Jika benar dia ikhlas, akulah insan yang paling bahagia... Jika benar dia jujur, kita sudah lama kenal mesra...
tapi...
adakah dia begitu???... Aku sendiri tidak tahu...
Adakalanya, aku sendiri tertanya-tanya... Betulkah apa yang aku lakukan selama ini? Adakah dia ingin berkawan denganku... Kadang-kala aku rasa seperti orang asing bila berada dikalangan mereka... Terasa seperti diri ini tidak diperlukan...
Silap aku juga, siapa aku untuk berkenalan dan berkawan dengannya?... Tidakkah pelik bila aku tiba-tiba muncul dihadapannya dan ingin berkawan dengannya? Bagi sesetengah manusia, pasti merasakan seperti ada yang tidak kena...
Aku turuti kata hati, aku mulakan langkah dan menghampiri dirinya... Walaupun bukan kerap kami bersua, namun aku tetap dapat melihat kelibat dirinya dari jauh... Saban hari, perasaan ingin tahu dan mengenali dirinya semakin kuat...
Ahhh... Ada apa dengan perasaan?... Malas aku nak melayan...
Tapi, bukan setiap hari diriku tabah untuk menangkis perasaan itu... Ingin aku pergi dan berjumpa dengannya untuk berbual bicara walaupun seketika... Tapi apa pula katanya nanti?...
Tidak!!!... Aku tidak akan berbuat begitu... Biarlah aku pendamkan saja rasa dihati... Biar diri ini saja yang mengetahui apa sebenarnya... Aku tidak mahu melayan semua ini kerana jika aku teruskan juga, impaknya pasti besar didalam hidupku... Lagipun, aku sudah biasa begini... Mungkin ada waktu aku akan jadi tidak keruan, tapi itu bukan alasan untuk aku terus lemah dan tunduk dengan perasaanku sendiri...
Ku yakini, semua ini akan berakhir... Cuma apa yang perlu aku lakukan ialah menjauhkan diri dari dia... Aku perlu fokus dengan kehidupan aku sekarang... Banyak lagi yang perlu aku fikirkan dari perkara yang remeh-temeh sebegini...