Tuesday, 1 April 2008

Buat semua pengunjung/pelawat/pembaca dan rakan2 aku disini... Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Photobucket
I'm back!...
Genap sebulan aku tidak mencoretkan apa2 disini... Aku lihat, bersawang teruk laman blog aku ni... Sepi tanpa entry terkini... Tapi aku tetap rasa bersyukur, walaupun laman blog aku tidak dikemaskini, masih ada rakan2 dan pelawat yang sudi menjenguk seketika... Aku ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi bertandang kesini... Seperti yang kalian sedia maklum, aku memang tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa2 didalam laman aku sejak kebelakangan ini... Memang sukar untuk aku meluangkan masa berceloteh lantaran kerja2 diatas meja pejabat berderet-deret menanti... Ada saja benda yang perlukan diselesaikan... Ditambah pula dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan... Aku rasa, jika kalian jadi diriku, kalian akan tahu apa yang aku maksudkan... Peristiwa suka, duka, sedih, gembira... Semuanya ada... Cuma apa yang tiada ialah kesempatan aku untuk bercerita dan meluahkannya kepada kalian... Sekarang, aku sudah kembali... Kembali menceriakan suasana disini... Kembali menulis dan menaip apa yang terkandung didalam hati... Kembali mencoretkan apa yang berlaku keatas diri dan insan sekeliling aku... Ramai yang bertanya, kemana aku menghilangkan diri... Sebenarnya, aku tidak kemana-mana... Aku masih tetap setia disini... Cuma aku 'hilang' di alam maya ini buat seketika... Itu sahaja... Insya Allah, jika diberikan kesempatan dan diizinkan olehNya, aku akan kongsi bersama perkara-perkara yang berlaku ketika aku tiada... Aku juga sudah lama tidak bertandang kerumah kalian semua... Insya Allah, bila tiba masanya, aku akan sampai.... Terima kasih kerana menjadi teman setia disini... Aku hargai dan semoga kalian semua sentiasa dirahmati olehNya setiap masa.... Wassalam

1 comment:

Doyok said...

akhirnya muncul gak ko eh? rindu bangat sih ngan coretan ko. pttla x singgah blog aku sekarang. hehehehe

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.