Tuesday, 31 July 2007

Untuk bacaan ringan... Saje buat korang tergelak/tersenyum hari ini... :) A British airways flight was going to Teheran from London . When it getsvclose to Teheran it starts having some kind of trouble. The pilot contacts the air tower at Teheran airport and asks for help: "Teheran, this is Captain Smith, British Airways flight 000, do you read?" "Flight 000, dis iz tehran Felight Contorol, go ahead" "Teheran, this is Flight 000, we have a problem" "Dis iz Tehran, vat kind of peroblem?" "This is Flight 000, we have lost power to our engines, please respond" "Dis iz Tehran, I reed you, peleez check some things for me, ok?" "This is Flight 000, go ahead" "Dis iz Tehran, can you get emergency power to your engines?" "This is Flight 000, negative, no power is available" "Dis iz Tehran, can you peleez bering your altitude to 20,000 feet?" "This is Flight 000, negative, our wing controls do not respond" "Dis iz Tehran, can you peleez see if you can lower your veels?" "This is Flight 000, negative, landing gears are stuck" "Dis iz Tehran, would you peleez repeet thez words after me" "This is Flight 000, go ahead" "Dis iz Tehran, repeat thez words peleez: Ashado ala elahailallah wa ashado an Mohammadan rasul Allah" Sumber asal : Tidak diketahui (E-mail)
Aku dapat tag nie dari Kak Kujie beberapa hari yang lepas... Aiyakk... Rasanya bukan beberapa hari yang lepas... Quite sometimes gak Kak Kujie signal kat aku soh jawab, aku aje yang tak jawab2 sampai ler ke hari ini... Sorry Kak Jie, meja opis Reez nie 'kebanjiran' dengan fail2 yang 'mengangak' minta diberi perhatian... La ni, time waktu makan baru ade masa sikit nak jawab... 6 Perkara Luar Biasa Tentang Diri Aku...

  1. Suka baca majalah atau surat khabar bermula dari muka surat belakang. Entah, aku suka tengok bahagian sukan (kalau newspaper) dulu baru baca berita/cerita yang lain... Pastu aku suka sangat tengok gambo... Paling suka gambar yang ade nilai2 estetika... Heheheeeee...
  2. Suka jalan sorang sorang bila pergi shopping complex atau tengok wayang. Aku rasa aman dan tenang bila takde orang ikut aku especially bila nak beli barang... Aku ni tak cerewet bila membeli tapi most of the time aku akan spent masa yang lama untuk membeli... Entah, aku suka perhati barang dan suka fikir sebelum aku membayar... :)
  3. Benci pada perokok TAPI TIDAK KESAH berkawan dan berada dekat dengan orang yang hisap rokok. Entah, aku memang tak berkenan dengan orang hisap rokok, tapi kalau aku duduk tempat yang smoking area atau dekat dengan orang yang hisap rokok, aku rasa OK aje.. Apesal yek? Ade yang tak kena ke dengan deria bau aku??
  4. Bukan seorang yang suka kepada angka dan pengiraan TAPI aku kerja dibidang tu... Entah macam mane tah, sampai sekarang aku involve dengan angka... Hari2 dok mengira dan bermain dengan angka... Padahal, masa sekolah dulu, subjek Matematik la paling lemah... Tapi bila periksa, lulus pulak... Pernah gak score... Macam mane pulak tu yek?
  5. Tak minum minuman bergula diwaktu pagi dan makan nasi berlauk untuk sarapan... Sejak dari kecik, aku memang tak minum air kopi atau teh yang mak aku buat... Kalau kat luar pun, aku tak minum kecuali kalau orang hidang... Aku biasa minum air kosong aje... Every morning, satu tabung besar tu aku boleh habiskan... Rasa cam sedap pulak... Heheheeeeee... Pastu, kalau sarapan, aku memang bawak bekal dari rumah... Mak aku rajin bekalkan aku dengan nasi berlauk... Selalu kita dengar, orang Kelantan aje yang makan nasik berlauk ni... Tapi dia orang makan ngan ikan tongkol dsb, macam aku ape saje lauk yang ade aku bedal...
  6. Tak pernah keluar rumah/tinggalkan rumah jika bilik tidur tak berkemas... Setengah orang peduli hape, tapi tak bagi aku... Kalau aku buat jugak, aku rasa tak senang hati... Ape2 pun, aku mesti nak kemas bilik aku sebelum aku keluar dari rumah...

Gitulah antara perkara luar biasa tentang diri aku... Rasanya, ada gak yang korang rasa biasa aje... Mungkin satu dua tu sama macam korang...

Inilah aku... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pagi tadi aku nyaris nyaris lambat sampai ke pejabat... Kalau semalam hujan lebat menyebabkan jalan sesak sedikit, tapi hari ini jalan masih juga sesak... Perjalanan yang sepatutnya lancar menyusuri Lebuhraya Mahameru menuju ke selatan tanahair berhadapan bangunan Parlimen terhenti... Kalau bergerak perlahan, masuk akal juga kerana banyak kenderaan beratur memasuki simpang menuju ke Jalan Semantan-Damansara... But today, memang aku terpaksa menekan pedal brek agak lama... Dalam hati tertanya tanya "ape yang berlaku dihadapan tu... ada accident kah???" Bila sampai saja kat checkpoint dimana traffic tersangkut tu, memang betul ada accident... 3 bijik kereta yang involve; Naza Citra, Inokom Atos dan Proton Saga... Yang teruk, Inokom Atos tulah... Habis bahagian depan tu remuk... Kereta Proton dan Citra tak teruk sangat... Aku suspect mesti Atos tu laju dan tak sempat nak brek lalu menghentam bahagian belakang Proton Saga tu... Apa yang aku geramkan ialah waktu aku sampai tu, ketiga tiga kenderaan yang terlibat sudah pun dialihkan ke lane kecemasan sebelah kiri... Tapi jalan masih lagi jam!! Aku dapat lihat, ramai pemandu memperlahankan kenderaan masing2 sebab nak tengok apa yang terjadi... Yang paling ketara lane yang sebelah kanan sekali (lane laju)... Tu pasal ler kereta belakang semua terpaksa berhenti... Lebuhraya tu pulak ada tiga lorong, sepatutnya tak jam langsung unless kalau ada extra ordinary accident atau road block... Orang Malaysia ni memang terlalu prihatin dan terlalu mengambil berat sangat... Sampaikan kalau ada accident yang dah diclearkan pun, masih lagi nak berhenti... Sepatutnya kalau dah duduk kat lorong laju tu, jalan ajelah... Jangan block jalan orang lain... Kalau nak tengok sangat, ikut lorong kiri atau tengah... Nasib baik aku sampai ngam ngam aje kat office... Masa masuk parking, aku rasa ramai yang seriau duduk depan dan belakang kereta aku... Macam F1 driver dah aku drive... Sorry ye, kalau aku terhegeh hegeh, lambat pulak punch in nanti! :)

Monday, 30 July 2007

Pagi tadi masa aku nak gerak dari rumah ke pejabat, awan hitam berarak menutupi langit cerah waktu pagi dikawasan rumah aku... "Ermmm... hari nak hujan lebat ni", mak aku menyapa ketika aku hendak masuk kedalam kereta... "Bawak kereta baik - baik Wan... Kalau tak nampak, berhenti dulu... Biar hujan reda sikit baru jalan balik!", mak aku berkata lagi... Hatiku tersentuh... Begitu sayang dia kepada anak bujang dia yang seorang ini... Satu senyuman terukir diwajahku... Sebelum pedal minyak ditekan, aku sempat melambai kearah ibuku yang begitu setia menanti didepan daun pintu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memang lebat giler hujan pagi tadi... Sampaikan banyak kenderaan terpaksa bergerak perlahan... Masing2 mengesot esot menyusuri Jalan Pahang menuju ke Lebuhraya Mahameru... Seperti biasa, jumlah kereta yang memasuki jalan utama ini tidak pernah susut... Apatah lagi, hari ini ialah hari pertama minggu bekerja untuk warga kota... Tahap kesesakan memang seperti yang dijangkakan... Aku pun dah tak heran dan dah biasa dengan keadaan begini... Cuma apa yang aku risaukan, bila hujan lebat, keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk... Alhamdulillah, aku sampai juga dipejabat dengan selamat... Walaupun terlewat beberapa minit dari waktu yang biasa, aku tetap sampai... Syukur... Di pejabat, aku dapat lihat wajah rakan rakanku... Mereka tersenyum bila aku berjalan melepasi tempat duduk mereka sekaligus menyangkal bahawa pagi Isnin adalah pagi yang membosankan... Aku tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan pagi Isnin adalah pagi yang tidak seronok atau membosankan kerana bagi aku, setiap pagi adalah hari baru yang amat menyeronokkan... Walaupun diluar sana, cuaca seperti tidak sependapat denganku, aku tetap akan mengharungi kehidupan hari ini dengan penuh semangat! Salam hari Isnin buat semua pembaca...

Sunday, 29 July 2007

Biarkanlah... Aku yakin, dia pasti sedang berbahagia sekarang... Menikmati setiap kejayaan yang dikecapinya... Sebagai salah seorang kenalannya, aku tumpang gembira... Aku berdoa semoga dia akan terus berjaya didalam lapangan yang diceburinya... Dan aku juga berdoa serta berharap agar dia sentiasa gembira menjalani kehidupan seharian bersama keluarga dan kenalannya yang lain... Terima kasih untuk segala galanya... Akanku simpan segala kenangan didalam kotak memoriku ini... Biar ia menjadi satu Kenangan Yang Terindah selama lamanya...

Friday, 27 July 2007

SECARA mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila: 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor, GangStarz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?... Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya. 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. 15) Membiarkan anak-anak serta isteri mewarnakan rambut dengan warna merah yang bukan warna asal kurniaan Allah. dipetik dari zaharuddin.net

Thursday, 26 July 2007

"Tak padan dengan diri, dah cacat tu buatlah cara orang cacat !!!" Aku tengah leka2 buat kerja, terus tersentap dengan statement akak yang duduk depan aku ni... Terkejut dan tak sangka dia akan cakap macam tu... Seingat aku, selama aku kenal akak ni dia tak pernah marah2 apatah lagi mengeluarkan kata2 kasar sebegitu... Aku paham, tempat kerja dan bahagian aku nie memang penuh dengan dugaan dan tekanan... Pulak tu nak kena layan karenah pelanggan yang bermacam macam... Jauh disudut hati, aku kesian dengan pelanggan tu, tapi aku tidak boleh membuat andaian secara melulu... Mungkin ada perkara yang berlaku diantara kawan aku ni dengan pelanggan tersebut yang telah membuatkan dia mengeluarkan kata2 tadi... Tak tumbuh, tak melata... Tak sungguh, orang tak kata... Bila aku siasat,rupanya pelanggan ni pun satu... Bukan syarikat aku tak nak bayar tuntutan yang dia buat; kes telahpun diselesaikan... Cek dah ditulis cuma nak tunggu tandatangan dari big boss aje... Kawan aku ni pun dah pesan awal2, jangan susah2 datang kepejabat aku ni sebab rumah dia jauh... Nun kat Kuala Pilah sana.. Dia degil, nak datang gak kepejabat aku ni... Katanya nak jumpa dengan orang yang tolong setelkan kes dia... Dalam telefon memang lemah lembut orangnya... Gaya percakapan memang penuh dengan budi bahasa... Tapi bila dah sampai sini, nah kau! Habis perangai sebenar ditunjuknya... Aku pun pelik, ada gak orang macam ni ye?? "Saya dah ada kat bawah ni! Saya nak cek tu sekarang jugak!!!" tempik pelanggan tu pada kawan aku ni... Apa lagi, tercengang dan terpinga pingalah kawan aku tu... "Cik, kenapa cik datang kesini? Kan saya dah pesan, nanti kalau cek dah siap, saya akan telefon Cik??... Cek tu tidak ada ditangan saya dan saya tak boleh beri pada Cik sekarang..." balas kawanku dengan lemah lembut... Intention nya, tidak mahu mengeruhkan keadaan dan bergaduh dengan pelanggan dalam telefon... "Apa???!!!!! Saya tak peduli... Saya nak cek tu sekarang jugak!!!!!!!! Susah susah saya datang dari jauh!!!... Awak turun sekarang, saya nak jumpa awak!!", gertak pelanggan tu... Suaranya semakin bengis... Explain punya explain (sampai merah padam muka kawan aku menahan marah), terpaksalah dia turun jumpa dengan pelanggan yang degil ni... Berangkutla segala fail yang telah diproses... Aku cuma pandang ajelah walaupun dalam hati, aku rasa simpati sebab kawan aku kena hadapi semua ini... Lama gak dia ada kat bawah... Entah macam mane lepas tu, kawan aku naik semula dan balik ke tempat duduknya... Sempat gak dia bercerita apa berlaku dibawah tu... Pelanggan tu siap bawak bodyguard... Agaknya, kalau kawan aku nie tak serahkan cek yang diminta, mahu kene belasah kot dengan bodyguard2 ni... Dulu2, benda macam ni memang selalu terjadi... Bab kena ugut, kene intip, diekori dan sebagainya memang selalu terjadi... Sampai ramai kawan2 aku yang kerja dibidang ni berhenti kerja atau bertukar department kerana terlalu takut untuk berhadapan dengan semua ni... Tapi sekarang, dah takde sebab pihak berkuasa memang sentiasa bekerjasama membendung gejala gangster macam ni... Risiko tu tetap ada, tapi apa boleh buat... Inilah sumber rezeki aku dan kengkawan yang lain... Aku serahkan segala galanya pada Allah SWT dan moga2 aku dan kawan2 dilindungi sentiasa...

Wednesday, 25 July 2007

Yea yea... Aku akan kembali ke sekolah tidak lama lagi... Dah dekat setahun dah aku tinggalkan sekolah aku... Hampir hampir berkarat dah otak ni... Entah ingat lagi ke tak subjek yang aku dah belajar dulu... Kena cari dan bukak baliklah buku2 lama... Refresh balik memori dan pelajaran yang lepas... Kalau tak buat kang, melopong la aku bila masuk kelas nanti... Malam tadi, aku sibuk dok selongkar laci meja belajar kat umah... Punggah segala isi perut laci tu, cari balik kotak pensel dan segala alat tulis... Heheheeeeee... Cam budak sekolah rendah lak aku ni yea? Aku rindu zaman sekolah dulu... Dah tua bangka ni, baru terasa bahawa zaman sekolah ler zaman yang paling best! Zaman tengah nakal... Usik sana, usik sini... Berlari dan berkejar kejaran kat padang sekolah... Main permainan yang macam2... Rasa rindu sangat saat itu... La ni nak masuk sekolah, tapi takla macam sekolah masa kecik2 dulu... Ni sekolah untuk orang dewasa... Jadi, lainlah suasana nya... Tapi tetap seronok sebab dapat jumpa kawan2 dan belajar benda baru... Tu yang penting... Sat lagi nak pi kedai buku... Nak cari buku catatan dan nota... Excited sungguh, tak sabar rasanya nak mula belajar... Aku sudah BERSEDIA !!!...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Salah satu tempat kegemaran aku... Kedai buku dan alatulis... Heheheeee...

