Hari ini, kalau kalian perasan adalah merupakan sambutan Hari Ibu...
Ermm... yes, Hari Ibu disambut hari ini dan ramai antara kita membuat sesuatu yang istimewa untuk ibu masing masing... Ada yang bawak ibu pergi makan, ada yang bawa jalan jalan malah ada yang memberikan hadiah dan sebagainya... Tapi kan, kalian rasa cukup ke dengan apa yang dibuat tu? Berbaloikah kita membalas jasa dan pengorbanan ibu yang 9 bulan mengandungkan kita; yang membesarkan kita selama ini? Aku rasa apa yang kita buat untuk hari ini memang tidak memadai dan mencukupi untuk membalas semua jasa ibu kita...
Bila difikir fikir balik, rasa sedih bila mengenangkan keperitan seorang ibu membesarkan anak anak... Dia tidak pernah pun merungut, membantah atau mempedulikan tanggungjawabnya... Apa yang si anak mahukan, akan ditunaikan walaupun kadangkala ianya amat membebankan...
Aku masih ingat lagi, masa aku kecil2, aku teramatlah nakal... Seringkali buat ibu marah... Dan bila ibu marah, aku akan buat perangai... Tapi ibu tak pernah berkecil hati dengan aku... Ada sekali tu, ibu aku naik angin sampai habis badan aku berbirat birat dipukul dengan getah paip... Waktu tu aku anggap ibu sudah tidak sayang pada diriku lagi dan ingin menyisihkan diriku dari adik beradik yang lain... Biasalah, budak2... Fikiran tak matang lagi... So, kerana geram dengan tindakan ibu, aku melarikan diri kerumah makcik aku yang terletak berhampiran dengan rumah aku... Kononnya melarikan diri lah, tapi kain baju tak bawak pun... Bila dah larut malam, aku tak balik2... Makcik aku pun pelik, aku tak keluar2 dari rumah dia... And then, aku dengar suara ibu memanggil aku pulang dan diwaktu itu, aku tidak menyahut langsung panggilannya... Sengaja aku biarkan ibu tercari cari...
Aku tak sangka, ibu keluar dari rumah mencari aku merata tempat... Aku ingatkan dia dah tak kesah pasal aku lagi dah... Rupanya, risau jugak dia bila aku hilang... Dia jumpa aku pun sebab makcik aku yang panggil... Marah betul aku dengan makcik masa tu... Bila dah jumpa, ape lagi... Kene heretlah balik kerumah... Sampai aje, abah aku dah tunggu depan pintu dengan getah paip... Agaknya dia tahu aku melawan cakap ibu, dia nak ajar aku cukup2... Abah aku memang garang... Muka dia memang bengis dan ramai budak2 takut dengannya... Kalau dengan anak2, tak pernah berlembut... Especially dengan aku... Belum sempat dia hayun getah paip, mak aku dah tahan... Waktu itu barulah aku tahu ibu amat sayangkan aku...
Banyak juga incident yang berlaku semasa aku kecil sampailah aku dewasa... Ibu banyak melindungi aku bila dimarahi abah... Kalau aku inginkan apa2 dari abah, ibu lah menjadi tempat aku untuk meminta darinya... Aku jarang meminta terus dari abah sebab takut dimarahi... Ibu juga banyak melayan segala karenah aku... Yang paling aku tak boleh lupa, bila aku dilanda kesusahan, ibu sanggup membantu... Tak kisah lah jika dia susah asalkan anaknya ini senang... Dulu, waktu mula2 kerja, aku sentiasa tak cukup duit belanja... Maklum, aku mula kerja dari peringkat bawah... Jadi kerani biasa aje... Gaji pun ala kadar... Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat... Setiap kali dapat gaji, aku pasti memberi sedikit wang pada ibu buat simpanannya... Tak pernah sekali pun aku gagal memberi...
Cuma disatu masa tu, aku memang dah kering giler!... Nak pergi kerja pun, aku terpaksa berkira sama ada nak datang atau tidak... Begitu teruk sekali aku masa tu... Andai kata aku tak cukup duit, alamatnya aku MC lah hari tu... Kalau tak pun, aku EL (emergency leave)... Terpaksalah, nak buat macam mana... Nak tunggu gaji, ada lagi 2 hari... Puas aku fikir macam mana nak buat...
Aku cukup terkejut bila ibu memberikan aku duit tambang nak ketempat kerja... Aku terpinga pinga dan rasa malu yang teramat sangat dengan ibu... Dalam hati aku terdetik, "macam mana dia tahu aku tak de duit?? Padahal, aku tak pernah cerita pun pada dia..." Itulah orang kata, hanya ibu sahaja yang memahami hati anak anak kerana dialah yang mengandungkan kita... Dia tahu isi hati kita dan perasaan kita bila dilanda masalah... Ibu jugalah tempat untuk kita mengadu dan bercerita...
Seperkara lagi yang membuatkan aku rasa terharu ialah setiap kali bila aku hendak pergi kerja, dia pasti akan menghantar aku sehingga depan pintu rumah, berpesan pada aku supaya sentiasa berhati hati dan baik2 selalu... Bila aku pulang lewat, dia selalu menelefon bertanya aku berada dimana dan bila hendak pulang... Sama ada aku dah makan ke belum... Jika aku belum makan, ibu sanggup ke dapur memasak @ memanaskan makanan hanya untuk aku... Kadang2 tu, aku tak sampai hati nak bagitau aku dah makan sebab aku tidak mahu ibu menyusahkan diri memasak untuk aku... Aku boleh buat sendiri...
Begitulah ibu aku... Perasaan kasihku padanya memang aku tak boleh nak gambarkan... Aku tidak boleh bayangkan bagaimana keadaan hidup aku tanpanya... Mesti kucar kacir!...
Pagi ini, sempena Hari Ibu, ibu aku meminta agar aku menghantarnya pulang kekampung... Jadi, tanpa sebarang karenah aku menghantarnya ke lapangan terbang walaupun aku teramatlah penat sebab baru pulang dari Kuala Terengganu malam tadi... Kerana ibu, aku sanggup lakukan apa saja asalkan dia gembira dan senang hati... Hari ini, dia akan berjumpa dengan ibunya iaitu nenek aku... Pasti dia rasa seronok...
So, seminggu ni, aku harus menguruskan diri aku sendiri... Tanpa bantuan ibu... Memasak, membasuh dan sebagainya... Alah, kerja2 nie semua aku dah biasa buat... Cuma aku akan merindui air tangan ibu aku... Tiada masakan yang sesedap masakan ibu!
Sunday, 13 May 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment