Hari ini adalah hari bersejarah buat seorang insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku... Sejak dari kecil, tangannya lah yang telah memandikan, membelai dan menyuapkan aku makan... Kini, dengan usia yang semakin hari dimamah usia, dia masih lagi sihat melakukan kerja kerja harian dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suri rumah...
Bagi aku, dialah satu satunya permata hati yang aku paling sayang... Aku kagum dengan kecekalannya mengharungi kesusahan dan keperitan hidup sebelum ini... Keluarga aku dulu pun bukannya senang... Sekarang ini pun, kami hidup dalam keadaan yang sederhana saja... Segala galanya sekadar biasa biasa saja... Alhamdulillah, aku bersyukur kerana walaupun tidak mewah, tapi kami bahagia sekeluarga...
Aku masih ingat lagi sewaktu aku masih disekolah rendah (tak silap aku masa tu aku darjah satu), aku ternampak mak aku menangis seorang diri didalam bilik... Maklumlah, masa tu aku kecil lagi dan tak tahu apa apa... Aku tanya mak aku, "kenapa mama nangis??? Mama sakit ke???"... Mak aku terus pandang aku dan tersenyum saja... Itulah kali pertama aku melihat mak aku menangis didepan aku dan sehinggalah aku masuk darjah 4, barulah aku faham... Aku faham pun sebab masa tu aku perasan yang keluarga aku memang susah... Masa tu awal tahun dan sekolah baru dibuka... Biasalah, bila sekolah bukak ni, macam macam benda nak kena selesaikan... Buku, baju sekolah, dan yang paling aku tak boleh lupa dan fobia masa tu ialah bila cikgu tanya bila nak bayar yuran... Dah le adik beradik aku ramai yang masuk sekolah, semua yuran nak kena bayar... Sebelum tu duit dah habis beli buku dan peralatan yang lain... Aku pula, sampai naik segan bila sampai kesekolah... Nasib baik aku dapat cikgu yang baik2 dan dah mereka memahami situasi ketika itu... Sudah menjadi kebiasaan, akulah orang terakhir membayar yuran...
Semua ini mak aku tanggung seorang diri semasa kami semua sedang asyik melayan zaman kanak kanak... Biasalah, budak budak... Nakal dan lasak... Aku dan kakak aku seringkali buat mak marah... Terjerit jerit... Bila aku dah besar panjang, aku nyesal lak buat camtu... Tapi mak aku tak pernah simpan dalam hati... Itulah hati seorang ibu... Lembut dan penyayang... Kalau anak dia buat silap pun, dia akan marah dan pukul... Selepas tu, dia akan pujuk balik... Peluk cium...
Sememangnya, aku memang tidak boleh lupa jasa mak aku terhadap diri aku... Terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan... Setiap pagi bangkit awal menyiapkan kerja kerja didapur... Sejak aku sekolah sampailah aku dah kerja, mak aku akan siapkan sarapan dan yang paling aku terharu, dia akan bekalkan aku untuk makan tengahari setiap hari... Kadang2, aku berpesan ngan mak aku, tak payahlah susah susah siapkan bekal aku... Aku boleh beli dekat gerai kat 'office' ni... Tapi dia nak juga buatkan... Katanya, dia risau anak dia makan tak kenyanglah... Makanan tak sedap dan berkhasiatlah dan sebagainya... Aku cukup terharu dengan apa yang diungkapkannya...
Semua ini telah banyak membuka mata aku dan mengajar aku mengenal erti kehidupan... Sedikit sebanyak, sifat dan perangai aku berubah... Setiap apa yang mak aku inginkan, aku cuba penuhkan... Selama ini, dia tidak pernah meminta apa apa baik dari segi barang mahupun wang ringgit... Apa yang dia mahukan cuma pertolongan dan perhatian dari aku dan adik beradik yang lain... Sebagai anak aku paham paham sendirilah... Walaupun dia tak minta, aku sentiasa memberi kerana itulah sahaja yang mampu aku berikan padanya disamping memenuhi segala permintaannya...
Dalam usia 52 tahun ini, aku bersyukur dan berdoa semoga umur mak aku dipanjangkan dan dikurniakan kesihatan yang baik... Walaupun nanti aku akan berkahwin dan berkeluarga, aku masih mahu mak aku berada disamping aku dan aku telah berjanji dengan diriku akan menjaga dia sehingga keakhir hayatnya walau dalam apa jua keadaan...
Selamat hari lahir, mama! Wan sayanggggg mama.......