Monday, 22 January 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ok... Again, its Monday dan selalunya orang akan kurang bercakap pada waktu pagi Isnin... Ada orang cakap, Isnin adalah hari yang tak baik @ 'black day' untuk mereka yang bekerja... Well, aku tak percaya semua tu... Semua tu karut!!... Bagi aku, semua hari adalah sama... Semua hari bagi aku amat menggembirakan... Ye, mungkin pada individu lain, mereka akan berfikir sedemikian... Tapi yang menjadi persoalan, kenapa hari Isnin tu dilabelkan sebagai hari takde mood, hari buruk dan sebagainya... Kenapa tidak hari Ahad? Kenapa tidak hari2 yang lain... Jelas kat sini, semuanya bergantung pada minda masing2... Kalau kalian rasa hari tu adalah hari paling buruk dalam sejarah hidup anda, maka buruklah hari tu... Maybe, ade sesetengah kita ditimpa kesusahan, or mungkin terlibat dengan kemalangan... So, mereka terus rasa down dan hilang mood hari tu... Not to forget, those who are sick!!... Biasalah tu kan... I always start my day with things I like to do... Bila melangkah keluar dari rumah, aku berdoa semoga tidak ada perkara yang buruk berlaku pada diriku... Minta dijauhkan sama sekali... And then, aku dah set dalam minda aku ni, apa yang perlu aku lakukan sepanjang hari... Whether to solve problems or looking for more problems??? This is decision I have to make... Of course, siape pun tak nak masalah kan? So, aku pandu kereta aku dan terus ke office... Rasa seronok bila sampai di office... Rasa seolah olah diri aku segar bugar... Aku jumpa kawan2, having breakfast with them... Borak dan ketawa ramai2... Alangkah seronoknya... Dan semua ni tak berakhir disitu... Ada yang menegur aku, kenapa aku nampak ceria hari ini... Well, aku pun tak perasaan but what I did is, whoever passes by, I just give them a smile....That would be enough... Tak sangka pula ada yang perasan... Anyway, aku selalu ingatkan diri aku... whenever I start my day, don't start with something which is negative... Then, it will change respectively... That is what I believe...

Sunday, 21 January 2007

Pernah tak kalian come across waktu dimana kalian realize dimanakah kalian berada sekarang? Benda nie tak pernah ler terjadi kat aku tapi aku dapat membayangkan keadaan dan waktu ketika itu... Terbit rasa insaf dan bersyukur yang teramat sangat kepada Yang Maha Esa atas apa yang dikurniakannya padaku... Aku dapat e-mail dari seorang rakan tentang kisah seorang warga kota ketika pulang ke kampung halamannya... Actually, bila cakap pasal balik kampung, apa yang istimewa sangat? Biasalah bagi mereka yang ada kampung nih.... But this story is not about that... Cerita nie memaparkan tentang rentetan hidup seorang kanak kanak yang gigih berusaha mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya... Bayangkan seorang kanak2 kecil dan lincah sudah pandai mencari rezeki... Aku rasa kagum... Rasa insaf dan adakalanya aku rasa sedih serta simpati padanya... Tapi apakan daya, itulah hakikat hidup... Tidak semua orang dilahirkan didunia ini lengkap segala galanya... Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan sentiasa berusaha untuk memperolehi apa yang kita impikan.... Ikuti kisah yang begitu menyayat hati ini.... "Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke K.Lumpur, memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang?.. Pakcik?... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang..." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik.. Abang sedekah.. tak payah abang beli kuih tu..." saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian semakin membuak-buak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai tadi. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur untuk beredar dari situ. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan kereta, memanggil kanak-kanak itu kembali. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!..." kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada kita. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti akan marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu hendak berkata. "RM25 saja bang!... Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Ketika dalam perjalanan pulang, fikiran saya melayang memikirkan tenang status kanak-kanak tadi. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!"

