Entah kenapa tiba2 aje aku rasa sayu... Selepas solat Terawikh di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi, aku terus pulang semula ke pejabat; bersiap dan berkemas untuk pulang kerumah...
Aku tak sempat balik kerumah memandangkan banyak kerja2 yang perlu diselesaikan... Berbuka pun, ala kadar aje... Member yang lain sibuk menjamah makanan di restoran Chicken Hartz, Sunway... Ada juga dapat pelawaan tapi aku tolak kerana terasa malas nak pergi... Planning asal, ingat nak balik awal berbuka dirumah...
Bila berjalan pulang, mata aku melirik ke satu tempat duduk... Memang aku cukup kenal dengan tuan punya tempat itu... Kulihat dan kuperhatikan susun atur perkakas pejabat diatas mejanya... Bersih dan kemas... Dalam hati aku terdetik, "pasti dia seorang yang pembersih dan cermat..."
And then aku ternampak beberapa catatan yang tertulis diatas kalendar yang diletakkan bersebelahan dengan telefon... Hati aku tersentuh, begitu banyak aktivitinya dibulan Ramadhan ini... Bukan itu sahaja, hari2 biasa juga... Dan mata aku tertumpu pada catatan keagamaan yang diletakkan disitu...
Bila membacanya, aku terfikir... Begitu bagus peribadi sidia... Tidak seperti aku... Kurang sana sini... Aku sudah mula membuat perbandingan dan ternyata jauh seperti langit dan bumi! Adehhhhh.... "Apa yang sudah aku lakukan selama ini?? Masya Allah....." Persoalan seterusnya bermain di fikiran aku... "Jika dia begitu, adakah aku LAYAK berkawan dengannya??? Dia sungguh bagus jika nak dibandingkan dengan aku... Aku tidak punyai apa2........"
Entah berapa lama aku berdiri disamping mejanya sambil termenung kosong... Fikiran aku melayang entah kemana... Bermacam macam soalan yang keluar; kesemuanya tiada jawapan... Aku bingung seketika... Bingung memikirkan nasib aku kelak... Adakah aku akan terselamat dari ranjau kehidupan dunia dan akhirat???
Tatkala aku leka, telefon bimbit ku berbunyi... Mak sudah bertanya, bila ingin pulang kerana jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam... "Astaghrafirullahhh.... begitu jauh aku mengelamun.... Begitu asyik sekali"
Lantas aku terus beredar... Persoalan yang bermain difikiran tadi, aku tinggalkan tanpa sebarang jawapan...
Monday, 24 September 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comment:
reez suke die yek... huhu.. utk berkawan.. tak perlu kite melihat kekurangan pd diri... cukup saje kite lihat pada keihklasan yg ade.... klw ikhlas, org pun suke berkawan ngan kite.. kan kan... ;)
"Reez suke die yek..." <-- pepandai aje Diya ni... Tak delah...
Reez suke berkawan dengan dia... Dia seorang kawan yang baik... Bila Reez lihat dirinya, Reez jadi segan pula sebab peribadinya itu... Kadang2 kalau boleh tak nak jumpa dengan dia...
:)
Memang betul Diya, tapi sedikit sebyk, kita kene juga menilai diri sendiri dan sejauh mana kita berada... Adakah kita sudah berada ditahap yang sepatutnya???
Reez setuju bab keikhlasan... Cuma kita tidak tahu apa pesepsi orang terhadap kita... Itu menjadi satu tanda misteri dalam diri...
Thanks Diya!
Post a Comment