Tuesday, 22 January 2008

Aku tak tahu kenapa ramai orang sanggup menipu semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang lain... Itu tidak termasuk mereka-mereka yang menggunakan pelbagai taktik dan cara kotor demi kesenangan masing-masing... Persoalannya, apakah yang akan mereka perolehi kelak dan adakah semua ini akan menjamin kesenangan mereka di kemudian hari? Didalam pejabat aku, aku dapat lihat pelbagai jenis ragam manusia... Biasalah, makin besar sesuatu syarikat, maka makin banyaklah karenahnya... Ketua bahagian pun seolah-olah menjalankan tugas seperti "melepaskan batuk di tangga"... Permasalahan anak2 buah tidak diambil peduli... Kalau ada pun, cuma sedikit sahaja... Itu belum masuk masalah lapuk yang tidak selesai berkurun lamanya... Aku fikir2 semula, rasa bosan dan rimas dengan semua ini... Aku rindukan suasana dulu, pejabat yang lapang, kawan2 yang tidak ramai dalam satu tingkat, waktu kerja yang fleksibel dan sebagainya... Semenjak "diambil alih" ni, macam2 masalah timbul... Sistem kerja yang kelam kabut, perangai orang sekeliling, infrastruktur pejabat yang teruk dan lain-lain lagi... Semua ini adalah penyumbang kepada masalah dalaman yang aku hadapi setiap hari... Malah, makin teruk jadinya... Aku tidak pasti sama ada semua ini akan selesai ataupun tidak... Aku bukanlah jenis tidak boleh menerima perubahan atau pertukaran... Untuk pengetahuan, aku sudah 3 kali melalui proses penggabungan syarikat... Kesemua penggabungan ini bukanlah penggabungan mudah/simple... Semuanya melibatkan syarikat2 besar dalam negara... Aku memang yakin, tidak lama lagi syarikat aku akan bergabung dengan mana2 syarikat besar yang lain... Semuanya kerana ingin menyahut seruan kerajaan untuk menyatu padukan syarikat milik anak Malaysia menjadi satu; kukuh dan kuat supaya dapat bersaing dengan syarikat asing... Aku tidak kesah dengan semua ini cuma yang aku fikirkan, sesudah bergabung pun masalah belum selesai, bagaimana nak bergabung lagi? Tidakkah itu akan memburukkan lagi keadaan?... Tak apalah, aku cuma seorang pekerja yang hanya makan gaji sahaja... Semua keputusan bukan didalam tangan aku... Ini merupakan kerja2 pengurusan dan biarlah mereka memerah otak memikirkan jalan penyelesaian... Apa yang perlu aku lakukan ialah menyiapkan kerja2 aku sekadar mana yang termampu... Aku tidak mahu memikirkan tentang masalah yang bukan diciptakan oleh aku sendiri...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.