Saturday, 20 January 2007

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 kali ini, aku berkesempatan menyaksikan satu lagi event anjuran Kementerian Pelancongan dan yang sekutu dengannya... Acara yang diberi nama "Florathon 2007" ini berkisar tentang kisah kehebatan bunga bungaan yang berwarna warni dimana para peserta yang mengambil bahagian akan menghiaskan diri mereka dan berarak sekitar bandaraya Kuala Lumpur... Macam2 fesyen aku dapat lihat... Ada yang cantik dan banyak yang buruk... Anyway, atas semangat dan minat, dia orang tetap teruskan jugak walaupun dia orang tahu, ramai orang akan mengata dan gelakkan dia orang...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Seawal jam 7.00 pagi, suasana disekitar Dataran Merdeka penuh sesak dengan ribuan umat manusia... Ramai yang mengambil peluang cuti hujung minggu bersiar siar dan makan angin disini... Tourist pun ramai... Selalunya waktu macam nie, jalan memang lengang giler... Seronok kalau dapat drive @ bawak motor jalan jalan... Masa aku sampai kat Dataran, aku dapat lihat banyak khemah tegak berdiri.. Sayup2 warna warni bunga kelihatan ketika aku turun dari bas... Ramai gak yang masuk perarakan kali ini... Mane taknye, hadiah memang lumayan... Tak silap aku, tempat pertama merupakan hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit.. Wowww.. kalau menang, boleh joli sakan... Pastu, ade lagi hadiah kecik2 yang announcer tu sebut, berderet deret sampai orang pun dah boring nak dengar... Biasalah, kalau tak sebut, kecik hati lak sponsor event ni kan??
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Perarakan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan... Ada kumpulan individu dan ada dari syarikat korporat, persatuan hotel, kementerian/jabatan kerajaan dan sebagainya... Imagine la betapa panjangnya barisan dia orang yang nak berarak ni... Nasib baiklah buat waktu pagi, tak mau terbakar!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member aku ni masuk untuk kategori kumpulan... Dia nie memang kreatif dan suka buat benda2 macam ni... Lagipun, dia ada bagitau aku, pada awalnya, dia tak terfikir pun nak masuk... Asyik sibuk dengan pelbagai urusan pejabat... Dek kerana pujukan dan perintah dari pihak pengurusan atasan, terpaksalah dia buat... Aku pun, ade gaklah involve sekali... Kesian lak kat dia kene buat sorang2... For friend, aku ikhlas membantu mane yang boleh.... Untuk pertandingan kali ini, dia siap antar 2 group; satu group lelaki dan satu lagi group pompuan... Bila aku tengok hasil kerja dia, memang lain dari yang lain... Menarik dan kreatif... So far, aku tak nampak lah mane2 group yang buat sama macam group dia nih... Kedua dua group ni ada tema dan nama... Yang pompuan aku tak ingatlah ape temanya, tapi yang laki aku tahu sebab aku banyak tolong siapkan kelengkapannya... Tema "Flowers of The Dark Forest" menjadi pilihan dia... So, kalian bayangkanlah jenis2 bunga yang digunakan untuk group laki nih... All those poisonous flowers!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Seperti yang aku jangka, group laki ni menang untuk kategori kumpulan!!... Aku dah agak dah sebab memang lain dari yang lain.. Tahniah ler buat member aku tu... Segala penat lelah telahpun dibalas... Yang bestnya, group nie mendapat liputan dan pujian ramai orang!.. Berdoyon doyon juru gambar professional dan amatur nak snap pictures... Yang dia orang nie pulak, hendak tak nak, kenalah jadi model sementara... Hehehehhehehehee.... Congrats from me again !!

Friday, 19 January 2007

Bila pepagi buta, aku bukak internet... Kalian nak tahu laman web ape yang aku masuk dulu??? Ha... Tak lain dan tak bukan, aku akan masuk Google dulu... Sesetengah orang suke masuk Yahoo, ade yang masuk Hotmail dan sebagainya lah... Yes, semua nie merupakan laman web yang sangat terkenal dikalangan pelayar internet... Aku masuk Google nie bukannye ape, aku suka cari information dari sini... Aku nie bukannye pandai sangat bab2 IT nih... Kalau tak silap aku, ada lagi laman web atau enjin carian yang jauh lebih hebat dan berkuasa dari Google... Aku suke masuk Google sebab ianya simple dan tak semak macam search engine yang lain2 tu... And then, kat Google nie kita boleh pre-defined ape yang kita nak cari.... Contohnya, kalau kita tahu laman web tu memang dari Malaysia, kita boleh zoom untuk search engine tu cari laman web tu kat Malaysian area sahaja... So, hasilnya, tak delah kita dapat list panjang2.... Kalau dulu dulu, aku memang jakun benda2 berkaitan dengan komputer nih... Maklumlah, aku asal dari keluarga susah... Komputer pun takde... Kali pertama aku sentuh keyboard waktu aku Tingkatan 3... Tu pun masa aku kene buat projek Sejarah untuk peperiksaan PMR aku dulu... Sebelum tu, memang haram aku nak sentuh benda alah nih.... Masa dulu2 mana ada Microsoft Office semua... Kalau ada pun, aku memang tak pernah pakai sebab software tu canggih sangat... Dulu pakai Lotus pastu tu pakai software entah ape tah, aku pun dah tak ingat... Tapi aku ingat lagi masa pakai software tu, semua pakai command... Nak bold kan tulisan, kene taip command dan control.... pastu nak sengetkan, taip pulak command yang ni... Macam2 command lah... Pokok pangkalnya, kalau tak ingat command, mampuslah tak boleh nak buat kerja !! Gitulah citernye... Bila aku dah abis sekolah, barulah aku kenal apa tu internet... Kalau di ikutkan zaman sekarang, budak2 dah tak heran dah benda internet nih... Tapi yang peliknya, aku tak pernah lak rasa boring dengan internet... Malah, aku rasa kalau dalam sehari tak masuk internet, aku tak senang duduk... Aku pun tak tahu kenape aku macam nih... Adakah kerana disebabkan aku tak pernah merasa memakai internet sebelum ni, aku jadi macam nih?? Aku rasa; macam tak... Mungkin sebab aku ni jenis suka pada maklumat kot... Ada saja benda yang nak diketahui dan dicari... Aku ingat lagi, masa first time aku masuk internet, waktu tu aku tengah belajar komputer kat satu pusat komputer ni... Masa bukak tu, macam biasalah... Terkejut beruk aku tengok macam2 benda yang dipaparkan... Maklumlah, orang tak pernah masuk internet, so macam jakunlah kejap... Leka dok perhatikan isi kandungan dalam tu... Masa dulu, sebelum aku mula bekerja, aku ade ambik kursus komputer... Belajar cara2 nak guna Microsoft Word, Excel dan PowerPoint... Alah, ibubapa zaman dulu, dia orang suke hantar anak dia orang untuk attend kelas macam ni... Katanya, itu kira basic dan elok untuk tambahkan skill serta pengetahuan... Jadi bila dah kerja esok, tak delah problem nak operate komputer!... Katanyalah.... Bagi aku, kau hantar ke idak, sama aje... Budak2 sekarang bukan macam orang dulu2... Dia orang nie lagi canggih... Kecik2 dah pakai MP3 player, dah ada handphone sorang sebijik, ada laptop yang siap WiFi bagai... Semuanya lengkap... So, tak heranlah kalau dia orang lagi maju dari orang zaman dulu2... So begitulah aku... Kalau aku tak browse laman web, aku bukak e-mail... Tu memang nadi komunikasi aku sampailah ke hari ini... Aku memang ada banyak e-mail... Dulu aku pakai Hotmail tapi memandangkan kapasitinya tak sehebat Yahoo! dan GMail, aku tutup account tu... Sekarang, aku adalah pengguna setia GMail... Aku find out, GMail nie senang nak guna dan paling aku suka, storage kapasitinya sangat besar... Aku punye aje dah dekat 3GB... Bayangkan betapa besarnya saiz e-mail aku... So, aku boleh terima macam2 e-mail dari kengkawan... Nak antar movie pun boleh... Tak de masalah... Usually, aku akan download e-mail aku dalam Outlook Express aku (mane2 yang aku nak simpanlah)... Yang lain tu, aku terus delete... Malas nak semakkan Inbox aku nih... Nasib baik kat umah aku dah masuk Streamyx... Dulu aku pakai TM Net Dial up.. Fuhhh... Mintak ampun beb... Tak boleh tahan !! Terkedek kedek dia nak download... Bila aku bertukar ke broadband ni, rasa seronok sebab download rate dia lagi besar (maklumlah, jalur lebarlah katakan.... Hehehehehheee...) so, bila download tu, cepat abis... Tak yah tunggu lelama... Charges dia berpatutan memandangkan rumah aku ni, kira heavy duty user gak lah... Mane taknya, aku ade laptop sebijik, kakak aku ade satu, adik aku ade satu and then desktop PC ade satu... Dah berapa dah tu.. Semua connected to internet... So, memang dari pagi sampai ler ke malam, modem aku tu tak henti2 bekerja... Kadang2 risau gak, takut meletup lak modem tu asyik on aje.... Heheheheheeeee... Kesimpulannya, aku banyak bergantung pada internet... Eventhough sekarang ni pun pun, banyak urusan yang aku lakukan melalui internet... Bayar bil, beli barang dan sebagainya... Orang kata, internet nih ibarat dihujung jari... Ape yang kita nak, tekan aje, semuanya keluar.... Bagus gak kan... Tapi dalam bagus2 tu, ade gak yang tak bagusnye... Tapi bagi aku, kita ambil mane yang baik ajelah... Mane yang tak baik tu, kita letak tepi.... Korang agree tak???

Thursday, 18 January 2007

Jika minggu lepas, aku meraikan hari lahir Kak Rynn (ex-classmate DMII), minggu ni, aku menghabis masa bersama kawan baik aku pulak...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Today was his 34th birthday and we decided to have some suprise party for him... Aku rasa dia memang tahu yang today birthday dia cuma dia tak cakap pada kami.... Bila aku terserempak dengan dia kat dalam office, dia cuma sengeh2 aje kat aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku dan kawan baik sorang lagi dah janji nak celebrate kat KLCC... Kawan aku tu pun dah book tempat kat restoran 'Shroom' yang kat depan taman tu... Oklah jugak tempat tu... Sangat santai... Semalam, aku dah cari hadiah untuk dia nih... Simple but nice... Aku belikan dia set penjagaan diri memandangkan dia nie suka 'treat' himself with these kind of stuff @ home...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
After office hour, aku terus bertolak... Pukul 5.45 petang, aku terus memandu menuju ke KLCC... Nasib baik keadaan trafik tadi tak teruk... Kira kami sampai dalam masa yang telah ditetapkan... Sempat jugak aku dan birthday boy window shopping kat KLCC... Bukan ape, sementara nak tunggu yang sorang lagi tu sampai, kami pun isi masa yang ada berjalan jalan disekitar Suria KLCC... Aku tak de beli ape2 sebab tempat macam nie terlalu 'high class' untuk golongan seperti aku... Maklumlah, dah nama pun KLCC !
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila member sorang lagi dah sampai, terus kami menuju ketempat yang telah ditempah... Have our time and celebration kat sana... Masa tengah makan, hujan lebat turun... Suasana menjadi sejuk dan nyaman... Rasa malas pulak aku nak gerak kemane mane...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila perut semua dah kenyang, bermula lah sesi pemberian dan pembukaan hadiah... Aku bagi set penjagaan diri dan member sorang lagi bagi lampu perhiasan... Errmm... dari IKEA... Bila bukak, memang cantik lampu tu... Sesuai untuk hiasan rumah si birthday boy nih...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kami lepak kat Shroom tu agak lama.... Pukul 10.00 lebih baru balik... Anyway, buat birthday boy, Azmeer... Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu.... Nampaknya you dah ada semua... Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri... pekerjaan yang stabil dan mantap... cuma satu benda lagi yang takde... Bila nak ada suri rumah sendiri ??? Hehehehehheeeeeeee...

