Subhanallah...
Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku ketika ini... Hari ini, sekali lagi aku telah mengerahkan segala kudrat dan tenaga aku untuk menyelesaikan banyak perkara penting... Dari pagi sampailah pukul 10.00 lebih tadi, tangan dan kaki aku tak henti henti bekerja... Semua perlukan perhatian khusus dan aku tak boleh melakukan kesilapan kerana akan menjejaskan segala perancangan...
Esok adalah hari penting aku selepas segala program telah dirancang dan dibuat 2 bulan yang lepas... Kesilapan kecil akan menyebabkan semuanya hancur! Aku tidak mahu berada didalam situasi itu... Jika boleh, aku mahukan semuanya berjalan lancar dan 'perfect'... Insya Allah itulah harapan dan doa aku...
Kalau diikutkan hati, hendak saja aku bercuti hari ini untuk menguruskan apa yang tertangguh... Tapi memandangkan cuti aku pun dah tak cukup, aku batalkan sahaja niat aku... Aku datang kerja seperti biasa... Diatas meja aku, ada banyak pula urusan PENTING yang hendak diselesaikan... Ada sahaja arahan dan panggilan telefon dari pihak atasan... Pening kepala aku... Tak kisahlah, aku buat secepat mungkin... Aku kesian dengan kawan yang duduk disebelah aku ni... Kadang2 dia ada bertanya pada aku dan aku seperti layan tidak layan... Bukan aku tidak mahu melayan, tetapi aku perlukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang ada didepan mata... Takut nanti silap, aku pula yang susah... Alhamdulillah, selesai juga akhirnya...
Sesudah itu, aku beralih kepada kerja yang lain... Barang2 untuk 'event' esok masih lagi tidak lengkap dan siap... Aku dah mula risau takut nanti tidak sempat... Terus aku ambil alih dan buat mana yang patut dan dengan bantuan rakan rakan yang lain, syukur semuanya dapat diselesaikan juga... Lega aku....
Sebelum pulang dari pejabat, aku sempat selesaikan beberapa lagi perkara... Maklumlah, masa dah suntuk dan aku harus bergerak pantas!... Balik pun bukannya terus 'rileks' di rumah... Aku kena keluar ke pasaraya untuk membeli barang2 keperluan seperti bahan makanan untuk 'event' esok (segala jajan dan kudap kudap) dan sebagainya... Kereta aku pulak dah lama tak cuci dan periksa... Jadi, aku gagahkan diri memandu menempuh kesesakan jalanraya ketempat cuci kereta... Selepas tu, berkejar ke stesen minyak pula untuk isi minyak sebelum memandu ketempat 'event' esok... Aduh, bila kenangkan balik apa yang telah aku lakukan hari ini, memang penat!!... Tapi kerana semangat dan keseronokan untuk beraktiviti, aku buat juga...
Akhirnya, sekarang barulah aku dapat bernafas dan berehat... Selepas ini aku nak masuk tidur kerana esok aku nak kena bangkit awal...
Sehingga bertemu lagi...