Malam tadi, aku sampai umah dalam pukul 9.00 malam...
Aku ke Johor Bahru bersama rakan setugas yang lain untuk satu program yang dianjurkan Bahagian Shariah... Program yang diberi tajuk "Program Tanggungjawab Zakat Korporat" ini diadakan selama 2 hari di Rumah Anak Anak Yatim Kota Tinggi, Johor... So, perancangan yang terperinci telah dilakukan sejak sebulan yang lepas dan semalam adalah kemuncaknya...
Aku bertolak dengan van syarikat sebelah tengahari kerana perlu berada disana sebelum malam menjelma... Perjalanan memakan masa selama 5 jam merentasi Lebuhraya PLUS menghala ke selatan tanahair... Takde ape yang menarik cuma aku banyak berbual dengan Pak Din, driver van syarikat ni... Macam2 cerita gak yang keluar... Aku tak sangka Pak Din nie walaupun serious, tapi dia nie penuh dengan sense of humor... Banyak kali aku tergelak dalam van mendengar cerita2 nya...
Dekat pukul 6.00 petang, kami sampai di bandaraya Johor Bahru... Memandangkan hari ni hari Jumaat iaitu hari bekerja, suasana dan keadaan jalan agak sesak... Sebelum ni, aku memang pernah sampai JB (waktu Maybank Indoor Games tahun lepas) so kebanyakkan jalan kat sini agak familiar buat aku... Kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu Hotel Pan Pacific untuk check-in dan rehat... Penat betul duduk lama dalam van tu... Sakit2 bontot aku...
Malam, takde ape2 aktiviti sangat cuma keluar makan dan aku cuba siapkan tugasan yang tertangguh kat sana... Aku dapat call dari Ustaz Zaiem (ketua rombongan merangkap Official Liaison) memaklumkan multimedia yang aku buat tu tak boleh nak pasang... Sudahhhh... Aku dah buat elok2, takkan tak boleh pakai?... Jenuh aku dok pikir, ape masalahnya... Ustaz bagitau, kat laptop tu memang keluar gambar dan suara, tapi kat projector dan screen, blank aje... Risau dan rasa pelik... Maybe dia orang salah pasang or connect kot projector tu... Waktu ustaz call, mereka semua ada kat Kota Tinggi lagi... Aku dan Pak Din kat hotel kat JB... So, kalau nak kesana, makan masa dan aku lak tak tahu tempat tu kat mana... So, I need to wait for them to come back to Pan Pacific untuk resolvekan masalah...
At 10.00 pm, aku dapat call dari Maria (person in-charge for Participant's Management) bagitau bas rombongan dah sampai! Aku terkejut sebab kalau depa bertolak dari office kat Bangsar pukul 6.00 petang, sepatutnya mereka semua akan sampai JB tengah malam... Nie pukul 10.00 dah sampai, ape cite??? Aku suspect driver tu bawak mesti laju giler!... KL - JB bukannye dekat... Jauh tu!... Kalau bas jalan 90km/j, mesti makan masa dalam 6 jam... So, kalau sampai pukul 10.00 tu, aku rasa mesti dia bawak more than 120km/j... Kalau tak, takkan sampai cepat?...
Maria bagitau, keadaan agak kelam kabut sikit kat hotel penginapan peserta... Nie aku nak bagitau kat kalian semua, penginapan kami semua kali ini berbeza beza... Jawatankuasa duduk kat Pan Pacific and participants duduk kat Hotel Naza, JB... Err... Adelah dalam few kilometres away... Cuma kalau nak kesana, kena pusing sikit sebab jalan banyak tutup... Under construction, so we need to make a big U - turn dari hotel yang aku duduk....
Sampai aje kat sana, aku dapat lihat ramai orang sedang berkumpul kat lobby hotel... Masing2 nampak kepenatan dan menunggu untuk masuk ke bilik... The only problem yang mereka semua hadapi ialah room number jadi kelam kabut dan room key tak dapat nak distribute accordingly... So, need to sort things up before surrender to them... Tanpa buang masa, aku dan Maria terus workout the list dan call one by one serahkan kunci... Luckily takde major problems dan at last semua dapat masuk bilik masing2... Next thing is kami kene ensure yang semua orang selesa dengan tempat tidur mereka sebab bilik yang pihak hotel sediakan ialah quad-sharing... Risau gak sebab group kali ini ramai dan takut hotel tak boleh nak accomodate semua yang ada... Bilik standard cuma ada 2 katil aje... So, kene letak extra bed untuk sorang lagi...
Just as expected, memang ada few issues with Naza... Again, frustration happen bila kami masuk beberapa bilik buat spot check... Depa cuma beri tilam nipis aje untuk gantikan extra bed... Bila tengok, ape lagi... Mengamuklah Kak Fizah (person in-charge bahagian Accomodation)... Terus telefon manager malam tu suruh dia datang dan explain...
Gaduh punya gaduh, last2 Naza agree to give extra discount for us... Memang kena bagi discount pun kalau service macam ni... Kalau aku tidur situ pun aku akan bengang... Bayar mahal2, tapi tak selesa... Untuk ape? Kami pulang semula ke hotel dekat nak pukul 3.00 pagi... Sebelum tu, sempat lagi kami gie makan dan minum kat restoran berhampiran Danga Bay...
Sampai hotel, aku tak terus tidur... Kalau orang lain, dah lama dah terbongkang, tapi aku nak kene settle kan connection problem for the projector... Aku on laptop dan connect dengan projector... Sah! memang tak keluar gambar... Kat screen laptop memang ade, tapi tidak dekat projector... Aku cuba pasang benda lain, pun sama gak... Any kind of movie memang tak boleh pasang... Tapi kalau aku pasang slideshow Powerpoint, OK aje... Begitu gak dengan Words or Excel... Semuanya functioning macam biasa... Tapi yang peliknya, Windows Media tak boleh... Puas aku godek sana, godek sini... Tak boleh jugak... Aku tukar settings kat projector, pun tak menjadi... Tah ape kene ngan projector ni, aku pun tak tahu...
Aku tengok jam, dah dekat 5.00 pagi! Cuba punya cuba, still tak boleh... Last2 aku decide untuk re-do balik multimedia yang aku buat tu dalam PowerPoint... Dah software tu aje yang boleh pakai!... Hampas betul lah projector nih... Masa kat office tu, tak pulak buat hal!... Dah dekat sini, jadi macam ni pulak... Aku terfikir, sempat ke tak aku siapkan semua ni before 9.00 am?? Pukul 7.00 pagi nak kene bertolak ke Kota Tinggi! Aku cuma ada 2 jam aje nak siapkan semua ni...
Ape lagi, terpaksalah aku bersengkang mata siapkan mane yang boleh... Masukkan gambar dan audio... Buat punya buat, dah pukul 6.30 pagi... Aku preview balik slide aku, cuma 50% aje yang siap.. Ade banyak lagi yang aku tak sempat nak masukkan... Since pukul 7.00 aku nak kene bertolak, aku kene stop kat situ ajelah... Pak Din pun terkejut tengok aku dok sibuk siapkan benda alah ni... Aku tahu, dia mesti fikir aku tidak tidur semalaman sebab nak selesaikan masalah ni...
Memang rasa mengantuk giler tapi dah jadi tanggungjawab aku, so aku gagahkan diri buat jugak... Kalau ada problem, I need to resolve it... Bukan buat tak tahu aje... On the way ke Kota Tinggi tu, Pak Din pesan suruh aku lelap mata kejap... Dia tahu aku ngantuk dan dia tak kesah kalau takde orang nak layan dia bila tengah drive ke Kota Tinggi... Aku lak, memang dah mamai2 dah masa tu... Tak larat sangat... Aku tak sedar bila aku terlelap sebab bila aku bukak mata aje, kami dah sampai kat rumah anak yatim tu...
Aku dapat lihat, betapa ramainya anak yatim kat situ... Semuanya kecil2 dan comel... Aku rasa umur mereka adelah antara 8 hingga 17 tahun... Aku tengok dia orang, aku lak yang rasa sedih... Sedih mengenangkan nasib dia orang ni... Kelihatan mereka amat gembira sekali dengan kehadiran aku dan kawan2 yang lain... At least, ada gak yang sudi datang melawat mereka semua kat sini...
Aktiviti diteruskan dengan program yang telah dirancangkan... Masing2 memberikan kerjasama yang baik; dari participants mahupun anak yatim sendiri... Aku dapat lihat keakraban antara mereka telahpun terjalin... Baguslah, itulah objektif kami yang sebenar... Cuma ada sesetengah waktu dan ketika tu, hati aku tersentuh... Entah kenapa, tiba2 aje airmata aku bergenang... Aku rasa sayu bila melihat telatah mereka semua... Such a young kid, terpaksa menerima qada' dan qadar dari Ilahi bahawa mereka sudah tiada tempat untuk bergantung... Perasan belas aku membuak buak bila ada yang menanyakan tentang keluarga aku... Ya Allah!!...
Aku faham apa yang mereka cuba sampaikan... Well, aku akan cuba memberikan sepenuh perhatian aku pada mereka semua... Aku tahu mereka memerlukan belas ihsan dari orang ramai untuk menjalani kehidupan seharian... Mereka perlukan sokongan untuk menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain... Jadi tak mustahil, ramai antara kami yang sanggup berkorban wang ringgit demi untuk menceriakan mereka semua...
Apakan daya, setiap yang bermula pasti akan berakhir... Majlis pun dah sampai ke penghujungnya dan aku serta rakan2 perlu pulang ke Kuala Lumpur... Suasana sayu menyelubungi perasaan kami dan apa yang dapat kami lakukan ialah mengabadikan kenangan bersama anak2 yatim ini... Banyak gak gambar yang diambil... Aku sempat berpesan dekat few of them (yang senior of course) supaya jaga adik2 yang kecil ni, belajar rajin2 dan jaga diri baik2... Jikalau diberi peluang, mungkin aku akan datang kembali melawat dia orang ni semua...
Rombongan bas akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur disebelah malam... Before that, kami sempat menjamu selera makan malam di Danga Bay... Memang reservation telah dibuat sebelum tu khas untuk semua participants dan committee...
Aku pulang ke Kuala Lumpur tengahari tadi sebab memang dalam peruntukkan, kami dibenarkan untuk stay sehari lagi... Aku pun dah tak larat dah malam sebelum tu, so balik aje hotel terus tertidur sampai siang... Tak sempat Subuh pun... And then, yang bestnya masa on the way nak balik tu, aku bukannya berdua dengan Pak Din, tapi ade lagi 5 orang penumpang yang balik sekali dengan kami... So, meriah sikitlah dalam van tu... Sampai satu part tu, tiba2 tayar depan van meletup! Nasib baik kami tak terbabas dan accident... Waktu tu pun, Pak Din tengah laju... 120km/j dan berada dekat lane paling kanan sekali... Nasib baik Pak Din cekap kawal van tu, dan slow2 himpit ke lane emergency... Kalau certain orang, dah panic dah tu... Terus tekan brek secara mengejut....
Aku memang perasan dari awal yang tayar depan tu dah injured... Masa on the way nak pergi, aku ade nampak dawai keluar dari tayar!... Aku bagitau kat Pak Din dan Pak Din pun dah rasa semacam... Cuma masa pergi tu, OK lagi kot... Alhamdulillah takde apa yang berlaku... Masa nak balik, kena pulak!... So, ingatkan nak tukar tayar sendiri guna spanar dan jack dalam van, tapi tak boleh nak buat sebab jack tu dah overflow!... Tah minyak ape tah keluar dari jack tu... Aku tengok pun aku tak confident dengan jack tu sebab kecik sangat!... Larat ke nak angkat Mercedes C100 tu??? Yang lain sibuk dok keluarkan semua barang2 from back seat sebab nak ambik tayar spare... Merasa kat tengah2 highway tu, orang dok pandang banyak beg dan hiasan (termasuklah flower bouquet) kat tepi jalan... Kelakar pun ade gak...
Memandangkan kami takde peralatan yang sesuai, terpaksalah panggil PLUS Ronda datang mintak tolong... Nasib baik one of us ade simpan nombor... Aku memang takde nombor PLUS ni... Elok gak kalau simpan kalau ape2 berlaku kat highway... Dalam few minutes, depa datang dan tolong tukar tayar....
After semuanya selesai, kami pun teruskan perjalanan... Hasrat pada mulanya nak terus balik ke KL aje, tapi sebab masing2 dah trauma dengan kejadian tadi, terus kami melencong ke Tangkak... Gie relax2 dan jalan jalan... So, since majority yang ada dalam van tu pompuan, ape lagi... Projek dia orang ni nak gie shopping kainlah kat sana... Singgah kejap, sambil beli barang... Aku takde beli ape sangat... Cuma aku sempat beli kain buat baju kurung untuk mak aku, kakak dan adik2 aku... Ingatkan taklah mahal, tapi abis gak ler RM100... Alah sekali sekala... Aku rasa tak salah pun...
Gitulah citernya trip aku ke Johor... Yang selebih tu, kalian tengok ler gambar... Aku dah penat menaip dah ni....
Monday, 26 March 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment