Korang sedar tak, setiap hari korang menggunakan internet untuk update blog korang, surf dan sebagainya tapi pernah tak korang terfikir sejak bila benda ni wujud dan siapa yang bertanggungjawab mewujudkannya?
Well, aku memang curious dan nak tahu siapa pengasas internet dan siapa yang telah mencipta pelbagai perisian yang canggih2 sampai kita semua dapat guna dan menikmatinya... Selama ini, aku cuma tahu Bill Gates sorang aje... Yang lain tu, haram jadah aku tak tahu...
Memandangkan pagi ni aku rasa boring dan tak tahu nak buat apa (kononnye lah, padahal kerja belambak!), aku browse ler benda alah ni cari maklumat pasal diaorang... And supprisingly, aku dapat info2 ni.... Check it out...
Tim Berners Lee (mat salleh campur2 Cina kot) - pengasas World Wide Web (singkatan pada www)... Haaa.. korang asyik dok taip www kat address kat atas tu, dia nilah yang cipta... Korang gunalah software ape pun (Internet Explorer, Firefox, bla... bla.. blaa....) mesti kene key in perkataan ni dulu kalau nak masuk website... Kalau tak, takleh... So far, mane ade orang guna sss atau zzz or bbb... Heheheeeeee...
Yang ni pulak, gambar masa memula pasukan Microsoft ditubuhkan... Very the 60's punya orang kan? :)
Yang ni, gambar Steve Woznaik (duduk) dan Steve Jobs - sorang naik dan sorang lagi kerja.... Heheeheheeeee... Elok sangatla tu... Dia orang berdua ni kalau korang nak tahu merupakan pengasas produk APPLE... Ye, komputer canggih yang digunakan meluas sekarang... Biasenya designer dan orang yang kerja dengan graphic suke pakai komputer ni... And then platform yang digunakan biasanya Macintosh...
Ape yang menarik pasal APPLE ialah masa dedulu, dia orang ni bukan pakai nama APPLE... Dipendekkan cerita, masa dia orang nak letak nama syarikat dan brand dia orang, dia orang tak tahu nak letak nama apa... Biaselah tu, kalau bab nama nie kene letak betul2 sikit.. Kalau panjang sangat, orang susah nak sebut... Kalau pendek pulak, takde makna... So, dia orang berdua nie pun kerahlah staff2 dia orang untuk bagi idea nama ape nak letak... And then, masa pun singkat dan dia orang cuma ada tempoh sampai pukul 5 petang je... Kalau takde nama gak, mereka akan ambil ape saje nama yang terlintas difikiran untuk dijadikan brand dan nama syarikat...
Bila tempoh tamat, takde sorang pun yang suggest nama yang baik, so dia orang nie terpaksa akur keputusan yang dibuat awal2 tadi... Kebetulan salah sorang dari dia orang ni (aku tak tahu sape) tengah makan APPLE, tu terus dia orang ambik nama APPLE tu... Kelakarkan? Nasib baik dia orang tak makan cekodok waktu tu.... Kalau tak, tak pasal2 nama APPLE sekarang dah jadi CEKODOK computers! Muahahahahahaaaaaa...
Haaa... Yang ni aku nak kenalkan kat korang... Produk dari syarikat dia ni berlambak lambak kat dalam negara kita ni... Yang belah kiri tu Bill Hewlett dan yang kanan tu Dave Packard dari HP... Untuk pengetahuan kalian, nama HP tu singkatan untuk Hewlett Packard which comes from their "Surname/family name"... Yang kat belakang dia orang tu ialah garaj HP yang diaorang gunakan untuk mencipta produk mereka... Masa dia orang decide nak letak nama Hewlett Packard, ada dua opsyen.... Sama ada nak panggil Hewlett Packard atau nak panggil Packard Hewlett... So, dia orang ni undi baling duit syiling dan si Dave yang menang... Bila dia dah menang, sepatutnya nama Packard Hewlett diguna pakai, tapi tah macam mane tah, dia orang ambil Hewlett Packard sebab nama rasmi... Mungkin sebab Packard Hewlett tu tak sedap kot... Heheheheheeeeeeee...
Gambar kat atas ni ialah Ken Thompson (kiri) dan Dennis Ritchie (kanan) merupakan pengasas UNIX... Aku tak tahu nie sistem ape... Bebudak IT tahulah kot... Dari apa yang aku baca, UNIX nie ada kaitan dengan C Programming... Masa memula diasaskan, dia orang tak panggil C Programming... Dia orang panggil B program bersempena nama wife si Ken Thompson ni (Bonnie)... Pastu tukar, dia orang pakai lak nama "New B"... Last2 depa tukar lagi guna nama C... Ermmm.. Banyak betul tukar nama.... Esok lusa mungkin D, and then E, and then F, G, H, I, J, K dan seterusnya... Heheheheeeeeeee....
Mungkin ada sesetengah korang kenal mamat berdua ni... Dia orang berdua ni pernah keluar TV sebelum ni dalam dokumentari berkenaan dengan IT... Yang sebelah kiri tu Larry Page and yang kanan lak Sergey Brin... Depa berdua ni merupakan pengasas Google, salah satu laman cari yang terkenal didunia... Aku pun suke guna Google sebab screen dia simple dan tak semak... Kadang2 aku guna Yahoo! (kalau cari guna Google tak jumpa)...