Tuesday, 24 July 2007

Rasa bersyukur sangat sebab dengan adanya teknologi yang serba canggih sekarang, aku dapat menikmati pelbagai benda... Semuanya memudahkan urusan harian aku... Sekarang, aku rasa happy sebab aku dah boleh access e-mail pejabat (yang dari PC office aku tu) kat rumah... Office aku dah mula guna Remote Access dimana user dalam company aku boleh mengakses e-mail dan data masing2 diluar kawasan pejabat; kat umah, kat cybercafe, kat umah kawan2 atau ahli keluarga dan sebagainya... Syaratnya cuma simple, kena ada PC dan internet connection... Tu ajelah...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa memula nak log on... System tengah check for security and threats... Ketat betul features nya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Beginilah rupe nya Remote Access portal tu.. Ade tiga option kat situ, just ketik aje mane satu aku nak pakai.. :)
Kalau dulu, aku nak semak e-mail dari client dan sebagainya, aku kena datang office untuk log on dan check, tapi sekarang dah tak payah dah! Dari laptop aku ni, aku boleh terus masuk dan akses aje... Begitu senang sekali... Malah, aku boleh apply cuti secara online, cetak penyata gaji aku, beli saham, submit claim dan sebagainya menggunakan portal yang sama... So, kalau aku EL (Emergency Leave) atau MC, just log on dan apply ajelah dari rumah... Tak perlu susah2 nak telefon atau pergi office untuk apply... Kalau dulu, leceh... Kena isi form pastu hantar secara manual pada boss... Very the ketinggalan zaman one!!!...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Beginilah rupe nya e-mail aku bila akses dari luar.. Hehehee... Banyakkan e-mail yang aku dapat??? ;)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
E eh... Bila click kat 'To Do' list, aku tersentak kejap... Banyaknye keje aku yang tak siap lagi!!
Company aku engage Citrix dan pakai MetaFrame Presentation Server Application as platform bila nak access to the portal... Jangan tanya aku Citrix dan MetaFrame tu ape... Haram jadah aku tak tahu!... Hanya orang2 IT aje yang tahu ape ke benda tu... Aku tahu pakai aje... Masa memula nak pakai tu, aku tak boleh establish connection sebab some security feature kat laptop aku dah di 'disable'kan... Nasib baik aku pandai godek2 sana sini, terus pastu leh masuk... Suke nya aku!!!!! :D
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ni rupa MyPortal aku... Dari sini, aku boleh akses personal data, apply cuti, print slip gaji dan sebagainya... Disamping itu, ada juga link yang lain yang aku rasa berguna dan menarik!
Sambil2 tu, aku boleh sambung belajar secara maya... Ade satu lagi module kat dalam tu yang dicipta khas untuk staff... Kalau sebelum ni orang pi kursus kena keluar dari office, tapi kat office aku ni ade dua pilihan... Nak keluar pun boleh (classroom course) atau nak duduk aje kat tempat duduk buat course tu secara maya (online course)... Kalau rasa2 malas tu, boleh pilih online course ni... Belajar secara interactive... Seronok kan?
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Inilah sekolah 'maya' aku... Dari sini, aku boleh mengikuti kursus tanpa menghadirkan diri dalam kelas...
Setakat tulah kecanggihan office aku ni... Aku rasa takde lah canggih mane pun kalau nak dibandingkan dengan company lain... Entah software ape tah dia orang guna skarang... Kalau nak buat perbandingan dalam dunia IT, memang tak terkejar!!... Setiap hari, pasti ada benda baru yang dicipta... :)
Kadangkala, tak semua benda boleh kita miliki... Dan tidak semua perkara kita boleh lakukan.... Adakalanya, kita kena berkorban dan melepaskan apa yang kita ada demi untuk mencapai apa yang diinginkan... Amat sukar bila kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat keputusan... Silap langkah, pasti meranalah diri... Ada beberapa perkara yang aku inginkan dalam hidup ini, namun aku tak pasti sama ada aku mampu memperolehinya atau tidak... Bila dilihat dengan mata kasar dan ditafsir dengan akal fikiran yang waras, memang mustahil untuk aku memperolehinya... Kenapa ya? Adakah disebabkan aku kurang yakin dengan diriku sendiri atau sememangnya perkara tu memang mustahil untuk aku capai?... Memang benar, setiap diantara kita ada limit dimana setakat itulah yang mampu kita lakukan... Tapi bagi aku, limit tu masih lagi kabur; maksudnya aku yakin yang aku boleh pergi lebih jauh... Entahlah, aku tidak mahu membebankan kepala otak aku ini dengan perkara yang sukar untuk dicapai... Walaupun angan2 tu ada, aku harus lupakan seketika... Bila tiba masanya nanti, akanku fikirkan semula... Jika terdaya, Insya Allah akan terlaksana juga... :)
Alhamdulillah.... Rezeki aku murah lagi... Kalau sebelum ni ada orang bagi buah mangga kat aku, tadi aku dapat buat rambutan pulak! Heheheheeeeeee... Yelah, nak rasa buah rambutan yang aku tanam sendiri, memang takde lah... Pokok rambutan kat umah aku pun dah botak kene tebang... Jadi, kalau nak makan rambutan, kene gi beli lah... Thanks to Kak Pijah sebab bawak rambutan yang banyak ke office... At least, kalau takde benda nak kunyah, buah ni ada... Aku simpati dengan abg kau, kak... Kesian dia... Sampai jatuh dari pokok semata mata nak petik buah ni untuk kita orang!... Kenape tak ngarit aje dari bawah??? Anyway, thank you bery much la yek!! :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, 23 July 2007

