Sunday, 22 April 2007

Biasanya kalau hari minggu, lepas Subuh aku akan sambung tidur... Maklumlah, penat beberapa hari yang lepas tak habis lagi, so kira qada' lah tidur yang tak cukup sebelum nih.. Hehehheheee... Memang benar, selalunya selepas Subuh, orang cakap tak elok tidur balik... Sepatutnya, kita kena buat sesuatu kerja yang berfaedah baik untuk diri kita mahupun keluarga atau orang lain... Dulu dulu, selalunya aku gie jogging kat Taman Tasik Titiwangsa... Tapi sejak kebelakangan ni aku jadi malas dan asyik tidur aje... Teruk kan aku ni sekarang? Tapi hari ini, berlainan sikit aktiviti hari minggu aku... Kalian nak tahu ape yang aku buat hari ini? Kalau aku bagitau, korang mesti tak percaya atau sukar nak percaya... Actually, aku bangkit awal hari ini... Pukul 5.30 pagi, aku dah sedar dan bersiap siap nak keluar rumah... Kalau di ikutkan, waktu ni ramai orang berada dibawah selimut... Aku lak, dah kene bangun dan keluar rumah... Aku sebenarnya kene pergi kursus... Mulanya sejak semalam dan berakhir petang tadi... Start pukul 9.00 pagi sampailah pukul 5.00 petang... Kiranya satu harilah aku spend time untuk kursus nih... Semalam, aku OK lagi... Tapi bila hari ini, aku rasa malas sikit nak pergi... Penat woo jalan kaki dari STAR LRT Bandaraya sampai Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail!... Tapi kerana company aku dah bayar (mahal gak yuran kursus ni. Dekat RM 1,000 satu kepala...) dan ilmu pengetahuan yang banyak, aku gagahkan diri... Lagipun, dari aku tidur kat rumah, baik aku buat sesuatu yang memanfaatkan... Kursus nie berkaitan dengan bidang kerja aku dan aku rasa bersyukur sebab aku dapat timba pelbagai pengalaman dari panel penceramah... Walaupun semalam agak sedikit bosan, tapi aku dapat grab macam2 benda... Panel penceramah lak, bukannya calang2 orang... Semuanya hebat dan bijak pandai... Mereka terdiri dari pakar perubatan (doktor), hakim dan peguam, pakar psykologi, professor dari universiti dan sebagainya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Korang mesti tertanya tanya kan, kursus ape orang buat time hujung minggu nih? Haa... kursus nie bernama "Assessing & Determining Quality of Life for People with Medical Disabilities"... Dapat tak korang bayangkan?... Objektif kursus ini menilai pelbagai aspek kehidupan untuk orang kurang upaya dan macam mana nak bantu mereka untuk meneruskan kehidupan... Memandangkan aku nie keje syarikat insuran dan pulak tu duduk kat bahagian tuntutan, kursus nie memang sesuailah untuk orang macam aku nih... So, since company nak sponsor, aku pukul habislah... Bila lagi nak dapat pergi course free kan? Pulak tu, nak panggil speaker datang bagi ceramah kat opis, memang mahal giler!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa course semalam dan hari ini, selain dari ilmu yang aku dapat, ada satu bahagian tu aku rasa kagum bercampur sayu... Tahu kenape? Waktu tu course tu dah nak sampai ke penghujung, ada sorang speaker ni bagi ceramah dan ulasan... Takde apa yang luar biasa dengan ceramah yang dia bagi... Apa yang mengagumkan aku ialah dia ni kurang upaya... Badan dia lumpuh akibat kemalangan jalan raya kira kira 20 tahun yang lalu... Kehidupannya banyak bergantung kepada kerusi roda dan ahli keluarga... Lebih menarik, dia ni merupakan seorang pensyarah yang berjaya... Waktu dia accident dulu, dia tengah buat master degree kat salah sebuah universiti kat sini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hati aku terdetik, dia ni yang hilang hampir separuh daripada anggota badannya, mampu menamatkan pengajiannya sehingga ke peringkat yang paling tinggi, kenapa aku yang lengkap segala pancaindera tak boleh?? Dia yang mengalami trauma yang teruk, tidak boleh bergerak kesana kemari, boleh mendapat apa yang dia inginkan, takkan aku nie yang lengkap segala galanya tak boleh?? Aku termenung seketika... Fikiran aku melayang memikirkan semua ini dan bila aku tersedar, semua orang sudah mula beransur keluar dari dewan.... Masa aku berjalan keluar, aku tak dapat nak bayangkan jika aku berada di tempat speaker tadi... Dia seorang yang tabah dan tidak pernah putus asa... Tidak ramai orang yang macam ni.. Selalunya, bila ditimpa kemalangan, ramai yang akan berputus asa... Ramai yang tidak boleh terima hakikat yang dia tidak seperti sedia kala... Tidak normal... Inilah trauma yang harus dihadapi... Aku jadi insaf sekejap dan aku tanya balik diri aku, setakat inikah yang mampu aku lakukan??? Aku harus lakukan sesuatu untuk diri aku sebelum apa2 hal terjadi... Kita tidak tahu kerja Tuhan... Hari ini OK, esok lusa belum tentu lagi....

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.