Sejarah Google nie kelakar sikit... Sebelum nama Google nie digunakan, depa ni pi letak nama lain... Kalau aku sebut, sure korang gelak punyelah... Dedulu, dia orang guna nama 'Googol'... Hep.... Jangan gelak!... Heheheheheeeeeee... And then Googol bertukar nama masa si Sergey dan si Larry submit projek dia orang pada 'angel investor'; depa dapat cheque atas nama 'Google'... Terus sampai sekarang nama tu lekat... Semenggah ler sikit... :)
By the way, Google dicipta masa si Sergey dan Larry sedang belajar di Stanford University... Canggih kan? Budak sekolah pun boleh cipta benda macam ni sampai ianya boleh diguna pakai seluruh dunia... Boleh buat duit wooo!!!
Dua orang diatas ni merupakan pengasas dan pencipta INTEL... Korang tahu ke ape tu INTEL? Haa.. kalau nak tahu, dalam setiap PC ade satu komponen yang dipanggil processor... Benda ni wajib ada dalam setiap komputer sebab kalau takde, maka tak boleh pakai la komputer korang... Cam mane nak process data kalau takde processor?? Ibarat macam nak masakla, bahan2 ada tapi kalau dapur gas takde, macam mane nak masak???
Dalam market, ada macam2 jenis processor termasuklah jenama INTEL ni... Biasenya bila pakai sesuatu processor tu, dia akan labelkan kat luar PC tu... "INTEL Inside" la... AMD la... bla.. bla.. blaa... Korang pakai ape? Aku kat umah pakai INTEL Core2 Duo E6600... PC office aku kat office ni pun pakai INTEL, tapi Pentium4 aje... Bolehla tu... Gambar kat atas tu ialah Gordon Moore (kiri) dan Bob Noyce (kanan). Pada mulanya dia orang berdua ni nak letak nama 'Moore Noyce' (huh??! more noise??? - lagi bising??? heheheheeheeeee....) tapi memandangkan nama tu dah digunakan oleh orang lain, terpaksalah dia orang nie cari nama lain... Pastu, dia orang develop nama INTegrated ELectronics yang merupakan nama panjang bagi INTEL.... :) Kan lagi sedap dari nama Moore Noyce tu.... Heheheeheheeeeeee....
Yang gambar 4 sekawan ni merupakan pengasas dan pencipta SUN Microsystem... Mereka terdiri daripada Andreas Bechtolsheim, Bill Joy, Scott Mc Nealy dan Vinod Khosla dari Stanford University Network... Dia orang nie merupakan kawan baik dan masing2 mempunyai kebolehan yang tersendiri... Bila Andreas telah mencipta microcomputer, si Vinod nie telah mendapat satu idea untuk buat duit berdasarkan microcomputer ciptaan Andreas... So, mereka bekerjasama memaju dan membangunkan microcomputer ciptaan Andreas ni... Si Scott pulak telah menggunakan microcomputer ciptaan dia orang untuk dipasarkan sementara Bill telah mencipta UNIX-based OS (operating system) untuk komputer tersebut... Pandaikan dia orang ni buat duit???? :) Nama SUN digunakan bersempena nama universiti dia orang - Stanford University Network.
Yang ni merupakan pencipta Linux... Nama dia Linus Torvalds... Pada mulanya Linus merancangkan menggunakan nama 'Freax' yang membawa maksud free, freak and X (apesal la dia orang nie semua suke sangat nama pelik2??...) tapi dia takut nama tu terlalu menunjuk nunjuk sangat, so dia tukar pada yang lain... At last, dia pakai nama LINUX sempena nama dia dan X.. Kekononnya macam "X" factor lah....
Begitulah antara mereka2 yang bertanggungjawab mencipta dan memajukan dunia internet dan komputer ni... Aku rasa ade lagi pencipta yang lain cuma dia orang tak berapa terkenal... Aku masih lagi mencari siapa founder Adobe dan lain2 sebab dia orang ni memang banyak berjasa pada aku... Kerana diaorang lah, aku berpeluang mencipta, menaip, melukis, memposting dan sebagainya kat sini... Tanpa ciptaan mereka, tak mungkin aku mengetahui apa itu internet dan mustahil aku dapat berkomunikasi dengan korang semua...
Chowww.....
8 comment:
majoriti page www skrg dah x payah nk key in the three ws. i dont know about the old days, but it's much more convenient these days...
Really?
That is because ada HTTP infront kot... Tapi ada sesetengah website, you must key in www kalau nak access... Kalau tak, you will get "Page Cannot Be Displayed" error..
I'm not very sure coz I don't have IT background... Can't really explain why...
:)
Thanks for visitin my blog!
:
tanx 4 da info bro.. td p exm spa tuk kemasukan perkhidmatn awm gerd 41..soklan tnya saper pngasas google.. i main hentam... tgk2 btul jgk upenyr:)))
Me too..but my answer is wrong..huhu..i do know that the names sound familiar..herm..there goes i point for me..huhu
dear blogger,
thanks for the info bro
really interesting
i also took spa exam gred 41 and found the answer here! haha
"siapakah pengasas google"?
haha
hehe..thx for the info bro..i pun g exm SPA last saturday..tnye ttg pengasas Google...tp, i tak igt letak jawan ape...
hmm..pasrah je laa...
so pengasas sebenar internet ni tak diketahui lah yer....
bestnya blog awk ni...byk maklumat yg sya dpat psal pengasas internet kt sni tpi x berapa nk jelas la...
Post a Comment