Aku tak pahamlah dengan sesetengah orang ni...
Bila kita diberi tanggungjawab dan diamanahkan oleh orang lain untuk mewakili sesuatu, banyak yang menyalahgunakan kuasa dan 'authority' untuk tujuan dan kepentingan diri sendiri... Mengapa mesti begitu?
Ibarat kata orang tua-tua, jika kita disogok dengan wang berjuta ringgit, masing2 akan lupa saudara dan ahli keluarga... Abang tak mengaku adik, anak tak mengaku ibu bapa kerana gara2 dikaburi dengan kemewahan dan keselesaan...
Ya, itulah sifat semulajadi manusia, tamak haloba dan sentiasa pentingkan diri sendiri... Maafkan aku jika ada yang terasa atau tidak puas hati tapi begitulah dunia zaman sekarang... Begitu sedikit bilangan mereka yang amanah dan jujur dalam menjalani kehidupan...
Persoalannya, apa faedahnya jika kita lebihkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kepentingan orang lain yang sememang ada hak???
Pagi tadi, telinga aku berdesing bila ada rakan2 aku mengomel pasal 'seseorang' yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri... Yang aku tak boleh terima, bila dia menceritakan perihal 'seseorang' yang aku rasa memang tidak masuk akal... Sebagai seorang pendengar dan merupakan rakan kepada 'seseorang' itu, aku rasa panas la jugak... Apa yang pasti, imej aku turut tercalar disebabkan tindakan 'seseorang' itu telah membuatkan kami yang lain terpalit sama dalam 'masalah' yang dia cipta...
Adehhhh... Another case to tackle...
Aku memang dah syak dari awal cuma aku tak sangka lah perkara ini boleh jadi issue yang agak besar dan rumit... Pulak tu, sekarang aku dah tak boleh nak 'bernafas', tap tup... timbul lak issue lain...
Memandangkan aku dah tak larat nak melayan, aku dengar ajelah ngomelan kawan aku ni... Cuma apa yang aku boleh cakap kat dia, Insya Allah aku cuba selesaikan secara halus tanpa membabitkan orang lain...
Entah aku boleh selesaikan atau tidak, aku sendiri tidak pasti... I didn't promise her anything but I'll see what I can do with limited time and 'space'...
Monday, 3 September 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
manusia ni mmg begitu reez...walaupun kita pelik diaorg buat camtu tapi sebenarnya diaorang kekadang mmg tak rasepun dia buat salah,hehe...:)
Post a Comment