Memandangkan sekarang ni kita berada dalam bulan Ramadhan, ada banyak perkara yang menduga aku sepanjang hari berpuasa... Bila hari biasa, tak jadi pulak semua ni... Bila bulan puasa je, mesti ada benda yang berlaku yang mencabar kesabaran aku...
Namun, aku bersyukur sebab aku masih dapat mengawal emosi dan perasaan aku... Apa yang aku lakukan, aku buat tak tahu ajelah... Tak nak fikirkan sangat perkara yang remeh temeh... Sekurang kurangnya, aku tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa aku... Susah sebenarnya nak jaga diri dari terlibat dengan perkara yang tidak baik ni... Nak dapatkan puasa yang afdal pun bukannya senang... Aku tawakkal pada Allah agar amal ibadat aku diterima olehNya...
Sebenarnya, apa yang aku nak cerita bukanlah something serious... Cuma, aku rasa geram dengan Blogger layout yang aku pakai ni... Kalau kalian nak tahu, aku memang sengaja nak tukar layout sempena bulan Ramadhan ni... Konon2 nya nak ikut tema lah... Heheheheheeeeee... Habis semua laman web aku masuk untuk carik layout yang bersesuaian dengan tema yang aku pilih... And then, aku jumpalah satu dua design yang memang aku berkenan...
Dengan gumbiranya, aku pun downloadlah untuk dijadikan layout dengan harapan semuanya OK... But again, sangkaan aku meleset sebab bila aku download dan buat setting, layout tu cuma muncul untuk sekejap aje... Bila aku tutup dan buka blog aku dilain masa, all those graphics hilang! Cuma yang tinggal ialah background color dan entry aje... Gambar2 semua tak nak muncul...
Puas aku godek sana sini untuk adjust supaya gambar dan settings lain dapat dipaparkan seperti biasa tapi gagal... Sampai aku dah give up! And then, aku dah malas, terus tukar... Pakai layout yang satu lagi... Memula, OK... So, hati aku gumbira dan berbunga bila tengok layout ni...
Ingatkan, benda tu kekal lah... Rupanya, sama jugak! Hampehhhhhhhh....
Bila aku siasatan, rupanya2 banyak design yang aku download tu memang tak kekal lama... Cuma boleh pakai sekejap aje... And then all those graphics tu pun bukan aku host sendiri pakai Photobucket account aku... So, suka hati mak bapak owner tulah nak letak dalam internet ke tak... Kalau dia nak letak, adalah keluar layout yang aku ambil ni... Kalau tak, maknanya bogel ajelah blog aku tanpa graphic dan layout...
Tulah masalahnya kalau guna design yang orang lain buat... Script dan host semua dikawal oleh mereka... Kalau nak, kene buat script atau owner tu kena bagi original file supaya kita boleh hostkan sendiri untuk mengelakkan kejadian sama berulang ...
Aku nie mane la pandai buat scripting ni... Aku akui, aku memang buta IT... Kebanyakkan layout yang aku pakai sebelum ni pun semua aku sedut dari laman web yang menyediakan perkhidmatan 'template'... And of course, aku pakai yang PERCUMA punye je...
Sabar jelah.......
P/s:-
Rasa jeles dengan mereka2 yang mampu menghasilkan laman web dan blog yang cantik2! Semua ni membuatkan aku teringin nak belajar dan buat sendiri... Insya Allah, ade rezeki nanti aku akan tunaikan hajat aku... :)
Layout bercirikan keislaman. Aku paling suka sebab ade gambar Al-Quran kat tepi... Tapi tulah, sayangnya semua gambar tu tak nak keluar... Keluarpun cuma sekejap je!... Template ehsan dari Finalsense.com
Layout yang kedua aku guna selepas layout Al-Quran tidak boleh digunakan... Aku ingatkan, bila pakai yang ni, dah takde masalah... Rupanya sama gak!... Template ehsan dari Finalsense.com
0 comment:
Post a Comment