Friday, 22 September 2006

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan

Sedar atau tidak tinggal sehari saja lagi Ramadhan akan menjelma dan seluruh umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan...

Aku memang merindui saat dan bulan ini kerana ganjaran dan pahala yang dikurniakan Allah SWT kepada akan berlipat ganda... Aku tak tahu kenapa, bila tiba bulan Ramadhan, hatiku rasa tenang dan sejuk... Rasa seronok yang teramat sangat... Lahir satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu macam mana hendak aku ungkapkan... Biarlah ianya menjadi rahsia didalam hatiku ini...

Hakikatnya, Ramadhan kali ini amat aku nantikan dan sebaiknya aku akan mengambil kesempatan ini untuk beramal dan beribadah untukNya... Yelah, untuk menunggu sehingga Ramadhan yang akan datang, belum tentu lagi... Selagi ada peluang, aku akan ambil !

Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan kepada semua kawan kawan dan pelawat blog aku nih... Aku pun manusia biasa dan aku yakin, pasti ada yang tercalar atau tercuit sana sini... Maafkan aku...

Semoga amalan dan ibadah kita kali ini akan diterima dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT... Rajin2 lah ke masjid menunaikan tarawikh dan paling penting, jagalah puasa kita seperti kita menjaga diri kita sendiri... Insya Allah...

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat semua....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.