Jika kita tidak call orang tu, tidak bererti kita tidak ingat padanya...
Jika kita tidak tegur dia tidak bermakna kita menyombongkan diri dengannya...
Tidak bermaksud kita tidak rapat dengan dia kita tidak pernah terfikir cara untuk merapatkan diri dengannya...
Kadangkala, orang yang jauh beribu batu dari kita,
orang yang jarang call kita,
orang yang jarang senyum atau tidak pernah senyum kat kita,
atau yang jarang jumpa/tidak pernah berjumpa,
adalah orang yang selalu dok teringat kat kita boleh kata sepanjang masa...
Bersangka baiklah dengan Allah...
Bersangka baiklah dengan mereka mereka yang ada diluar sana
terutamanya mereka yang bersangka baik terhadap Allah dan diri kita...
Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia
Tidak semua orang boleh membaca apa yang tersirat didalam hati kita,
jika kita tidak luahkan, masakan mereka akan tahu...
Kita tidak boleh berharap supaya orang mengambil tahu mengenai diri kita
sebab kadangkala orang tu menganggap bahawa kita tidak mahu diganggu
walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan pelbagai soalan bertanya khabar berita dan sebagainya...
Sejauh mana orang itu bersahabat dengan kita
adakah dia hanya bersahabat ketika kita ketawa
atau ketika kita sedang mengalirkan air mata?
Memang payah untuk bercerita dan meluahkan sesuatu
terutamanya pada mereka yang sukar untuk memahami
tetapi tidak salah jika kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mereka sudah mengetahui cerita kita sebelum kita bercerita lagi
Tapi mereka tetap menanti cerita kita sebab jika silap bertanya,
mereka akan dikata busy body...
walhal, mereka hanya ingin membantu mana yang terdaya...
Hidup kita ini memang rumit dan kompleks
Kadangkala sukar untuk dimengertikan
Tapi adakalanya ia tidak sesukar mana jika sentiasa menganggap ianya mudah...
Terpulanglah pada diri untuk memilih sama ada
ingin hidup mudah atau memilih jalan yang susah
kerana kita mempunyai akal yang waras dan boleh berfikir
boleh membuat dan memutuskan apa yang terbaik untuk diri kita...
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya...
Tadahlah tangan memohon petunjuk dariNya...
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi dengan ketakjuban
Allah SWT tersenyum padamu...
Kita kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu
ingat bahawa dimanapun kau atau kemana pun kau mengadap...
DIA mengetahuinya...
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati kita ceria...
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat
rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita
dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui
dan jadilah apa yang kita inginkan
kerana kita hanya memiliki satu kehidupan
dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup
untuk membuatkan diri kita menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.
Selalu bayangkan diri kita berada didalam kasut seseorang.
Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
jika kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semoga ini menjadi peringatan berguna buat semua yang melewati blog aku ini...
P/s:-Terima kasih kepada mereka mereka yang pernah/sentiasa bersamaku sebelum/sehingga ke hari ini...