sebenar... Sedikit pun tidak diterima... Malah, aku pulak dimakinya...
"Ingat aku ni tunggul ke?... Sesedap rasa je nak maki hamun aku..." bentak hati ini...
Perkara ni terjadi semalam ketika aku sedang sibuk bekerja... Rakan sekerja aku tiada dipejabat kerana bercuti panjang... Jadi, kebanyakkan kerja diambil alih oleh aku... Dari pengurusan fail sehinggalah panggilan telefon pelanggan... Lemas aku melihat meja yang berselerak dengan fail bertimbun-timbun... Nasib baik aku tak pengsan...
Dah lah sibuk, ditambah pula dengan masalah dengan seorang pelanggan ni... Puncanya, dia tidak berpuas hati dengan cara aku menyelesaikan masalah dia... Untuk pengetahuan, sejak dari mula lagi dia memang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan... Pada fikiran dia, dia sentiasa menganggap bahawa aku menipu dan mengambil kesempatan keatas kejadian yang menimpa dirinya...
"Subhanallah... Walaupun aku bekerja untuk syarikat aku, tapi aku tahu hukum hakam serta halal haram... Sampai begitu sekali penilaian dirinya terhadap aku??!!!..."
Aku tahu dia tidak puas hati, tapi ingat2 lah sikit... Takkan sampai nak maki hamun depan orang ramai?... Aku pun ada air muka juga... Ada maruah dan harga diri...
Kami duduk berbincang... Satu persatu fakta aku uraikan kepada dia... Dan setiap kali penjelasan yang aku berikan, semuanya disangkal dan ditolak olehnya... Tidak ada sedikitpun diterima pakai... Sampaikan satu ketika, aku hampir putus asa dan ingin mengalah... Kalau aku ni panas baran, dah lama dah kena buku lima aku ni...
Bila diamati, sebenarnya masalah yang dihadapi pelanggan ini teramatlah kecil dan mudah... Perkara yang remeh-temeh sebenarnya... Tapi nasib aku tak baik, dapat pelanggan yang memang cerewet tak bertempat ini... Cara dia bercakap, macam bagus2, tapi hujah yang diketengah macam budak sekolah tadika... Aku rasa, budak kecik lagi bijak dan pandai menilai mana betul, mana salah...
Bila tidak dapat apa yang dihajati, mula lah nak mengamuk... Macam nak pecah bilik perbincangan tu dengan suara dia yang terpekik terlolong macam orang gila... Aku tidak berbuat apa2 melainkan senyap dan tersenyum... Kalau aku lawan, lain pulak jadinya nanti... Api yang marak, jangan disimbah dengan minyak tanah!... Makin menjadi-jadi nanti... Aku cuma rileks dan biarkan dia melepaskan perasaannya... Bila sudah reda, barulah aku sambung penerangan aku semula...
Selama ini, aku sudah puas menolong dia... Dah habis ikhtiar dah!... Tapi dia masih lagi tidak berubah... Memang dasar pelanggan yang sangat degil!... Aku tak tahu macam mana syarikat aku boleh menerima pelanggan sebegini... Kalau aku yang silap dalam menyelesaikan masalah dia, aku tak kesah... Aku terima dan aku akui kesalahan aku... Ni dah terang-terangan semua fakta dan bukti berada didepan mata... Apa lagi yang dia mahu???...
Lepas tu, mulalah dia kata nak saman aku lah, nak buat itulah, buat inilah... Entah macam2 dia ugut aku supaya aku melihat semula kesnya...
Aku memang tidak boleh berbuat apa2 sebab kesemua perkara yang sepatutnya aku lakukan, telah pun aku laksanakan... Semuanya ada hitam putih... Kalau ikutkan, aku tidak perlu melayan karenah dia ni tapi atas dasar kemanusiaan dan prihatin terhadap setiap pelanggan, aku cuba untuk membantu sebaik mungkin... Tapi akhirnya, ini balasan yang aku terima...
Begitulah jika hawa nafsu melebihi segala-galanya... Sampai akal tidak dapat berfikir dengan baik!... Bila keinginan tidak diperolehi, mula lah memberontak...
Aku rasa sedih kerana pelanggan yang berhadapan dengan aku ini adalah orang Melayu... Bangsa aku sendiri... Dah tu, Islam pulak... Tapi dari cara dia, tidak sedikit pun menunjukkan dia seorang Islam yang sejati... Aku malu dengan perangainya yang bertindak membuta tuli...