Memang sudah menjadi lumrah alam... Yang cantik pasti akan dipuja dan disanjung... Malah ramai yang ingin memiliki dan mendampinginya... Siapa tak nak kalau awek/balak kau cantik/hensem??? Pastinya hati memberontak untuk memiliki insan yang sebegini... Bagi yang dah dapat, berbahagialah mereka... Tapi bagi yang belum, masing masing tercari cari dan terintai intai siapakah pula yang mereka ingin dan idamkan... Aku hairan, dalam kita sibuk melihat yang 'cantik' sahaja, kadangkala kita terleka bahawa apa yang kita mahukan sebenarnya berada didepan mata... Sampai dua tiga kali dia datang tapi kita tidak pernah mengetahui dan mengendahkannya... Kenapa ya??? Kerana kita sibuk melihat yang cantik! Yang menawan dan yang lawa sahaja... Padahal, apa yang kita lihat itu belum tentu menjanjikan apa apa dimasa akan datang... Yang cantik, tidak semestinya yang terbaik! Adakalanya, cantik cuma sekadar luaran tapi dalaman, Tuhan saja yang tahu... Aku tidak bersetuju bila ramai yang mengklasifikasi diri mereka sebagai tidak cantik... Mereka merasakan seperti ada saja kekurangan pada diri mereka lantas mereka malu untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati bila bertemu dengan si pujaan hati... Akhirnya, peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja... Sebenarnya, tidak ada seorang pun diatas mukabumi ini yang tak cantik... Semuanya molek2 belaka... Manis2 pulak tu... Jadi, mengapa mesti rasa diri sendiri serba kekurangan? Allah jadikan kita sempurna... Walaupun ada yang dilahirkan 'istimewa' namun bagiNya, ia tetap sempurna kerana itu adalah kehendak dan kekuasaanNya... Jadi, siapa kita untuk mempertikai dan mempersoalkan kejadian kita? Fikir fikirkan... Seharusnya, kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebegini... Tapi manusia, begitulah... Bila nampak lain sikit dimata mereka, mulalah nak membandingkan dengan diri sendiri... Kalau membandingkan perkara yang baik2, tak apa... Ni tak, segala perkara yang bukan2 semuanya keluar... Tak cukup dengan itu, dikata... dicaci... diumpat... semuanyalah... Astaghrafirullah... Minta dijauhkan semua ini.... Seperkara lagi yang aku hairan, ramai antara kita tidak pernah puas dengan diri sendiri... Yang dah OK, nak lagi OK... Habis segala benda ditepek kat muka tu... Tak cukup dengan itu, dicocok sana dicocok sini... Sumbat sana, sumbat sini... Enjet dari atas sampailah kebawah... Dari seelok elok rupa bentuk muka tu, dah jadi macam ape dah... Senget sana, senget sini... Yang kecik, jadi lebar... Yang bulat jadi lonjong... Yang kempis jadi kembang... Nauzubillah... Habis semuanya berubah... Lain bebenor nampaknya.... Nota kaki:- Aku bersyukur kerana aku dilahirkan lengkap serba serbi...Cuma yang aku risaukan, apa yang telah aku lakukan selama ini dengan pancaindera yang telah Allah kurniakan... Adakah untuk kebaikan atau sebaliknya? Di akhirat kelak, setiap pancainderaku akan disoal dan semestinya setiap satu tidak akan berbohong dihadapan Penciptanya... Apa yang harus dijawab??? Sudah bersediakah aku menghadapi saat itu nanti? Renungan yang paling baik buat diriku ini...
Sebentar tadi, aku dapat satu utusan... Utusan dari bakal raja sehari... Kawan merangkap classmate aku bakal menaiki takhta pelamin tak lama lagi... "Utusan Raja Sehari" baru aje diserahkan sendiri oleh tuan punya badan... Aku menerimanya dengan senyuman lantas kata kata usik mengusik keluar dari mulut aku... Biaselah, aku memang suka ngusik kawan2 nih... Dah memang perangai semula jadi aku... :) Anyway, I'm happy he's getting married... Dulu aku pernah cakap kat dia yang aku akan buat sesuatu for his wedding... Tapi skarang, aku tak pasti sebab on the wedding day tu, aku takde kat KL!!! Dah ada planning yang lain... Rasa sedih lak gak sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan dia nanti... :(
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku amat bersyukur kerana doaku selama ini dimakbulkan Allah SWT... Akhirnya, aku dapat claim balik handphone aku yang kena curik penghujung Mei lalu -->Sila klik untuk cerita lanjut<--... Alhamdulillah... Pada mulanya aku tak buat apa2 tuntutan, tapi last2 atas nasihat kawan aku, aku buat aje claim tu... Kalau tak dapat, it's OK sebab at least aku dah cuba... Kalau dapat, alhamdulillah lah... So, cek telah pun dikeluarkan dan nanti aku kena gie beli handphone baru... Pasni, hendak tak nak, aku kene beli insuran specifically cover untuk barang2 berharga aku seperti laptop, handphone, digital camera dan sebagainya... Kalau hilang, takde la aku ralat sangat sebab ada gerenti ganti rugi... Kat luar, insurance macam ni jarang ditawarkan... Kalau ada pun premium mahal sikitla... Macam aku, sebab staff so dapat ler discount dan staff rate! Jika dah ada kemudahan, ape lagi... Eloklah aku pakai.... :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni sambungan gambar Pengantin Baru - Hafiz dan Melissa, kawan sepejabat aku... Actually, ade beberapa lagi kisah perkahwinan kawan aku ni sebab majlis perkahwinannya berlangsung agak panjang... A few days... Aku tidak berkesempatan nak mencoretkan perjalanan cerita majlis perkahwinannya... Nantilah, bila aku ada masa akan kucoretkan... Sekarang ni sibuk sikit... Oleh itu, kalian tengok ajelah sambungan gambar ni.. Gambar ni diambil kat rumah pengantin laki.... Enjoy....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
To get answer or to trap??? :) Husband and wife are sitting quietly in bed reading when the wife looks over at him and asks the question. WIFE : "What would you do if I died? Would you get married again? HUSBAND : "Definitely not!" WIFE : "Why not? Don't you like being married?" HUSBAND : "Of course I do." WIFE : "Then why wouldn't you remarry?" HUSBAND : "Okay, okay, I'd get married again." WIFE : "You would?" (with a hurt look) HUSBAND : (makes audible groan) WIFE : "Would you live in our house?" HUSBAND : "Sure, it's a great house." WIFE : "Would you sleep with her in our bed?" HUSBAND : "Where else would we sleep?" WIFE : "Would you let her drive my car?" HUSBAND : "Probably, it is almost new." WIFE : "Would you replace my pictures with hers?" HUSBAND : "That would seem like the proper thing to do" WIFE : "Would you give her my jewelry?" HUSBAND : "No, I'm sure she'd want her own." WIFE : "Would you take her golfing with you? HUSBAND : "Yes, those are always good times." WIFE : "Would she use my clubs? HUSBAND : "No, she's left-handed." WIFE : -- silence -- HUSBAND : "Shit"

