Aku rasa seronok yang teramat sangat...
Hari ini bila aku datang kerja, aku dikhabarkan oleh bakal boss aku yang permohonan aku untuk pertukaran portfolio kerja telahpun diterima dan disahkan!... Aku akan memulakan tugas dan melaksanakan tanggungjawab pada hari Isnin depan, 21 Mei 2007...
Betapa seronok dan gumbiranya hati kerana akhirnya, apa yang aku hajati telahpun tercapai... Aku rasa bersyukur yang teramat sangat kerana Allah telah mengabulkan permintaan dan doa aku selama ini... Sudah lama aku menanti peluang ini dan aku tidak pernah putus untuk berdoa kehadrat Allah memohon keredhaan dan pertolongan dariNya...
Aku dah lama dah buat kerja yang sama... Jadi, kali ini aku ingin bertukar angin pula... Aku teringin untuk mencuba benda baru, belajar tentang perkara lain pula... Yelah, kalau buat kerja yang sama sepanjang masa, lama lama bosan juga kan? Sebab tu, aku perlukan job rotation ni... Actually kat tempat kerja aku memang susah nak tukar portfolio... Kalau itu pun dah susah, apatah lagi nak tukar department... Memang payah giler! Cuma satu aje yang senang; resign! Haa... yang tu takde masalah... Anytime aje sebab company aku ni besar giler... Dah ramai sangat orang... Kalau tak silap aku, masa CEO announce dulu, ade kira kira 2,000 pekerja di ibu pejabat... Tu belum campur cawangan lagi.... Bayangkan betapa besarnya...
So, kalau company dah besar, chances nak naik tu agak sukar sikitlah... Bukan takde peluang, ada tu memang ada cuma kena berusaha 2 atau 3 kali ganda daripada sekarang... Kalau nak di ikutkan memang mustahil tapi aku sentiasa mencuba... Ada rezeki, Insya Allah dapatlah aku... Apa yang aku lakukan selama ini pun kerana Allah... Jadi, aku memang yakin dengan ketentuanNya...
Monday, 14 May 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment