Thursday, 30 August 2007

Aku selitkan entry ni buat tatapan semua... Aku tak tahu kenapa, sejak akhir2 ni aku amat tertarik dengan penyampaian iklan dikaca tv yang disiarkan setiap hari... Lebih2 lagi iklan yang berkaitan dengan kemerdekaan... Ada waktu, aku cukup tersentuh dengan isi kandungan dan mesej yang diketengahkan... Cukup mendalam maknanya! Ada yang sedih, ada yang gembira... Kadang2 aku tersenyum bila melihat telatah pelakon iklan tersebut (yang rata ratanya kanak kanak) dan ada waktu aku rasa sayu melihat apa yang dipaparkan... Hakikat kehidupan sebenar masyarakat didalam negara kita... Aku tak tahu pada kalian, tapi bagi aku iklan2 dibawah ni cukup bagus untuk dinilai dan harus diberi perhatian terutamanya pengajaran yang cuba disampaikan... Iklan 1:-
Iklan "Kasut Gombak"... Ni lah iklan merdeka yang pertama sekali yang pernah aku tengok.. Dan inilah pertama kali aku rasa best bila tengok iklan yang bertemakan kemerdekaan... Tahu kenape? Sebab karektor Vaneeda yang selamba tu... Tulah, buat ape nak malu dengan apa yang kita ada??? Iklan ni dihasilkan dan ditaja oleh Petronas
Iklan 2:-
Yang ni pulak, iklan tahun yang selepas tu... Oklah, jugak...
Iklan 3:-
Aku tak ingat iklan ni tahun berapa, tapi hakikatnya aku suka tengok iklan ni... Kelakar gak especially part rombongan pengantin terjun masuk dalam sungai bila diserang tebuan... Kah.. kah.. kah.. kah... Kesian...
Iklan 4:-
Iklan ini banyak memberikan kesedaran kepada kita secara tidak langsung... Hargai budaya dan paling penting, hargai RAKAN anda!
Iklan 5:-
Iklan paling cute yang pernah aku tengok! Selambe betul budak ni berlakon... Gayanya yang bersahaja membuatkan aku tak lepas pandang dari kaca TV... Paling best bila budak ni sendawa... Membuatkan aku tergelak besar!...
Iklan 6:-
Iklan ni bagus! Banyak mesej dan pengajaran yang ditampilkan... Aku cukup kagum melihat orang cacat yang mampu membina kerjaya dan kehidupan yang selesa... Bayangkan dia seorang cacat anggota mampu memiliki segalanya, bagaimana pula kita yang lengkap serba serbinya?? Fikir2kan... Ingat, "jalan mesti kedepan, bukannya kebelakang..."
Iklan 7:-
Kenape? Terkejut??? Itulah, "Malaysia, Truly Asia..." Heheheheheeeeeeee...
Iklan 8:-
Satu lagi iklan yang aku suka... Cute betul budak2 ni... Yang paling tak tahan bila dia orang sepeking English... Very the cute one!!!
Iklan 9:-
Aku tengok iklan ni, aku teringat masa aku kecik2 dulu... Kelakar sangat iklan ni... Cute! Cute2 pun, banyak pengajaran tu!! Cayalah Adibah Noor! Tabik springggggggg....
Iklan 10:-
Masa memula aku tengok iklan ni, aku ingat dia nak promo jenama kereta baru... Takde sikit pun nak cakap pasal merdeka sampaila kehujung iklan tu, baru tau... Ya, kenapa TIDAK??? :)
Gitulah antara iklan yang sempat aku cedok dari YouTube... Menarik gak bila dapat tengok iklan2 ni balik kan? Kalian suka iklan yang mane satu? Aku suka Iklan No. 6 sebab iklan tu banyak memberi kesedaran betapa bertuahnya aku... Orang lain mungkin kurang serba serbi tapi mampu berjaya dalam hidup masing2... Aku yang ada segala galanya sudah pasti boleh pergi lebih jauh! Bila diamati, banyak lagi faktor mengapa aku memilih iklan itu sebagai antara iklan terbaik yang pernah aku tengok... Thanks to Petronas kerana menghasilkan iklan ini... Ada banyak lagi iklan menarik yang ada tapi aku tak boleh nak letak semua kat sini... Nanti panjang berjela pula entry kali ini... Kalau kalian nak tengok, boleh lah lawat YouTube dan tengok dari situ....

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.