Wednesday, 18 July 2007

Siapa aku nak menentukan semuanya? Aku cuma ingin membantu... Membantu mereka2 yang memerlukan bantuan... Agar masalah dan kemusykilan yang melanda dapat diselesaikan dan diatasi... Bukan untuk menempah nama apatah lagi mengambil alih perkara2 yang bukan didalam bidang kuasa aku! Kenapa mesti berfikiran begitu? Mengapa dan kenapa? Aku tolong, dianggap aku ni suka menyibuk dan 'menjaga tepi kain orang'... Seolah olah aku ni dah takde kerja lain nak buat... Aku tak tolong, semua orang sibuk dok tanya aku itu dan ini... Nak rujuk pada pihak yang berwajib, lain yang ditanya, lain pulak yang dijawabnya... Lain yang disuruh buat, lain pulak yang dilakukannya... Macam mana nak selesai kalau macam ni? Terasa pedih bila orang memberitahu, "tak perlulah nak pening2 kepala dan susah2 uruskan semua perkara ini... Awak cuma perlu hadirkan diri saja, biar 'kami' uruskan semuanya".... Hah!! Nak uruskan semua? Macam mana nak uruskan perkara yang kau sendiri tak pasti apa hujung pangkalnya? Apa kes??? Lain yang orang suruh buat, lain pulak yang kau buat... Tonggang terbalik jadinya... Aku ni nak senang cerita, tak nak esok lusa masalah itu dan ini timbul... Aku tahu batas2 aku dan sememangnya aku tidak punyai banyak masa nak melayan benda remeh temeh macam ni... Kesian pada kawan2 aku... Kalau dulu, semuanya berjalan lancar... Tapi sekarang, tah macam ape tah... I wish I could help them but looking at the current condition, there is no way for me to lend my hand... Seriously, I wish I could... Dan memandangkan 'mereka' tu lebih bijak, lebih bagus, lebih arif dan sebagainya, aku membuat keputusan untuk berdiam diri saja... Selepas ni, aku tidak mahu berbuat apa2 kerana lagi aku tolong, lagi hebat tamparan yang bakal aku terima... So, pandai2 la dia orang uruskan sendiri... Pada kawan2 aku, aku minta ampun dan maaf... Cukupla setakat disini apa yang aku cuba lakukan untuk kalian... Harap kalian semua memahami situasi aku... Maafkan aku diatas tindakan drastik ini... Aku berharap, apa yang aku cuba lakukan dalam 2 - 3 hari ini banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kalian... Jangan khuatir sebab 'mereka' pasti akan menyelesaikan segala masalah yang ada... Kita jumpa hari Sabtu depan, 28 Julai 2007!! :(
Tengah aku leka2 buat kerja... Tiba tiba, member aku letak buah mangga kat meja aku... Masa tu aku tak perasan... Bila sedar aje, dah ada... "Aikkkk.... dari mane lak datang buah mangga ni", hatiku berdetik... Sambil terpinga pinga melihat keadaan sekeliling, aku intai2 la siapakah gerangan tuan punya yang dengan baik hatinya memberikan aku 2 biji mangga ni... On what occasion? Aku belek2 buah mangga ni, macam mangga tempatan... Besar gila!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nghupenya, ada client yang bagi... Berkotak kotak kita orang dapat... Maklumlah, untuk satu department! Kenelah bagi banyak sebab ada dekat 100 orang dalam department aku... :) Nie mangga dari India sebab kalau client ni bagi, mereka takkan beli mangga dari sini... Biasenya dia orang akan bawak dari sana sebab HQ dia orang ada kat sana... And then every year, dia mesti kasik kita orang buah ni... Memandangkan this year department aku dah ramai sebab merge hari tu, so sorang dapat ler dua bijik... Alhamdulillah... Dulu sorang dapat 4 - 5 bijik... Aku suka mangga ni sebab manis giler! Nampak aje macam tak masak, tapi bila dah kupas kulit dan rasa, mak aih... rasa macam nak makan lagi... Its some sort like mangga madu lah... Terima kasihla pada client tu sebab susah2 payah bagikat kitaorang... Rasa gembira sangat! Time2 tengah pening kepala buat kerja, ada gak benda nak sumbat dalam mulut... :)

Tuesday, 17 July 2007

Aku angin betul... Waktu makan tengahari tadi, aku pergi ke counter sebuah bank ni untuk collect renewal card aku... Actually, bank ni bukanlah dekat sangat ngan office aku... Kena naik LRT kalau nak pergi ke bangunannya... Memandangkan aku nie selalu sibuk, so aku terpaksalah curi2 masa untuk keluar... The only best time aku boleh escape masa lunch hour aje... That's the only choice I have... Aku pun pergi dan ingatkan urusan aku boleh selesai dalam tempoh sejam (termasuk naik kenderaan awam dan berurusniaga dikaunter)... Tapi akhirnya, lambat jugak!... Aku cukup bengang bila berada kat situ... Customer service memang teruk! Ade ke patut dia biarkan aku menunggu dekat sejam untuk berurusan?? Panas betul hati aku duduk dalam hall tu! Nak kata ramai sangat customer, aku tengok dua tiga kerat aje yang ada... Pastu, teller tu boleh aje tengok muka dan buat2 blur... Adehhh, kita kalau orang dah pandang semacam sudah tentu rasa tak senang hati... At least cubalah tegur customer tu tanya nak ape ke? Ni tak, dia pandang pastu buat tak tahu... Macam aku ni macam tunggul duduk kat situ... Like I never exist! Macam ni ke layan customer? Masa memula dulu nak bisnes, sebok dok carik aku... Telefon aku suruh beli tu beli ni... Suruh sign sana, sign sini... Bila aku hadapi masalah, takde sorang pun mereka2 ni sanggup nak tanya atau hulurkan bantuan... Dah!! That's enough!!!.... Cukup sampai sini saja... Esok aku nak cancel service kat bank ni... Menyusahkan aku aje... Dah ler hantar kad aku kat umah, tak sampai2... Aku pulak yang kene pergi collect kat office dia orang! Apa kes??? Aku yang perlukan dia orang ke atau dia orang perlukan aku???.... Nota kaki: - Tok sah tanya bank ape... Kat KL ni, office dia cuma satu aje... Tu haa, kat Jalan Ampang tu!

Monday, 16 July 2007

Aku cuba menceriakan hidup aku hari ni... Biasanya, bila tiba hari Isnin, ramai yang takde mood especially bila kena pergi kerja... Rasa macam nak tarik aje selimut sambung tidur balik... Betul tak?? A few things happen in my life today... Aku malas nak taip panjang2, cuma aku akan cuba ringkaskan... Pepagi buta, aku dikejutkan dengan satu berita... Berita yang aku memang kalau boleh, tak nak dengar seumur hidup aku... Memandangkan kepoh satu department kawan2 aku semua dok bercerita (of course dengan pelbagai versi dan cara) masing2 tidak mahu melepaskan peluang menerangkan apa yang terjadi... Ada juga sekadar memasang telinga mendengar apa yang diluahkan... Kawan satu office aku accident semalam! Bagaimana keadaanya? Well, I would say, dia mesti trauma dengan apa yang berlaku... Kejadian berlaku kat highway PD-Seremban waktu petang ketika hujan lebat... Waktu tu dia dipercayai dalam perjalanan pulang dari bercuti di pantai Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur... Sewaktu kejadian, dia yang memandu dan kemalangan dipercayai berpunca dari angin lintang yang bertiup kencang melintasi lebuhraya tersebut... Bagi pemandu yang berwaspada, mereka akan berhenti ketika angin lintang berlaku, tapi kawan aku ni tak... Mungkin dia tak perasan jaring angin lintang kat highway tu tengah naik...Waktu hujan lebat, mane nak nampak!... Pulak tu, dia tengah laju menyusuri jalan yang sememangnya lurus... Ape lagi, kereta Naza Citra yang dipandunya tu terus berpusing lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbalik beberapa kali... Siapa yang terlibat? Tiada kenderaan lain yang terlibat kerana memang dia skidded sendiri... Waktu kejadian tak banyak kereta yang lalu lalang disitu sebab keadaan cuaca yang tak berapa baik... Aku rasa terkejut dan sayu bila dapat tahu ramai ahli keluarga dia dalam kereta yang cedera... Satu family pergi bercuti; dalam satu kereta lak tu! Husband dia meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seremban dipercayai pendarahan teruk dalam badan, anak yang sulung masuk ICU sebab kecedaraan teruk dikepala dan patah tulang rusuk, anak kedua pulak mengalami patah tangan dan tulang kaki manakala yang paling kecil sekali mengalami patah tulang kaki... Apa yang membuatkan aku tak sanggup nak dengar ialah anak dia yang kecik tu... Kalau kalian nak tahu, anak bongsu dia tu kecil lagi.. Baru berapa tahun aje... Masa accident, semua mereka tercampak keluar dari kereta kecuali kawan aku ni aje yang tersangkut kat driver seat... Itu kerana dia memakai tali pinggang keledar dan aku suspect yang lain tu tak pakai... Masa orang ramai datang tolong, ramai yang rasa sedih sebab tengok anak kecik tu tengah meraung menahan kesakitan kat atas jalan... Tu cerita sedih waktu pagi... Dah tengahari sikit, department aku ada buat makan2 sempena perpindahan boss mat salleh aku tu... Dalam hati rasa gembira sebab dia nak berambus tapi aku akui ada gakla rasa sedih sebab kalau dia takde, susah lak kawan2 aku dan aku nak deal kalau ada big problem... So far, dia banyak membantu kami dalam hal2 macam ni walaupun kadang2 perangainya macam hampas! Tak suka, tak suka gak... Tapi aku perlukan dia sebenarnya... Dia akan ditukarkan ke Perancis untuk menguruskan satu projek mega kat sana... Sekarang, yang menjadi persoalan ialah, siapa penggantinya??? Aku mintak2 janganlah orang yang lebih teruk menggantikan tempatnya... Kalau tak, naya aku dan kawan2 yang lain! Waktu petang, aku dapat berita yang permohonan aku untuk sambung belajar dah diluluskan! Betapa girang dan seronoknya aku!!... Pasni, aku dah boleh siap2kan barang nak pergi 'sekolah'... Tak sabar rasanya aku nak masuk kelas... Kengkawan yang lain pun dah mula excited... Kelas akan bermula pada 28 Julai ni selama setahun setengah... Adehhh, nampaknye aku tak boleh la nak pi jalan2 mane2 lah dalam jangka masa ni... :) Aku ingat lepas office hour, aku nak gie jogging... Dah lama dah tak exercise... Perut pun semakin lama semakin membuncit!... Asyik nak makan aje... Exercise takde langsung! Teruk betul aku ni... Tapi bila aku jenguk2 kat tingkap, hari macam gelap aje... Nak hujan kah??? Last2 cancel gie jogging, aku dan kawan2 melencong ke tempat lain lak! Kami singgah gie makan sate kajang kat area MRR II Gombak... Mane lagi kalau tak Sate Haji Samuri yang terkenal tu!... Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya!... Apela aku ni... Heheheeheeeeeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sate Hj. Samuri yang best! Bebudak Msjbox suke makan sate kat sini... Heheheeee... :)

