Siapa aku nak menentukan semuanya?
Aku cuma ingin membantu... Membantu mereka2 yang memerlukan bantuan... Agar masalah dan kemusykilan yang melanda dapat diselesaikan dan diatasi... Bukan untuk menempah nama apatah lagi mengambil alih perkara2 yang bukan didalam bidang kuasa aku!
Kenapa mesti berfikiran begitu? Mengapa dan kenapa?
Aku tolong, dianggap aku ni suka menyibuk dan 'menjaga tepi kain orang'... Seolah olah aku ni dah takde kerja lain nak buat... Aku tak tolong, semua orang sibuk dok tanya aku itu dan ini... Nak rujuk pada pihak yang berwajib, lain yang ditanya, lain pulak yang dijawabnya... Lain yang disuruh buat, lain pulak yang dilakukannya...
Macam mana nak selesai kalau macam ni?
Terasa pedih bila orang memberitahu, "tak perlulah nak pening2 kepala dan susah2 uruskan semua perkara ini... Awak cuma perlu hadirkan diri saja, biar 'kami' uruskan semuanya"....
Hah!! Nak uruskan semua? Macam mana nak uruskan perkara yang kau sendiri tak pasti apa hujung pangkalnya? Apa kes??? Lain yang orang suruh buat, lain pulak yang kau buat... Tonggang terbalik jadinya... Aku ni nak senang cerita, tak nak esok lusa masalah itu dan ini timbul... Aku tahu batas2 aku dan sememangnya aku tidak punyai banyak masa nak melayan benda remeh temeh macam ni...
Kesian pada kawan2 aku... Kalau dulu, semuanya berjalan lancar... Tapi sekarang, tah macam ape tah... I wish I could help them but looking at the current condition, there is no way for me to lend my hand... Seriously, I wish I could...
Dan memandangkan 'mereka' tu lebih bijak, lebih bagus, lebih arif dan sebagainya, aku membuat keputusan untuk berdiam diri saja... Selepas ni, aku tidak mahu berbuat apa2 kerana lagi aku tolong, lagi hebat tamparan yang bakal aku terima... So, pandai2 la dia orang uruskan sendiri...
Pada kawan2 aku, aku minta ampun dan maaf... Cukupla setakat disini apa yang aku cuba lakukan untuk kalian... Harap kalian semua memahami situasi aku... Maafkan aku diatas tindakan drastik ini... Aku berharap, apa yang aku cuba lakukan dalam 2 - 3 hari ini banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kalian... Jangan khuatir sebab 'mereka' pasti akan menyelesaikan segala masalah yang ada...
Kita jumpa hari Sabtu depan, 28 Julai 2007!! :(
Wednesday, 18 July 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comment:
ermmm... :( sabar la ek reez.. tenyum skett.....
kekadang susah nak puaskan hati semua org reez, jgnla paksa diri sendiri...cukupla mana yg kita termampu...sbb kekadang paa yg kita buat jarang dihargai org lain...:)
moga Allah permudahkan sgala urusan reez...
Jangan lah macam tu Wan. CSC tu bukan boleh harap sangat. Kalau nak tunggu depa, sampai kucing bertanduk pun tak selesai masaalah. I can always count on you............
Reez-->Umie:-
Thanks Mie... Nie tengah senyum nie... :D
Reez-->Acai:-
Reez tak puaskan hati semua Cai kerana apa yang Reez buat akan memberi kebaikan pd diri Reez dikemudian hari...
Reez tak sangka bila Reez buat macam ni, lain pulak jadinya... Kononnye dapat menyelesaikan masalah dan membuatkan semua orang gembira...
Memang betul ape yang Acai cakap.. Mmg susah nak puaskan hati semua orang dan sememangnya skarang orang jarang menghargai apa yang kita dah buat...
Reez serahkan pada Allah SWT untuk mengadilinya... Thanks Cai!
Reez-->Diya:-
Amin... Terima kasih Diya! :D
Reez-->"Your Friend At Level 12":-
Ehem.. ehemm... Macam ku kenal siapa ini orang... Heheheeee...
Anyway, jangan salah anggap... Saya tak pernah pernah berkira bila menolong orang... Apatah lagi bab2 IT kat company kita ni...
Paham sangat masalah kalian kat sini... Cuma entry ni ditulis khas buat mereka2 yang tak mengerti apa yang cuba saya lakukan...
Semoga kwn2 semua paham apa yang saya maksudkan... Kalau ada masalah, panggil2 la lagi ye... :D
Post a Comment