Alhamdulillah, apa yang aku rancangkan semua berjalan lancar!
Penat memang penat; berkejar kesana kemari... Menyiapkan apa yang patut... Tepat pukul 12.00 tengahari, majlis harus bermula... Aku tak boleh delay lebih lama sebab aku dan budak2 lelaki yang lain akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat...
Waktu aku sampai pagi tadi, aku terkejut bila melihat satu tupperware berbungkus terletak diatas meja... Bila diamati, rupanya ada makanan didalamnya... Aku buka dan memeriksa apa isi kandungnya... "Wahh... rendang tok!..." Semestinya, cuma seorang aje yang akan memasak dan membawa rendang ini... Siapa lagi kalau one of my boss kat dalam department aku...
Aku letakkan bekas berisi rendang itu disatu sudut... Tidak lama kemudian, semakin banyak makanan diletakkan disekitarnya... Aku rasa sebelum ni ramai yang menyimpan makanan ditempat masing2 sebelum aku sampai ke pejabat... Well, I'm one of the organizer and basically, I'm the one who arrange for all these... Mungkin yang lain menanti arahan dari aku...
Ni Ketua "Jalan-Jalan" dan "Makan-Makan" aku... Hehehee...
Bila semuanya telah siap sedia, majlis diteruskan dengan aku sebagai pemula aturcara... As usual, I'll be the host for the day; menjemput dan memberi ucapan kepada semua tetamu yang hadir untuk majlis kali ini... Masing2 ceria dan gembira dengan mengenakan pakaian warna warni... Sesuai sangatlah dengan hari Jumaat...
Aku tengah bagi ucapan pembukaan majlis... Maklumlah, jadi MC... :)
Kawan2 sepejabat yang hadir... Kenapa diaorang gosok mata ye? Sedih ke???
Bacaan doa oleh Saudara Khalid... Pendek giler doa dia baca... Heheheee...
Aku rasa bersyukur kerana apa yang aku cuba lakukan mendapat sokongan dan galakan dari semua pihak... Aku risau, takut apa yang dirancangkan tidak menjadi... Lebih2 lagi bila jumlah staff dalam department aku semakin bertambah... Kalau dicongak, dekat 100 lebih!! Bayangkan bagaimana untuk mengumpul mereka dan menganjurkan sesuatu majlis? Sudah pastinya aku memerlukan ruang yang besar dan mendapatkan khidmat katering dari luar...
Wajah2 gembira dan ceria...
"Besttttt....", kata Kak Norma...
Tapi untuk kali ini, aku masih mampu untuk melakukannya sendiri, ditempat sendiri... Itupun diatas dasar dan kerjasama semua pihak... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua kawan2 aku disini kerana menyumbangkan idea, tenaga dan sumber2 lain bagi menjayakan majlis kali ini... Last year, aku dan rakan2 lain dapat menikmati pelbagai jenis juadah dan kali ini kemeriahan tetap diteruskan dan dikekalkan dengan cara dan pendekatan yang sama... Thanks and congrats to everyone!
Senduk, jangan tak senduk... Macam2 ada!!!!...
"Aku nak yang itu... Aku nak yang ini... Haaa... Yang itu sekali lah!..."
"Ni kita kena makan banyak ni.. Yang itu, sedap tu..."
Tujuan dan matlamat aku hanyalah satu; menyatukan kesemua rakan2 didalam department aku... Sebab tu aku sengaja buat 'potluck' agar semua dapat mengambil bahagian... Bagi yang dah lama kenal, kita rapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita dan bagi yang baru, inilah peluang untuk mereka mengenal antara satu sama lain... Of course, perbezaan tetap ada tetapi itu semua tidak menjadi masalah dan penghalang untuk kita bersama sama menikmati apa yang sepatutnya kita nikmati... Aku yakin, sampai satu ketika kita tidak akan merasai perbezaan tersebut, Insya Allah...
"MMmmmm... Sedapnya... Best, besttt... Takpe, Nona Roguy ada... Makan lebih sikit takpe.."
The Three Bosses - En. Haider (Head, Recoveries), Pn. Hanizah and my boss; En. Azlan...
Always ready... My big boss; Ms. Chin (right) with Ms. Goh and Ms. Ng
Sedap sangat sampai tak hengat orang dok ambik gambaq... :)
The Bosses again - Pn. Hanizah, my former boss Ms. Michelle and En. Haider
Ok, kalian lihatlah antara gambar2 yang sempat aku abadikan untuk tahun ini... Insya Allah, untuk tahun hadapan, aku akan menganjurkan majlis yang sama... Mungkin lebih meriah dari yang ini... Insya Allah...
Aku; pas habis makan Nasi Dagang... Yummy!
"Carik ape tu banggg..." Heheheheee... Sharum tengah memilih makanan
Aku tak tahu ape motif gambar ni... Tapi aku rasa unik gak!
Antara hidangan yang ada:- Pulut Manis oleh Kamariah... Very nice!
Kek Lapis Indonesia oleh Maria; immediate boss aku... "Sedap boss, next time bawak lagi... :)
Cheese Tart oleh Sukinah... Pun sedap gak!!!... Adehhh...
Haaa.. Yang ni favourite aku... Chocolate Moist Cake...
Sagu Gula Melaka oleh Alinur... Heheheeee... Ada rahsia disebalik hidangan ini... Heheheeee..
Nasi Dagang Special...
Lauk pauk untuk Nasi Dagang... Ikan dan Ayam
Ini dimasak khas untuk majlis ini... Spagetti Oysters oleh Razlin
Entah korang pernah makan ke tak... Ini Bamia dan French Loaf...
Kalau tengok tong tu, ramai yang tahu... Lontong "Wallla" oleh Johari... "Abg Joe, next time buat lagi ye... ;)
Lemang yang didatangkan khas dari Kg. Baru dan dipadankan dengan Rendang Tok oleh Pn. Hanizah... Sedap!!!
Hidangan ni memang favourite... Memang habis dulu... Licin licau lepas aku balik dari solat... Laksa Penang Special...
Close up ayam untuk Nasi Dagang....
Aksi tapau menapau (selepas jam 4.00 petang)...
Bungkus, jangan tak bungkus.... :)
"Muat ke plastik ni???..."
Inilah buktinya... Licin selicinnya... Eloklah pun, takde membazir... :)
Sempat lagi posing... Adehh....
"Nahhh... ni sape nak????"
Antara yang sempat dibungkus.. Eloklah, malam ni tak payah masak... Heheheee..
1 comment:
reez, raya dh lama abes. xmo update ke? :D
Post a Comment