Sunday, 15 July 2007

Aku tengah berkira kira sekarang nih... Baru sekejap tadi aku intai2 laman web CELCOM... Saje tengok pakej yang ditawarkan untuk internet... Ermmm... Oklah jugak kalau nak dibandingkan dengan Maxis yang terkenal dengan kemahalannya tu... Aku rasa, lepas ni aku nak pakai WiFi... Kalau nak diikutkan, aku tak perlu pakai WiFi sebab semuanya dah ada... Tapi sebenarnya aku rasa tak puas hati sebab kalau aku 'on-the-move', I'm not connected to the net at all... Kalau nak, aku kena pergi tempat yang ada 'Hotspot' untuk online... Dan tak semua tempat ada Hotspot ni... Certain places aje... Benda nie belum meluas lagi penggunaannya... Kalau kat office lak, aku rasa tak selesa nak pakai internet... Aku rasa macam diperhatikan aje... Kalau browse, for sure semuanya akan direkodkan... Risau lak aku kalau2 dia orang check aku pakai internet masuk laman web yang bukan berkaitan dengan kerja... Kalau aku pakai WiFi ni, at least aku boleh operate laptop aku kat office dan get connected!... Baru best.... :) Aku dah tengok dah pakej yang CELCOM tawarkan... Ermm, bagi aku OK sebab lebih kurang harga Streamyx yang aku guna untuk internet kat umah... Cuma yang merisaukan aku, coverage je lah... CELCOM punye pakej operates via 3G connection dan dalam laman web tu dia dah bagitau, maybe certain area signal tu mungkin tak berapa kuat... Di masa akan datang, dia orang akan improve dan develop... It's OKlah... Lagipun aku kat KL... Insya Allah, semua area signal tu memang kuat... Cuma satu benda aku kena letak kat laptop aku ni... Aku kena beli 3G data card from CELCOM... Dia orang pakai Huawei E600 for 3G Internet Access yang membolehkan kita melayari internet secara broadband... Memang bagus benda ni... Nak pasang pun tak susah... Just install software yang diberikan dan cocok aje data card tu kat laptop kita... Pastu dah boleh guna dah dimana mana tanpa had... Apa yang memeranjatkan aku ialah harganya... Benda ni kecik aje, tapi harga mengalahkan harga handphone! Satu unit data card ni berharga RM1,549.00!!! Mak aih, mahal giler benda ni... Aku boleh dapat sebijik N73 dengan harga yang sama...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Benda alah ni lah yang mahal giler!! Tak sanggup aku nak beli... Ribu2 beb...
Memandangkan harganya mahal dan bajet aku rasa2 nya macam tak cukup, tak jadi aku nak pakai... Tunggulah aku dapat bonus dulu baru aku akan mempertimbangkannya semula... Itupun rasanya mungkin tak jugak kot... Still rasa macam tak berbaloi... Kalau aku nak pakai sangat, ade satu lagi cara aku boleh guna... Cuma leceh sikit la... Aku boleh connectkan laptop aku ni dengan handphone aku (guna Bluetooth) pastu connect ke internet... Tapi kalau ade orang call, of course connection tu interupt ler... Entah, aku rasa lah kot sebab aku tak pernah cuba lagi... Kalau nak guna handphone terus pun boleh, tapi screen kecik la pulok! Tak best.... :)
Fullamak!!!... Macam mana? Korang, ada berani ????
Nota kaki:- Aksi didalam video ini seharusnya tidak ditiru diatas jalanraya. Sebarang kejadian yang berlaku gara2 mengikuti aksi tersebut adalah dibawah risiko dan tanggungjawab masing2. Terima kasih...
Aku tak terkejut pun bila dapat tahu dia nak kahwin... We use to be good friends before; very, very close tapi gara gara kesilapan dan perangainya yang tidak mahu berubah, hubungan persahabatan kami retak... Aku bukan nak menuding jari menyalahkan sesiapa... Terang terangan semua ini adalah berpunca dari dirinya sendiri... Aku tak faham kenapa dia sanggup buat semua ini pada aku... Bukan itu sahaja, benda yang sama dia buat pada kawan2 yang lain... Apa faedahnya yang dia dapat? Lagi menambahkan sakit dihati, adelah... Aku pula yang semakin lama semakin menyampah dengan perangainya... Perasaanku belum sampai ketahap ingin membenci lagi... Aku berdoa semoga aku tidak membenci dirinya kerana ia akan mengundang bala dosa untuk diriku sendiri... Cukup2 lah dengan dosa yang aku lakukan sebelum ini... Kawan sepejabat aku yang bagitahu yang dia bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ni... Tak silap aku pada 11 Ogos kot... Saje aku belek diari aku, owhhh... Aku dah ada program... Aku ke Kudat waktu tu... Misal kata aku dapat jemputan, tidak mungkin aku dapat hadirkan diri ke majlisnya... Tiket dah pun ditempah awal2... Hotel dan persiapan disana telah pun dibuat 2bulan dah lepas... Semuanya telah dirancang dengan baik... Sempat jugak aku bertanya pada member aku ni, "siape lagi yang dijemput?" "Tidak ada sesiapa yang dijemput kecuali Kak Hairani sorang", balas memberku lagi... Dahiku berkerut... Hatiku bertanya, kenapa tidak ada kawan2 yang dijemput?? Pelik sungguh! Selalunya bila kita akan menyambut dan meraikan hari bahagia menaiki takhta pelamin, rakan dan taulan pasti ada bersama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan... Tapi kali ini lain pula ceritanya... Again, berbalik pada cerita sebenar... Pasti dia takkan jemput disebabkan apa yang telah dilakukan pada aku dan kawan2 yang lain... Mungkin dia takut menanggung malu dengan perbuatannya? Ishh, aku ni... Tak baik berprasangka sebegitu padanya... Tapi aku tak boleh terima hakikat bahawa dia tidak menjemput satu pun dari kalangan kami2 ni... Padahal, kami semua telah lama berkerja dengannya... Ada yang satu department, ade yang satu tingkat... Tapi kenapa tiada jemputan? Apa2 pun, dia pasti ada jawapan yang tersendiri... Jemputan majlis adalah hak orang yang menganjurkannya... Kita sebagai orang yang tiada kena mengena tidak berhak untuk menentukan siapa jemputan yang patut hadir... Doa aku, semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya... Dan aku berharap agar dia sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan tidak mengulanginya dalam kehidupan seharian... Kalau tidak, nescaya terseksalah pasangannya kelak...

