Huarrrrrgggghhhhhh !!!!
Untuk kesekian kalinya, akhirnya rosak jugak rekod aku! Aku harapkan aku boleh maintain sampai bila2 tapi kali ini, no excuse... Aku terpaksa jugak korbankan... Sedihnyaaaa.... :(
Selama 7 tahun berturut turut aku tak pernah ponteng atau MC bila bekerja, hari ini aku terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi... AKU SAKIT MATA!! Adehhh.... Kalau setakat demam atau batuk, masih OK lagi... Aku masih boleh bekerja... Memang kalau pergi klinik, doktor takkan bagi MC kat aku sebab dia tahu aku kuat dan boleh bekerja macam biasa... Tapi kalau dah kena sakit mata, aku 'diwajibkan' untuk balik kerumah... Kawan2 aku semua halau aku balik, sebab takut nanti berjangkit...
Dengan berat hati, kaki melangkah keluar dari ruang pejabat... Aku drive, terus balik kerumah... Dalam perjalanan, aku terfikir... Dah lama dah dalam HR record aku tak pernah ada MC atau EL (Emergency Leave), semuanya Annual Leave aje... Kalau dalam report card, kira semuanya tanda dengan pen kaler biru... Hari ni, punyelah slack, ada pulak MC... Adehhh... Geram!!!!!
Masa gie check doktor, aku tertarik dengan satu statement yang dia buat, "ini virus ha, dia takkan MELAYANG kepada orang lain..." Aku tersenyum sendirian bila teringat kata2 doktor tadi... Walau bagaimanapun, doktor yang dah separuh abad tu melayan aku dengan baik... Aku solute dia sebab walaupun dia Cina, namum dia tak pernah sepeking English ngan aku... Not even one word! Aku lak yang gie sepeking dengan dia... Rasa malu lak... :)
P/s:
Cepat ler baik sakit mata ni... Entah dari sapa tah jangkit kat aku....
Antara 'dadah' yang diberikan kepada aku... Nak baik punye pasal, kenelah makan/pakai :)
3 comment:
get well soon k ;)
semoga cepat sembuh reez
Reez --> Darwina (Aniwrad):-
Thanks Na... Ni tengah berusaha untuk sembuh la ni... Hehheeeee..
Reez --> KhaL:-
Thanks KhaL... :)
Post a Comment