Mood aku terus hilang bila kejadian ini berlaku... Terus aku balik ketempat duduk aku, kemaskan meja, tutup PC dan terus balik... Memandangkan semalam ialah hari Jumaat, dapatlah aku pulang kerumah lebih awal dari hari biasa... Tapi kaki aku tidak melangkah pulang sebaliknya ketempat lain...
Alamanda Putrajaya menjadi destinasi aku melepaskan segala perasaan dihati... Lewat pagi, baru aku pulang kerumah...
Friday, 2 May 2008
Baru-baru ini, aku terima satu berita yang amat menggembirakan hati aku... Entah kenapa, otakku ligat berfikir untuk merancang... Macam2 benda timbul dalam akal fikiranku... Itu; ini... Semuanya ingin aku lakukan dengan serta merta...
Aku tidak tahu sejauh mana kesahihan berita ini... Tapi jika ianya benar, aku rasa aku adalah salah seorang yang akan menerima keuntungannya...
"Ya Allah, adakah benar semua ini???... Makbulkanlah doaku Ya Allah...."
Saban hari aku menadah tangan memohon dariNya agar aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan halal serta kebahagiaan dalam kehidupanku... Sedikit demi sedikit, aku memperolehinya dan sehingga kini, aku tidak pernah berhenti dari memohon agar dikurniakan segala-galanya...
Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan aku yakin, semuanya tidak akan berhenti disini... Dia Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Pemurah... Jika Dia berkehendakkan begitu, maka akan jadilah begitu... Sebagai seorang manusia dan insan yang kerdil disisiNya, aku hanya mampu memohon dan menerima dengan hati yang redha ketentuan yang dikurniakan kepadaku...
Aku tumpang simpati, ada dikalangan rakan-rakan aku tidak senasib sepertiku... Tidak kurang juga ramai yang merungut dan mengeluh... Mengapa begini kehidupan yang mereka terima... Aku percaya, bukan Dia tidak kasihkan mereka semua... Cuma masa belum tiba... Insya Allah, jika kita sentiasa ingat akan Dia, maka sudah pasti ada habuannya...
Semua ini adalah sebahagian dari qada' dan qadar yang ditentukan olehNya... Kita sebagai hamba harus menerima dengan hati yang redha... Setiap yang berlaku, ada hikmahnya dan setiap kejadian itu ada sebabnya...
Doaku, semoga kita semua akan mendapat rahmat dan hidayah dariNya... Jangan berputus asa dan moga kita akan memperoleh keberkatan serta kebahagiaan, Insya Allah........
Thursday, 1 May 2008
Sempena Hari Buruh se-Malaysia hari ini, aku bercadang untuk tidak kemana-mana... Kali ini, aku ingin menghabiskan masaku bersantai dirumah... Dah lama aku tidak melakukan aktiviti2 peribadi bersama-sama dengan ahli keluarga aku...
Selalunya, bila tiba hari cuti umum, aku memang sibuk dengan program2 diluar... Ada saja member2 aku yang mengajak untuk kesana kesini... Aku pula, pantang diajak... Panjang saja langkah kaki mengikut mereka2 semua... Hehehe....
Rasa seronok bila duduk bersama mak dan adik beradik yang lain... Berbual dan bercerita tentang kisah masing... Kadang kala, kami tergelak berdekah dekah bila keluar cerita2 lucu... Alangkah bahagianya kami...
Bukan selalu aku dapat merasai semua ini... Orang sibuk seperti aku, jarang mempunyai masa... Kalau tak kerana kerja, aku perlu menghadiri kelas... Inilah satu2 nya peluang untuk aku meluangkan masa bersama mereka... Kalau aku cuti, yang lain pula tiada dirumah...
Bagi aku, tidak perlu untuk kemana-mana kalau ingin meluangkan masa bersama keluarga... Di rumah pun boleh... Aku rasa, aktiviti dirumah pun tidak kurang hebatnya jika dibandingkan aktiviti diluar... Bagi aku, jika kita mempunyai bajet lebih, eloklah bawa ahli keluarga berjalan... Sekali sekala, apa salahnya kan???...
Nota kaki: -
Tinggal 17 hari saja lagi untuk hari yang bersejarah itu... Setakat ini, tiada apa yang aku lakukan... Sempatkah aku untuk menyiapkan semua kelengkapan???...
Subscribe to:
Posts (Atom)