Wednesday, 29 August 2007

Adehh... Turun, naik... Sana, sini... Depan, belakang... Kiri, kanan... Aku dihurungi dengan kerja2 yang memang tak pernah habis... Tapi aku redha kerana itulah kehidupan aku selama ini... Bekerja dan terus bekerja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... Terukkan aku??? Today, aku kena attend satu meeting untuk majlis Jumaat depan... Quite big la jugak event tu... Banyak preparation yang nak kena buat... Aku pernah dan boleh handle big event cuma yang menjadi persoalannya ialah adakah aku mempunyai masa yang cukup untuk handle semua tu? Kehidupan kerjaya aku sekarang seolah olah tidak mengizinkan aku untuk melakukan aktiviti seperti dulu... Kadang kala, aku terpaksa mengorbankan masa untuk diri sendiri semata mata untuk menyelesaikan kerja yang tak pernah putus ini... Memang, kalau kawan baik aku, dah lama dah kena maki! "Buat ape jadi hamba kerja???" Itulah antara statement yang keluar dari mulut dia... Cakap memang le senang, cuma orang yang melalui saja yang merasainya... Dulu, aku selalu tegur orang pasal semua ni, tapi sekarang aku sendiri yang mengalaminya... Padan muka aku! Ternyata, bila kita melangkah kealam kerjaya, semuanya akan berubah... Baik diri kita mahupun kehidupan kita sehari hari... Kalau elok, maka berbahagialah... Tapi kalau sebaliknya, pasti akan merana sepanjang masa... And then, kalau tak kuat, tok sah le nak cari nahas... Tu yang ramai member aku quit dan join company lain... Gitulah kalau kerja makan gaji... Kena ikut rentaknya... Bila fikir2 balik, sampai bila? Setakat ini, aku masih lagi boleh bertahan... Cuma aku perasaan, muka aku dah cengkung sikit dan badan aku dah susut... Tengahari tadi, waktu lunch kat Mid Valley, aku saje timbang berat badan aku... "Huh !!!! Dah turun 5 kilo !!!!" Adehhhhhh.... parah, parah...... Tak boleh jadi nih...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.