Saturday, 14 July 2007

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, aku rasa artikel ni sangat berguna untuk kalian... Baca dan cuba amalkan... Good luck ye! :) 1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. SIMPAN SATU DIARI Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS! Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 24. PENGGUNAAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:- - Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat - Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif - Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam - Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah - Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:- Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ) 10 biji lada hitam 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 31. Mengurangkan Buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 32. Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Arrrrrgghhhhhhhhhhh.... Aku dah lewat! Jarum jam menunjukkan pukul 7.55 malam... Tanpa berlengah, dengan pantas aku capai tuala dan terus masuk ke bilik air... Mandi dan mengambil wudu'... Solat Maghrib belum ku tunaikan lagi... Nasib baik aku tak sangkut lama diatas jalan... Kalau tak, alamatnya tinggallah Maghrib aku... Nauzubillah!... Aku ada temu janji dengan budak2 laki office aku... Nak pergi celebrate sempena birthday aku minggu lepas... Walaupun dah due, tapi tetap dia orang nak sambut gak... Aku OK je...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Actually, janji pukul 7.00 malam tapi memandangkan aku ade banyak sangat hal, tu yang jadi lambat... Dengan jalan jam lagi... Tak boleh nak buat ape dah... Aku keluar dari rumah pun dah pukul 8.30 malam... Terus drive ke Yow Chuan Plaza... Mereka semua tunggu aku kat sana...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari apa yang aku tahu, dia orang ni nak melalak dulu... So, KTV dah book awal awal by one of them... Setelah selesai, baru gie makan... Sebelum2 ni, gie makan dulu baru gie melalak... Kali ni aje dia orang ubah arrangement... Aku; as usual bila dah lambat, just masuk ajelah room tu... Waktu pun dah nak habis... Cuma tinggal beberapa lagu aje... Finale nya, aku nyanyi lagu untuk dia orang... Ingatkan tak nak nyanyi tapi disebabkan dia orang semua merayu rayu suruh nyanyi, aku pun nyanyilah... Tok sah cakap pasal suara sebab aku bukannye pandai nyanyi sangat... :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Before keluar, sempat lagi bukak hadiah! Thanks guys for the lovely gifts... Rasa terharu dan appreciate sangat! Yang bestnye, aku dapat Parkson voucher worth RM100... Ermmm, dalam kepala otak aku, terfikir... "aku nak beli ape ye dengan voucher ni? Kalau ikutkan, banyak betul barang aku nak beli..." Heheheheeeeeeeee :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Majlis diteruskan dengan aktiviti melantak pulak... Tapi venuenya ditempat lain... So, aku kene bawak kereta menuju ke Johan Tomyam, Kampung Baru... Dah lama aku tak pergi tempat ni! Kali terakhir aku sampai sini 3 bulan yang lepas... Tu pun pi makan nasi lemak dekat ngan stadium tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila dah kenyang, kami berbual bual dan bersantai... Pukul 12 lebih baru balik rumah... Penat gakla...

