Tuesday, 31 July 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pagi tadi aku nyaris nyaris lambat sampai ke pejabat... Kalau semalam hujan lebat menyebabkan jalan sesak sedikit, tapi hari ini jalan masih juga sesak... Perjalanan yang sepatutnya lancar menyusuri Lebuhraya Mahameru menuju ke selatan tanahair berhadapan bangunan Parlimen terhenti... Kalau bergerak perlahan, masuk akal juga kerana banyak kenderaan beratur memasuki simpang menuju ke Jalan Semantan-Damansara... But today, memang aku terpaksa menekan pedal brek agak lama... Dalam hati tertanya tanya "ape yang berlaku dihadapan tu... ada accident kah???" Bila sampai saja kat checkpoint dimana traffic tersangkut tu, memang betul ada accident... 3 bijik kereta yang involve; Naza Citra, Inokom Atos dan Proton Saga... Yang teruk, Inokom Atos tulah... Habis bahagian depan tu remuk... Kereta Proton dan Citra tak teruk sangat... Aku suspect mesti Atos tu laju dan tak sempat nak brek lalu menghentam bahagian belakang Proton Saga tu... Apa yang aku geramkan ialah waktu aku sampai tu, ketiga tiga kenderaan yang terlibat sudah pun dialihkan ke lane kecemasan sebelah kiri... Tapi jalan masih lagi jam!! Aku dapat lihat, ramai pemandu memperlahankan kenderaan masing2 sebab nak tengok apa yang terjadi... Yang paling ketara lane yang sebelah kanan sekali (lane laju)... Tu pasal ler kereta belakang semua terpaksa berhenti... Lebuhraya tu pulak ada tiga lorong, sepatutnya tak jam langsung unless kalau ada extra ordinary accident atau road block... Orang Malaysia ni memang terlalu prihatin dan terlalu mengambil berat sangat... Sampaikan kalau ada accident yang dah diclearkan pun, masih lagi nak berhenti... Sepatutnya kalau dah duduk kat lorong laju tu, jalan ajelah... Jangan block jalan orang lain... Kalau nak tengok sangat, ikut lorong kiri atau tengah... Nasib baik aku sampai ngam ngam aje kat office... Masa masuk parking, aku rasa ramai yang seriau duduk depan dan belakang kereta aku... Macam F1 driver dah aku drive... Sorry ye, kalau aku terhegeh hegeh, lambat pulak punch in nanti! :)

1 comment:

Anonymous said...

biasa la kan, malaysian drivers. nampak layang2 pun boleh je derang slow kat lane laju. sabauuu jelah..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.