Sunday, 14 January 2007

Aku rasa dah tiba masanya.... Baru kejap nih aku on laptop aku, tak mau hidup... Pelik sebab jarang aku mengalami kejadian macam nih.... Aku check betul2, kalau ada benda yang tak kena atau rosak... Nampak macam semua OK aje... Aku cuba on kan sekali lagi, pun tak boleh jugak... Hati aku mula risau, "janganlah laptop aku ni rosak... Desktop PC kat depan aku ni pun dah kong, la ni laptop aku nak kong jugak ke? Mati kutu lah aku lepas ni..."
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku connectkan power cable kat laptop aku nih and then cuba sekali lagi... Legaaa... Hidup jugak akhirnya... Rupanya bateri aku dah abis power... Nak kene charge semula... Tak pelah... Sambil2 charge tu, aku boleh buat kerja dan surf internet... Nanti bila dah fully charged, aku just unplug aje power cable tu... Masa aku tengah leka2 surf internet tu, screen laptop aku tu prompt satu mesej menyatakan yang bateri dah fully charge! 100% pulak tu !!... Aku rasa pelik, tadi aku tekan butang power, tak nak hidup! Bila dah connect dan charge, battery indicator tu tulis 'charging - 1%, 2%...' Macam mane pulak after few minutes, dah fully charge?? Oklah, since battery dah fully charge, aku pun unplug lah power cable yang connect kat laptop aku nih... Tak sampai seminit, system komputer terus 'log - off' dan 'hibernate'... Sudahhhhhh..... Aku baru nak pakai, dah jadik macam ni....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku cuba on semula, dah tak boleh... Sah !! Memang bateri aku dah kong... Nampak gayanya, aku terpaksalah ganti bateri baru... Bateri laptop nie bukan macam bateri Energizer atau Eveready yang ade jual kat kedai tu tau... Kalau nak ganti bateri baru, nak kene bagi model dan kene order... Kalau bateri tu model lama, maka susah sikitlah nak dapat... Silap hari bulan, memang dah takde jual lagi dan laptop tu dah tak boleh pakai... Aku pakai laptop ni dah setahun lebih... Laptop nie memang tiap2 hari on... So, kalian paham2 ler, aku nih memang heavy user... Rumah aku pun pakai Streamyx dan memang tiap2 hari aku online... Kadang2 aku surf internet... Tapi paling kerap, aku baca dan forward e-mail lah... Tu pasal aku pakai Streamyx... Kalau dulu, aku pakai TMNet dial-up skarang aku dah pakai broadband... Lagi elok sebenarnya sebab laju dan charge dia fix for every month... Kalau dial-up, kita kene bayar brape kita pakai termasuklah line telefon sekali... Maksudnya, telefon kat umah tu memang akan engage la kalau kita bukak internet... Broadband tak macam tu, kalau kita online, dia tak kacau line telefon dan telefon masih boleh digunakan ketika kita online.... P/s: Aku masa takde internet kat umah, terpaksa jalan jauh gie cyber cafe... Maklumlah, masa muda2 dulu, aku memang giler kat internet nih... Macam orang jakun sket lah... Pulak tu, zaman dulu2 cyber cafe memang banyak... Bila dah dapat keyboard, mau tiga empat jam aku mengadap... Pernah sekali tu, aku spent sampai RM20 lebih just untuk internet kat cyber cafe tu... Skarang dah ada internet kat umah, aku dah tak heran dah... Hehehehheheeee....

Thursday, 11 January 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Today, aku memang sibuk giler... Sibuk sampai aku terlupa bahawa hari ini adalah hari istimewa buat kawan sepejabat aku... Dia nie juga merangkap kawan sekelas ketika aku buat course DMII dulu... So, kami boleh dikatakan rapatlah... Today ialah hari lahirnya... Aku tak ingatlah yang keberapa tapi aku memang yakin yang dia jauh lebih tua dari aku... If I'm not mistaken, dia dah bergelar Puan dah cuma belum ada anak... Anyway, aku sempatlah juga bincang dengan rakan2 yang lain buat plan untuk celebrate besday dia nih... Kalau dulu dia orang buat surprise masa besday aku, kali ini turn aku lak buat surprise... Aku ingat nak celebrate kat luar, tapi masalahnya ada antara kawan aku nie kene stay back dan ada yang nak kene balik awal... So, at the end, kami celebrate kat cafeteria bawah aje... Tak pelah, nak buat macam mane kan... Birthday girl rasa happy sangat dengan apa yang aku dan kengkawan dah buat... Dia ingat, kami sekadar ajak minum petang aje, tapi ade benda lain... So, to Kak Rynn, Selamat Hari Lahir buat akak dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...

Wednesday, 10 January 2007

Saturday, 6 January 2007

Seharian aku terperap aje kat umah... Tak tahu nak buat apa... Hari Sabtu memang off day company aku... So, bila tiba aje hari Jumaat, aku mesti dah fikir awal2 untuk program keesokkan harinya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Usually, member baik aku memang akan ajak keluar tapi today, dia tak telefon2 aku langsung... Pelik! Selalunya, telefon aku pantang senyap... Berbunyi aje.... Ade saje yang call cakap pasal itu, pasal ini... Yang paling banyak sekali call, member baik aku tulah... Mungkin dia sibuk kot hari ini... Last week pun, dia datang office walaupun hari Sabtu adalah hari cuti... Kesian dia...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memandangkan aku bersendirian hari ini, aku decide untuk lepak aje kat rumah... Buat ape yang patut... tolong mak aku, kemas kamar tidur dan sebagainya... So, masa aku tengah leka leka buat kerja tu, member aku ni call nak ajak keluar... Perghh... Aku ingatkan, aku boleh ler lepak kat umah, rupanya kena keluar gak... Tak kesahlah tu, member baik punye pasal, aku ikut aje... So, kami keluar dan terus ke Taman Tasik Titiwangsa... Ikut kata member aku, hari ini kat Taman Tasik memang meriah! Katanya, ada perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 kat sana... Wahh !! Mesti ramai orang dan ada konsert serta gimik...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member aku nie keje kat Kementerian Pelancongan, so masa kat sana, aku berpeluang berjumpa dengan beberapa orang kuat kerajaan... Dia orang nie tak seperti yang kita jangkakan... Tak sombong dan kadang2 gila gila jugak... Aku lihat Taman Tasik tadi dihias indah bermandikan cahaya lampu dan hiasan... Memang cantik giler!! Yang aku tak tahan cuma ramai orang lah.... Segala lapisan masyarakat aku jumpa... Hitam, putih, coklat... semualah... Pelancong asing pun ada sekali untuk menyaksikan majlis yang gilang gemilang ini... Kalau kalian tak suke tempat sesak, eloklah korang duduk rumah aje sebab dalam TV pun, ade siaran langsung... Aku pergi pun atas kapasiti jemputan kawan dan aku berpeluang duduk dikalangan media dan dapat melihat pelancaran dengan lebih dekat...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku banyak spent masa looking around melihat keadaan sekeliling... Majlis pelancaran berlangsung meriah dan disertai dengan persembahan bunga api serta konsert artis artis tempatan... Aku sempat ler tengok Anita Sarawak dari dekat, Nora, Mawi dan sebagainya... Banyak gak artis yang buat persembahan malam tu... And then, aku sempat tengok pelancaran "Eye of Malaysia" yang merupakan sebuah ferris wheel yang dibina diatas beting pasir ditengah tengah tasik... Kalau kat London, depa bina berdekatan dengan London Bridge depan sungai, kat Malaysia kita bina atas tasik... Yelah, sungai kat Kuala Lumpur nie mane ade yang bersih... Takkan nak promote sungai kotor kat pelancong... Heheheheheeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member aku ade cakap, masa pelancaran, Pak Lah akan naik dulu bersama orang kanan kerajaan... so esok barulah ianya akan dibuka pada orang ramai.... Harga tiket kalau tak silap aku dalam RM15 sekali naik.... Dia akan jalan 6 pusingan so, adelah peluang penumpang berada di atas sekali dan mengambil gambar pemandangan seluruh Kuala Lumpur... Aku ingat, aku nak naiklah... Sekali sekala, nak jugak tengok pemandangan.... "Eye of Malaysia" ni dibuka bermula esok sampailah cukup setahun (masa penutup Tahun Melawat Malaysia ianya akan ditutup)... Korang rasa, berapalah kos depa nak buat semua ni ye???
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Then, sesudah pelancaran, kami rewang2 sekitar tasik dan sempat singgah dibeberapa gerai yang telah dibuka untuk pengunjung... Aku dapat lihat gerai ini dibuka mengikut negeri yang terdapat dalam Malaysia... So, setiap gerai akan memperkenalkan hasil dan produk dari negeri masing masing... Paling banyak ialah masakan dan makanan... Maklumlah, orang Malaysia nie suke makan, so kalian bayangkanlah betapa banyaknya menu makanan yang boleh kita dapati kat gerai2 ini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah penat berjalan, aku dan member balik rumah... Memandangkan jalan kesemuanya tutup, aku decide untuk jalan kaki aje... Aku letak kereta kat stesen LRT Sentul, adalah dalam 20 minit berjalan kaki... Aku tak rasa penat sebab kawan aku asyik borak aje... Tak delah boring sangat... Sedar2 aku dah sampai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Anyway, kalau korang tak de hal, boleh lah pergi ke Taman Tasik esok... Aku tengok buku aturcara, memang banyak program yang dia orang susun untuk pengunjung... So, kalau nak bawak anak anak ke, awek ke, balak ke, mak, ayah, abang, kakak, adik.... silakan... At least, kalian boleh bersantai dengan insan tersayang dihujung minggu....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, 2 January 2007

Ha... Kalau ada yang nak bercinta tu, sebelum pape hal... baca doa nie dulu... Insya Allah, diberikan berkat dan dijauhi dari segala masalah....
"Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin.. Ya Rabbal A'lamin"

Monday, 1 January 2007

Setahun sudah berlalu... Hari ini, sekali lagi kalendar diselak, tanda bermulanya hari baru buat kita semua... Ini bermakna, setahun lagi usia kita meningkat... Aku dah semakin tua !!! Kalau dihitung dari permulaan (sejak aku kecik sampailah sekarang ini) masih banyak perkara dan cita cita aku yang belum terlaksana... Masih banyak benda yang aku nak buat, masih banyak impian yang perlu aku kejar dan masih jauh perjalanan kehidupan aku meniti usia dewasa... Mampukah aku? Boleh aku memenuhi setiap azam yang telah aku tanami sebelum ini ? Itulah masalahnya... Azam yang telahku wartakan sebelum ini; ada yang sudah aku laksanakan dan ada juga yang belum... Silap aku juga, tidak tepati jadual dan perancangan... Kalau semua berjalan on-time, aku pasti semuanya akan dicapai seperti yang dirancang... Bila aku congak dan amati balik apa yang telah aku lakukan sebelum ini, aku banyak memberikan perhatian dan tumpuan kepada hal hal kecil dan perkara yang remeh temeh... Ini termasuklah gangguan2 'luaran' yang banyak membantutkan azam aku... Susah juga untuk kita penuhi azam kita nie ye... Ibarat kata orang2 tua, kalau hati dan pendirian tidak kuat, maka apa yang diimpikan tidak akan tercapai... Betul lah tu... Contohnya macam aku ni ha... Kalau aku tetapkan pendirian aku, aku rasa akulah orang yang paling bahagia dan gembira dalam dunia ini... Segala yang aku inginkan pasti berada didepan mata... Sebentar tadi, aku sudah melakarkan azamku untuk tahun ini... Tidak banyak bezanya dengan tahun lepas... Tahun ini, aku akan meneruskan apa yang belum tercapai tahun lepas dan memastikannya terlaksana sebelum tahun baru menjelma... Untuk semua pembaca, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2007. Semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan dan kebahagiaan kepada kalian semua... Terima kasih diatas sokongan kalian selama ini dan aku berharap agar kalian semua akan terus membaca dan memberikan komen kepada entry2 yang telah aku keluarkan... Terima kasih dan salam sejahtera...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.