Friday, 13 July 2007

Aku rasa terharu... Rasa bersyukur dan berterima kasih pada mereka2 yang mengingati hari lahirku... Walaupun ianya sudah seminggu berlalu, kemeriahan dan keseronokan tetap dirasai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Actually, ada beberapa majlis telah dan bakal dianjurkan oleh kawan2 aku kat office... Pada mulanya, aku tak tahu apa2 sebab perancangan aku, aku nak buat2 lupa... Malulah, dah tua bangka nak celebrate birthday! Sebab tu this year, aku buat planning untuk 'menjauhkan' diri dari mereka2 semua... Dengan sengaja aku apply cuti panjang dan pergi jauh2... Kebetulan, kawan aku pulak kahwin kat Kota Bharu... At least, adalah alasan nak escape... Heheheheeeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Terima kasih kepada Maria, Yvonne, Loke dan Kak Rynn... Dia orang nie semua merupakan rakan sepejabat yang rapat dengan aku... Tambahan pula, masa study dulu, kami dalam satu kelas yang sama... That time, I was their class monitor... Thanks girls for the 'party' and present...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This year, aku dapat hadiah istimewa! Aku dapat neck tie dan cuff-link dari dia orang ni... Aku suka sangat neck tie nie... Kaler maroon! One of my favourite colour... Dia orang pulak suruh aku terus pakai... Rasa sayang pulak...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Disamping tu, aku dapat hadiah dari Kak Rose, kakak kat office aku ni... Aku ngan dia quite close jugak... Something small tapi very nice! Aku suka sangat gift yang dia bagi... Tak expect pun dia nak bagi benda tu... Dia bagi aku handphone stripe yang ade tulis nama aku... Siap ada batu2 permata lagi... Cantik! Kalau budak2 perempuan, suka sangat ngan benda2 macam ni... Aku pun suka sebab nampak exclusive... Yang penting dan mahal sebab nama aku kat situ... Heheeheeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Malam karang, ade satu lagi majlis dengan bebudak laki office aku... Entah kali ni dia orang nak bagi surprise ape lak... :)
Korang sedar tak, setiap hari korang menggunakan internet untuk update blog korang, surf dan sebagainya tapi pernah tak korang terfikir sejak bila benda ni wujud dan siapa yang bertanggungjawab mewujudkannya? Well, aku memang curious dan nak tahu siapa pengasas internet dan siapa yang telah mencipta pelbagai perisian yang canggih2 sampai kita semua dapat guna dan menikmatinya... Selama ini, aku cuma tahu Bill Gates sorang aje... Yang lain tu, haram jadah aku tak tahu... Memandangkan pagi ni aku rasa boring dan tak tahu nak buat apa (kononnye lah, padahal kerja belambak!), aku browse ler benda alah ni cari maklumat pasal diaorang... And supprisingly, aku dapat info2 ni.... Check it out...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tim Berners Lee (mat salleh campur2 Cina kot) - pengasas World Wide Web (singkatan pada www)... Haaa.. korang asyik dok taip www kat address kat atas tu, dia nilah yang cipta... Korang gunalah software ape pun (Internet Explorer, Firefox, bla... bla.. blaa....) mesti kene key in perkataan ni dulu kalau nak masuk website... Kalau tak, takleh... So far, mane ade orang guna sss atau zzz or bbb... Heheheeeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ni pulak, gambar masa memula pasukan Microsoft ditubuhkan... Very the 60's punya orang kan? :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ni, gambar Steve Woznaik (duduk) dan Steve Jobs - sorang naik dan sorang lagi kerja.... Heheeheheeeee... Elok sangatla tu... Dia orang berdua ni kalau korang nak tahu merupakan pengasas produk APPLE... Ye, komputer canggih yang digunakan meluas sekarang... Biasenya designer dan orang yang kerja dengan graphic suke pakai komputer ni... And then platform yang digunakan biasanya Macintosh... Ape yang menarik pasal APPLE ialah masa dedulu, dia orang ni bukan pakai nama APPLE... Dipendekkan cerita, masa dia orang nak letak nama syarikat dan brand dia orang, dia orang tak tahu nak letak nama apa... Biaselah tu, kalau bab nama nie kene letak betul2 sikit.. Kalau panjang sangat, orang susah nak sebut... Kalau pendek pulak, takde makna... So, dia orang berdua nie pun kerahlah staff2 dia orang untuk bagi idea nama ape nak letak... And then, masa pun singkat dan dia orang cuma ada tempoh sampai pukul 5 petang je... Kalau takde nama gak, mereka akan ambil ape saje nama yang terlintas difikiran untuk dijadikan brand dan nama syarikat... Bila tempoh tamat, takde sorang pun yang suggest nama yang baik, so dia orang nie terpaksa akur keputusan yang dibuat awal2 tadi... Kebetulan salah sorang dari dia orang ni (aku tak tahu sape) tengah makan APPLE, tu terus dia orang ambik nama APPLE tu... Kelakarkan? Nasib baik dia orang tak makan cekodok waktu tu.... Kalau tak, tak pasal2 nama APPLE sekarang dah jadi CEKODOK computers! Muahahahahahaaaaaa...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Haaa... Yang ni aku nak kenalkan kat korang... Produk dari syarikat dia ni berlambak lambak kat dalam negara kita ni... Yang belah kiri tu Bill Hewlett dan yang kanan tu Dave Packard dari HP... Untuk pengetahuan kalian, nama HP tu singkatan untuk Hewlett Packard which comes from their "Surname/family name"... Yang kat belakang dia orang tu ialah garaj HP yang diaorang gunakan untuk mencipta produk mereka... Masa dia orang decide nak letak nama Hewlett Packard, ada dua opsyen.... Sama ada nak panggil Hewlett Packard atau nak panggil Packard Hewlett... So, dia orang ni undi baling duit syiling dan si Dave yang menang... Bila dia dah menang, sepatutnya nama Packard Hewlett diguna pakai, tapi tah macam mane tah, dia orang ambil Hewlett Packard sebab nama rasmi... Mungkin sebab Packard Hewlett tu tak sedap kot... Heheheheheeeeeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar kat atas ni ialah Ken Thompson (kiri) dan Dennis Ritchie (kanan) merupakan pengasas UNIX... Aku tak tahu nie sistem ape... Bebudak IT tahulah kot... Dari apa yang aku baca, UNIX nie ada kaitan dengan C Programming... Masa memula diasaskan, dia orang tak panggil C Programming... Dia orang panggil B program bersempena nama wife si Ken Thompson ni (Bonnie)... Pastu tukar, dia orang pakai lak nama "New B"... Last2 depa tukar lagi guna nama C... Ermmm.. Banyak betul tukar nama.... Esok lusa mungkin D, and then E, and then F, G, H, I, J, K dan seterusnya... Heheheheeeeeeee....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mungkin ada sesetengah korang kenal mamat berdua ni... Dia orang berdua ni pernah keluar TV sebelum ni dalam dokumentari berkenaan dengan IT... Yang sebelah kiri tu Larry Page and yang kanan lak Sergey Brin... Depa berdua ni merupakan pengasas Google, salah satu laman cari yang terkenal didunia... Aku pun suke guna Google sebab screen dia simple dan tak semak... Kadang2 aku guna Yahoo! (kalau cari guna Google tak jumpa)... Sejarah Google nie kelakar sikit... Sebelum nama Google nie digunakan, depa ni pi letak nama lain... Kalau aku sebut, sure korang gelak punyelah... Dedulu, dia orang guna nama 'Googol'... Hep.... Jangan gelak!... Heheheheheeeeeee... And then Googol bertukar nama masa si Sergey dan si Larry submit projek dia orang pada 'angel investor'; depa dapat cheque atas nama 'Google'... Terus sampai sekarang nama tu lekat... Semenggah ler sikit... :) By the way, Google dicipta masa si Sergey dan Larry sedang belajar di Stanford University... Canggih kan? Budak sekolah pun boleh cipta benda macam ni sampai ianya boleh diguna pakai seluruh dunia... Boleh buat duit wooo!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dua orang diatas ni merupakan pengasas dan pencipta INTEL... Korang tahu ke ape tu INTEL? Haa.. kalau nak tahu, dalam setiap PC ade satu komponen yang dipanggil processor... Benda ni wajib ada dalam setiap komputer sebab kalau takde, maka tak boleh pakai la komputer korang... Cam mane nak process data kalau takde processor?? Ibarat macam nak masakla, bahan2 ada tapi kalau dapur gas takde, macam mane nak masak??? Dalam market, ada macam2 jenis processor termasuklah jenama INTEL ni... Biasenya bila pakai sesuatu processor tu, dia akan labelkan kat luar PC tu... "INTEL Inside" la... AMD la... bla.. bla.. blaa... Korang pakai ape? Aku kat umah pakai INTEL Core2 Duo E6600... PC office aku kat office ni pun pakai INTEL, tapi Pentium4 aje... Bolehla tu... Gambar kat atas tu ialah Gordon Moore (kiri) dan Bob Noyce (kanan). Pada mulanya dia orang berdua ni nak letak nama 'Moore Noyce' (huh??! more noise??? - lagi bising??? heheheheeheeeee....) tapi memandangkan nama tu dah digunakan oleh orang lain, terpaksalah dia orang nie cari nama lain... Pastu, dia orang develop nama INTegrated ELectronics yang merupakan nama panjang bagi INTEL.... :) Kan lagi sedap dari nama Moore Noyce tu.... Heheheeheheeeeeee....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang gambar 4 sekawan ni merupakan pengasas dan pencipta SUN Microsystem... Mereka terdiri daripada Andreas Bechtolsheim, Bill Joy, Scott Mc Nealy dan Vinod Khosla dari Stanford University Network... Dia orang nie merupakan kawan baik dan masing2 mempunyai kebolehan yang tersendiri... Bila Andreas telah mencipta microcomputer, si Vinod nie telah mendapat satu idea untuk buat duit berdasarkan microcomputer ciptaan Andreas... So, mereka bekerjasama memaju dan membangunkan microcomputer ciptaan Andreas ni... Si Scott pulak telah menggunakan microcomputer ciptaan dia orang untuk dipasarkan sementara Bill telah mencipta UNIX-based OS (operating system) untuk komputer tersebut... Pandaikan dia orang ni buat duit???? :) Nama SUN digunakan bersempena nama universiti dia orang - Stanford University Network.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ni merupakan pencipta Linux... Nama dia Linus Torvalds... Pada mulanya Linus merancangkan menggunakan nama 'Freax' yang membawa maksud free, freak and X (apesal la dia orang nie semua suke sangat nama pelik2??...) tapi dia takut nama tu terlalu menunjuk nunjuk sangat, so dia tukar pada yang lain... At last, dia pakai nama LINUX sempena nama dia dan X.. Kekononnya macam "X" factor lah.... Begitulah antara mereka2 yang bertanggungjawab mencipta dan memajukan dunia internet dan komputer ni... Aku rasa ade lagi pencipta yang lain cuma dia orang tak berapa terkenal... Aku masih lagi mencari siapa founder Adobe dan lain2 sebab dia orang ni memang banyak berjasa pada aku... Kerana diaorang lah, aku berpeluang mencipta, menaip, melukis, memposting dan sebagainya kat sini... Tanpa ciptaan mereka, tak mungkin aku mengetahui apa itu internet dan mustahil aku dapat berkomunikasi dengan korang semua... Chowww.....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.