Aku cuba menceriakan hidup aku hari ni... Biasanya, bila tiba hari Isnin, ramai yang takde mood especially bila kena pergi kerja... Rasa macam nak tarik aje selimut sambung tidur balik... Betul tak??
A few things happen in my life today... Aku malas nak taip panjang2, cuma aku akan cuba ringkaskan...
Pepagi buta, aku dikejutkan dengan satu berita... Berita yang aku memang kalau boleh, tak nak dengar seumur hidup aku... Memandangkan kepoh satu department kawan2 aku semua dok bercerita (of course dengan pelbagai versi dan cara) masing2 tidak mahu melepaskan peluang menerangkan apa yang terjadi... Ada juga sekadar memasang telinga mendengar apa yang diluahkan...
Kawan satu office aku accident semalam!
Bagaimana keadaanya? Well, I would say, dia mesti trauma dengan apa yang berlaku... Kejadian berlaku kat highway PD-Seremban waktu petang ketika hujan lebat... Waktu tu dia dipercayai dalam perjalanan pulang dari bercuti di pantai Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur... Sewaktu kejadian, dia yang memandu dan kemalangan dipercayai berpunca dari angin lintang yang bertiup kencang melintasi lebuhraya tersebut...
Bagi pemandu yang berwaspada, mereka akan berhenti ketika angin lintang berlaku, tapi kawan aku ni tak... Mungkin dia tak perasan jaring angin lintang kat highway tu tengah naik...Waktu hujan lebat, mane nak nampak!... Pulak tu, dia tengah laju menyusuri jalan yang sememangnya lurus... Ape lagi, kereta Naza Citra yang dipandunya tu terus berpusing lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbalik beberapa kali...
Siapa yang terlibat?
Tiada kenderaan lain yang terlibat kerana memang dia skidded sendiri... Waktu kejadian tak banyak kereta yang lalu lalang disitu sebab keadaan cuaca yang tak berapa baik... Aku rasa terkejut dan sayu bila dapat tahu ramai ahli keluarga dia dalam kereta yang cedera... Satu family pergi bercuti; dalam satu kereta lak tu!
Husband dia meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seremban dipercayai pendarahan teruk dalam badan, anak yang sulung masuk ICU sebab kecedaraan teruk dikepala dan patah tulang rusuk, anak kedua pulak mengalami patah tangan dan tulang kaki manakala yang paling kecil sekali mengalami patah tulang kaki...
Apa yang membuatkan aku tak sanggup nak dengar ialah anak dia yang kecik tu... Kalau kalian nak tahu, anak bongsu dia tu kecil lagi.. Baru berapa tahun aje... Masa accident, semua mereka tercampak keluar dari kereta kecuali kawan aku ni aje yang tersangkut kat driver seat... Itu kerana dia memakai tali pinggang keledar dan aku suspect yang lain tu tak pakai... Masa orang ramai datang tolong, ramai yang rasa sedih sebab tengok anak kecik tu tengah meraung menahan kesakitan kat atas jalan...
Tu cerita sedih waktu pagi...
Dah tengahari sikit, department aku ada buat makan2 sempena perpindahan boss mat salleh aku tu... Dalam hati rasa gembira sebab dia nak berambus tapi aku akui ada gakla rasa sedih sebab kalau dia takde, susah lak kawan2 aku dan aku nak deal kalau ada big problem... So far, dia banyak membantu kami dalam hal2 macam ni walaupun kadang2 perangainya macam hampas! Tak suka, tak suka gak... Tapi aku perlukan dia sebenarnya...
Dia akan ditukarkan ke Perancis untuk menguruskan satu projek mega kat sana... Sekarang, yang menjadi persoalan ialah, siapa penggantinya???
Aku mintak2 janganlah orang yang lebih teruk menggantikan tempatnya... Kalau tak, naya aku dan kawan2 yang lain!
Waktu petang, aku dapat berita yang permohonan aku untuk sambung belajar dah diluluskan! Betapa girang dan seronoknya aku!!... Pasni, aku dah boleh siap2kan barang nak pergi 'sekolah'... Tak sabar rasanya aku nak masuk kelas... Kengkawan yang lain pun dah mula excited... Kelas akan bermula pada 28 Julai ni selama setahun setengah... Adehhh, nampaknye aku tak boleh la nak pi jalan2 mane2 lah dalam jangka masa ni... :)
Aku ingat lepas office hour, aku nak gie jogging... Dah lama dah tak exercise... Perut pun semakin lama semakin membuncit!... Asyik nak makan aje... Exercise takde langsung! Teruk betul aku ni... Tapi bila aku jenguk2 kat tingkap, hari macam gelap aje... Nak hujan kah??? Last2 cancel gie jogging, aku dan kawan2 melencong ke tempat lain lak! Kami singgah gie makan sate kajang kat area MRR II Gombak... Mane lagi kalau tak Sate Haji Samuri yang terkenal tu!...
Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya!... Apela aku ni... Heheheeheeeeeeee...
Sate Hj. Samuri yang best! Bebudak Msjbox suke makan sate kat sini... Heheheeee... :)
4 comment:
sedapnya makan satay kajang. bila nak lanje bro?????? x kan makan sorang2 jerk, x best ar g2!!!!!
pelangi mall belum bukak lagik. bila ntah nak rasmi.....
:D
Meh datang KL... Kalau gie sana, takut tak sempat... Belum sampai, sate dah abis.... Heheheeeeee...
Tak, makan ngan kawan2 tu...
:D
Al fatihah utk arwah dan tahziah utk family arwah reez.
oooo..senam mulut rupanya..hahaha..elokla gitu...kedepan la perut tu!
Thanks Kak Jie...
Ermmm.. Perut dah memang dah jalan kedepan dah kak... Dah nampak dah buncit ni... :D
Orang dah nak sumbat kita dengan makanan, takkan nak tolak kot?
Heheheeeeee.... :)
Post a Comment